Halaman

Khamis, 13 Mac 2014

Azizah Tagih Simpati di PRK Kajang

 Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62, akan membawa isu suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Wan Azizah yang juga Presiden PKR dicalonkan partinya bertanding di DUN itu bagi mengantikan suaminya yang hilang kelayakan ekoran keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.
“Ini (PRK) menjadi referendum kepada ketidakadilan yang berlaku, yalah, memang keluarga kami terkena, tapi ini satu referendum kepada sistem kehakiman dalam negara kita,” katanya ringkas kepada pemberita selepas penamaan calon, di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) semalam.
“Saya berharap pengundi Kajang menyokong saya dengan memberi mesej kuat (menolak BN) secara menyeluruh,” kata Wan Azizah dilaporkan Suara Keadilan.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan pemilihan Wan Azizah sebagai calon PKR sebagai strategi menagih simpati.
“Sehubungan itu, kita letakkan Mei Fun yang terbukti berjaya menggalas imej seorang wakil rakyat yang komited dalam menjaga kebajikan pengundinya.
“Mei Fun memiliki testimoni cemerlang dan berpengalaman luas dalam kerjanya termasuk di Parlimen Petaling Jaya Utara sebelum ini. Ini yang kita tawarkan bukan seperti Wan Azizah yang membawa luahan simpati terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya
Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata strategi air mata tidak dapat membela kebajikan rakyat di DUN Kajang.
”Apakah rakyat memikirkan masa depan mereka hanya bergantung kepada air mata seorang?
“Atau air mata rakyat yang lebih ramai yang memerlukan pembelaan untuk negara aman dan makmur, namun ia terpulang kepada rakyat untuk menentukannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, lapor Sinar Harian.
Dalam pada itu, Ahmad Shabery yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia berkata perletakan calon ganti Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isterinya, Wan Azizah bukan perkara baru.
“Saya kira ini bukan kali pertama, beliau pernah menggantikan Anwar di Permatang Pauh suatu ketika dulu. Ini pilihan yang telah dibuat oleh parti berkenaan dan mereka berhak membuat pilihan.
“Ianya satu perkara yang menjadi strategi parti masing-masing, di mana pada awalnya PKR yang mahukan pilihan raya tersebut bukan sebab kematian dan sebagainya.
“Segalanya diatur oleh pihak PKR, jadi mereka juga mengatur siapa yang perlu jadi calon sepatutnya,” katanya lagi.

“Dr Wan Azizah pernah melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Rabu, 12 Mac 2014

MH370: Misteri MH370

Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak Sabtu terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia. 

Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat Boeing 777-200ER berusia 11 tahun itu. 

Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat. 

Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang. 

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, kerosakan dan keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan. 

Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku," jelas beliau. 

Mengenai kerosakan struktur, Madavaram berkata kegagalan struktur pesawat boleh menyebabkan pilot hilang kawalan. 

"Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan. 

Menyentuh faktor kemanusiaan, beliau menegaskan tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau pilot hingga menyebabkan pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11. 

Pakar itu menyatakan keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas.

Selasa, 11 Mac 2014

MH370: KEMBALI KEPADA YANG MAHA ESA



Kapten Norudin Abd Majid :Dua cara utk menemui iaitu doa org yg soleh & doa dr ahli keluarga yg terlibat .Allahuakhbar

InsyaAllah,sesungguh kepada Allah sahaja tempat kita memohon pertolongan selepas semua usaha dan ikhtiar di lakukan..Teurskan berdoa..#Doakan MH370

MH370: DOA DAN HARAPAN SELURUH DUNIA



Menanti Kamu MH370
Langit sudah bertukar kelabu
Sedih hati hanya tuhan yg tahu
Seluruh dunia menanti beritamu
Muncullah nanti seperti selalu
Andai tercalar tinggalkanlah petanda
Andai terguris tunjukkanlah dimana
Andai ada tunjukkan lah rupa
Tidak nanti kami tertanya
Ya Allah ya tuhan kami
Kepadamu kami berserah #pray4MH370

MH370:MENANTI KEPULANGANMU

Assalamualaikum. Kita semua sangat bersedih kerana ditimpa berbagai mala petaka . Dari kemarau panjang dan teruk disertai jerubu pula.


Terkini kehilangan penerbangan MH 370 yang masih diselubungi dengan misteri. Kita turut bersedih dan bersimpati dengan saudara mara dan rakan handai para penumpang pesawat tersebut. Doa kami agar Allah selamatkan mereka.

Implikasi buruk dan gejala yang melanda negara kita yang disayangi amat besar akibat peristiwa malang ini.

Marilah kita semua dari Ketua Negara, para menteri, ketua2 polis dan angkatan tentera, kehakiman , pegawai2 kerajaan dan semua rakyat jelata MOHON AMPUN atas segala dosa kita terhadap Allah SWT yang maha berkuasa dan mengetahui segala2 didunia dan akhirat.
Kita mohon petunjuk dari Allah SWT dimana pesawat MH 370 sekarang.


 Allah amat penyayang , Maha Pengasih dan Pemurah. Jika Allah kehendakki , Dia akan tunjukkan kita. Ameen.


Khamis, 6 Mac 2014

Menjelang PRK Kajang

spr2
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan penyebaran maklumat serta gambar tertentu oleh pihak tidak bertanggungjawab mengenai PRK DUN Kajang termasuk kehadiran beberapa bas persiaran ke kawasan itu sebagai tidak berasas.
SPR dalam kenyataannya Sabtu memberitahu, laporan dan gambar itu disebar dengan tujuan menimbulkan persepsi bahawa akan berlaku manipulasi dalam PRK Kajang termasuk menggunakan warganegara asing sebagai pengundi.
Laporan itu juga dikaitkan dengan kelewatan tarikh PRK Kajang.
“Bagi SPR laporan itu sengaja ditulis sebagai strategi untuk memburukkan SPR,” menurut kenyataan itu.
Pada 19 Februari lalu, sebuah portal media menerbitkan artikel bertajuk ‘Perkembangan Pelik di Kajang, SPR Patut Minimakan Ruang Manipulasi’ yang antara lain mendakwa Solidariti Anak Muda Malaysia telah mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga Myanmar di hadapan stesen Keretapi Tanah Melayu di Kajang.
Kenyataan itu menyebut berdasarkan laporan itu, penulis artikel tidak faham dan sengaja memutarbelitkan gambar serta fakta untuk mengelirukan orang ramai bahawa SPR tidak telus.
Selain itu, SPR menegaskan tiada petugasnya yang termasuk dalam kategori pengundi awal dalam pilihan raya itu, sebaliknya pengundi awal bagi PRK Kajang hanya melibatkan 1,197 anggota polis.
Menurut kenyataan itu lagi pelantikan petugas PRK Kajang dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang dilantik SPR dan bukannya oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor atau Ibu Pejabat SPR.
“SPR tidak boleh campur tangan dan menetapkan siapa yang akan dipilih untuk bertugas. Perkara itu terpulanglah kepada budi bicara Pegawai Pengurus Pilihan Raya berdasarkan syarat dan panduan yang ditetapkan oleh SPR,” menurut kenyataan itu.
Menjelas lanjut tentang isu petugas PRK Kajang, SPR memaklumkan sebanyak 65 peratus daripadanya diambil dari luar Kajang dan mereka juga bukan pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai langkah untuk mengurangkan jumlah pengundi pos.
Manakala, baki 35 peratus lagi adalah petugas-petugas membabitkan pengundi-pengundi di Kajang.
Bagi petugas-petugas PRK yang juga pengundi di DUN Kajang, mereka diberi pilihan sama ada untuk mengundi secara biasa atau memohon untuk mengundi melalui pos.

Tak Sekepala Antara Anwar dan Khalid

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaaan Persekutuan bagi penstrukturan semula industri air Selangor semalam, tanpa memaklumkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan tiada penyelarasan dan koordinasi antara kedua-dua pemimpin itu.


Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan Khalid mempunyai keberanian dalam berpolitik kerana tidak membincangkan perkara itu dengan Ketua Pembangkang serta mendahulukan kepentingan rakyat di Selangor.

"Saya akui bahawa pemeteraian MoU menunjukan keikhlasan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Khalid dalam mencari satu penyelesaian meskipun ia (isu air) telah lama berlarutan.

"Sekurang-kurangnya, ia demi masa depan yang lebih baik bagi memastikan bekalan air tidak terputus di negeri ini," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan MCA bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang di Taman Berjaya, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili Kerajaan Persekutuan bersama Khalid menandatangani MoU penstrukturan semula industri air Selangor di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya.

Namun, Anwar memberitahu media bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai MoU berkenaan.

Wee berkata dengan termeterainya MoU antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Khalid juga menyuntik nafas baharu kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor untuk bekerjasama demi menjamin kepentingan rakyat.

"Kita mengalu-alukan usaha kerajaan Selangor dibawah pimpinan Khalid yang berusaha mengurangkan kesengsaraan rakyat dan ia patut kita puji... sekurang-kurangnya Khalid sedar masalah itu dan perlu penyelesaian segera.

"Sekiranya Anwar ditadirkan untuk menjadi Menteri Besar Selangor adakah beliau akan melakukan perkara yang berlainan dari Khalid?

"Siapa lebih layak menjadi Menteri Besar? Biarlah media dan pengundi yang menilai sendiri," katanya.

-- BERNAMA