Ini dugaan untuk ustaz..Sabar ye ustaz.....
Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan
Selasa, 17 Disember 2013
Luahan Hati Ustaz Kasim
Ini dugaan untuk ustaz..Sabar ye ustaz.....
Khamis, 12 Disember 2013
'Perwakilan' paling comel tahun ini

Nanti besar boleh jadi pemimpin Wanita yer dik..;)
Pas digesa tidak pilih bulu
Pas digesa supaya tidak bersifat memilih bulu atau cuba melindungi anggota parti berfahaman Syiah yang jelas bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini.
Ketua UMNO bahagian Ledang Datuk Ir. Hamim Samuri menegaskan, sebaliknya mereka perlu bersama-sama membanteras ajaran itu tanpa mengira fahaman politik.
Anggota Pas yang mengikuti fahaman itu perlu didedahkan dan tidak menyembunyikan perkara itu hanya kerana bimbang pengaruh parti itu terjejas, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Khatan Asnaf Parlimen Ledang di Masjid Jamek Tangkak, di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, lebih membimbangkan fahaman itu juga turut diikuti pemimpin tertinggi parti berkenaan dan perkembangan itu amat berbahaya.
Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meminta kerajaan menangkap ketua dan pengikut Syiah di negara ini jika benar-benar serius mahu membasmi fahaman berkenaan.
Hamim berkata, semua pihak perlu bekerjasama tanpa mengira fahaman politik untuk membasmi fahaman itu kerana sukar menangkap ketua dan pengikut Syiah kerana mereka sangat licik dan berselindung atas nama agama.
"Ajaran Syiah boleh dibanteras jika mendapat kerjasama daripada orang ramai," katanya sambil berharap bekas menteri besar Kelantan itu bersama-sama kerajaan membantu menyekat penularan fahaman itu.
Beliau turut menyatakan keyakinan dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Isnin lepas berhubung beberapa bukti pemimpin Pas terlibat fahaman itu.
Hamim berkata, semua pihak perlu akur dengan keputusan yang sudah ditetapkan kerajaan bahawa fahaman Syiah menyimpang daripada ajaran Islam sebenar bagi memastikan akidah umat Islam tidak terpesong. - Bernama

'Kami belum terima pelawaan minum teh'
Selepas beberapa hari Perhimpunan Agung Umno berlalu, Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff bagaimanapun masih belum menerima apa-apa pelawaan 'minum teh' sepertimana yang dinyatakan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
"Kita Muslimat, tak dapat apa-apa pelawaan daripada dia (Shahrizat), kita sentiasa terbuka untuk muzakarah.
"Kami tak akan tunggu macam itu saja pelawaan itu, kami tak akan membazirkan masa kami.
"Tapi kalau itu setakat nak gimik politik... kami banyak kerja lain nak buat," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Siti Zailah berkata demikian ketika ditanya sama ada Dewan Muslimat ada menerima sebarang pelawaan daripada Wanita Umno, yang sebelum ini mahu menjadi pemangkin kepada muzakarah pertama Umno-Pas.
Shahrizat pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) minggu lalu menyatakan, Wanita Umno bakal memulakan langkah pertama muzakarah dengan Dewan Muslimat Pas sebaik Perhimpunan Agung Umno kali ini selesai.
"Wanita Umno menjadi ejen perpaduan. Kita akan mulakan Islam dengan Islam. Saya kenal beberapa pemimpin Muslimat, saya akan mulakan silaturahim yang pertama.
"Ini bukan atas dasar politik. Mungkin kita mula dengan minum teh. Saya akan buat jemputan selepas Perhimpunan Agung Umno ini tamat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Siti Zailah berkata, Muslimat Pas kini menumpukan usaha membantu rakyat yang terjejas akibat banjir.
"Kita sekarang ini, daripada tunggu untuk muzkarah, kita sedang sibuk tolong mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal dan keperluan asas.
"Lebih elok kita lakukan apa yang perlu dahulu," katanya.

Rabu, 11 Disember 2013
Umno kekurangan ulama jelas isu Syiah
Umno kekurangan ulama bagi membahaskan isu fahaman Syiah yang semakin menimbulkan salah faham dalam kalangan umat Islam.
Kenyataan itu dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir ketika menjawab soalan penonton pada sesi Dialog Bersama Pemimpin yang mengupas Impak Krisis Timur Tengah Kepada Malaysia, hari ini.
Beliau juga menyatakan parti selain Umno tidak begitu serius dalam usaha menyekat penyebaran fahaman tersebut.
"Dalam soal Syiah, belah sana nampaknya tak berapa serius nak bersama kita menyekat penyebaran fahaman itu.
"Belah kita pula tak cukup orang untuk bahas soal Syiah," katanya.
Beliau akui Umno memerlukan lebih ramai ulama seperti Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya.
"Ustaz Fatul Bari ada di sini, dia antara yang lantang. (Beliau) masuk (video) dalam Youtube untuk menjelaskan soal Syiah.
"Tapi, tak cukup ramai. Kita perlu lebih ramai lagi," katanya.
Beliau mencadangkan agar peluang dibuka seluas-luasnya supaya ulama-ulama lain turut bersama Umno membanteras isu Syiah tersebut.
"Saya syorkan, kalau boleh...sepatutnya boleh lah kan? Kita buka peluang seluas-luasnya supaya ulama-ulama ini bersama-sama kita.
"Kalau itu dapat kita lakukan, saya percaya orang yang melihat Umno menjauhi agama, akan kembali bersama kita.
"Dan orang yang dulunya merasakan Pas itu mewakili agama, akan sedar bahawa, kita pun dua kalimah syahadah juga, kita pun sembahyang lima waktu juga, kita pun seIslam dengan mereka juga," katanya.

Isnin, 9 Disember 2013
Cina tidak salah undi pembangkang tetapi jangan tipu - Idris
Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Idris Haron menegaskan beliau tidak pernah sesekali menyalahkan pengundi Cina yang mengundi pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Sebaliknya, beliau yang juga Ketua Menteri Melaka kecewa dengan penipuan yang dilakukan pengundi Cina dengan tidak mengundi Barisan Nasional (BN) seperti dijanjikan sebelum pilihan raya itu.
Menurut beliau, perbuatan itu bukan sahaja memperlihat sikap khianat tetapi dalam masa sama menjejaskan kepercayaan pihak tertentu.
"Saya tidak pernah marah kepada mereka kerana mengundi siapa pun termasuk pembangkang. Kita kecewa sebab sebelum pilihan raya berjanji untuk menyokong calon BN tetapi terbukti mereka tipu kita selepas diberikan segalanya.
"Bila mereka persoal saya mengapa orang Cina kena minta maaf, itu sangat pelik. Seolah-olah mereka tidak bersalah menipu dan mengkhianati kepercayaan kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melawat bilik operasi Mingguan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Kelmarin, Idris menyatakan kesediaan untuk melupakan perkara itu dan mengajak mereka kembali bersama BN namun keterbukaan itu dibalas pelbagai reaksi negatif oleh masyarakat Cina.
Pengundi Cina Menipu
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron mengulangi kenyataan pemimpin-pemimpin Umno menyalahkan kaum Cina dengan mengatakan tidak salah mereka mengundi Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya 2013 (PRU13) akan tetapi beliau kecewa dengan pembohongan dilakukan kaum itu di Melaka kerana tidak mengundi Barisan Nasional (BN) seperti dijanjikan.
Beliau berkata perbuatan itu bukan sahaja memperlihatkan sikap khianat masyarakat Cina akan tetapi pada masa sama menjejaskan kepercayaan pihak tertentu.
“Kita kecewa sebab sebelum pilihan raya mereka berjanji menyokong calon BN tetapi terbukti mereka tipu kita selepas diberikan segalanya,” kata Idris merujuk kepada kaum Cina dalam akhbar Utusan Malaysia edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.
"Bila mereka tanya saya mengapa orang Cina kena minta maaf, itu sangat pelik. Seolah-olah mereka tidak bersalah menipu dan mengkhianati kepercayaan kita," katanya.
Idris yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Melaka berkata, beliau tidak pernah sesekali menyalahkan pengundi Cina yang mengundi pakatan pembangkang dalam PRU13 lalu.
"Saya tidak pernah marah kepada mereka kerana mengundi siapa pun termasuk pembangkang,” katanya.
Ketua Menteri Melaka itu berkata pada Jumaat, beliau bersedia memaafkan masyarakat Cina dan mengajak mereka kembali kepada BN setelah dilihat seolah-olah terhukum akibat “insiden” keputusan PRU13.
Katanya, sokongan pengundi Cina Melaka kepada BN tidak sampai 15% pada PRU13 termasuk mengakibatkan bekas ketua menterinya Datuk Seri Mohd Ali Rustam kalah merebut kerusi Parlimen Bukit Katil kepada Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin
Mohd Ali setelah tewas dalam PRU13 lalu menyifatkan sentimen perkauman masyarakat Cina begitu tebal di kawasan itu yang menjadi antara punca utama kekalahannya kepada Shamsul Iskandar.
Beliau kesal dengan sikap masyarakat Cina di kawasan berkenaan yang langsung tidak mengenang budi yang telah dicurahkannya sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Menteri selama 13 tahun.
"Saya tidak percaya orang Cina di Parlimen Bukit Katil boleh menolak saya dan kerana undi merekalah saya tewas dalam pilihan raya kali ini.
"Apa jasa Shamsul Iskandar terhadap orang Cina, kalau hendak dibandingkan dengan apa yang telah saya berikan selama ini.
"Mereka (orang Cina) apabila saya dah tolong dalam bidang perniagaan hingga mereka berjaya dan menjadi kaya, mereka ini lupa jasa yang telah saya buat,'' katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam reaksi awalnya selepas keputusan PRU13 diumumkan mengatakan BN bersyukur kerana berjaya memenangi pilihan raya itu akan tetapi terkejut dengan “Tsunami Cina” yang berlaku. – 8 Disember, 2013.
Harap BN mengambil iktibar dengan apa yang terjadi..Berhati-hati dengan musuh dalam selimut.
Jumaat, 6 Disember 2013
Umno Tempat Rakyat Berpaut
UMNO tempat rakyat berpaut
Umno pejuangkan bangsa,agama dan negara...
Khamis, 5 Disember 2013
'Salahkan media amalan biasa LGE'
Bekas Naib Presiden Umno Tan Sri Mohd Isa Samad menganggap tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyalahkan media kononnya tersalah tafsir kenyataannya berhubung larangan penayangan filem Tanda Putera bukan sesuatu yang mengejutkan.
Beliau yang juga Pengerusi Felda berkata sudah menjadi amalan pemimpin berkenaan menjadikan media sebagai sasaran setiap kali kenyataannya mendapat tentangan rakyat.
"Dahulu semasa menjadi pembangkang mereka sering membuat bantahan kerana tidak ada kebebasan bersuara, namun kini apabila telah menjadi kerajaan, mereka lupa apa yang diperjuangkan.
"Jadi apabila kenyataannya mendapat tentangan orang ramai, beliau akan jadikan media sebagai sasaran dan ini bukan satu perkara luar biasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Felda Lok Heng di sini hari ini yang dihadiri oleh lebih 1,000 penduduk dari kawasan sekitar.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Guan Eng semalam yang menyifatkan media sebagai tersalah tafsir kenyataannya berhubung larangan tayangan filem sejarah arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba iaitu Tanda Putera di Pulau Pinang.
Mengulas lanjut Isa berkata, isu berkenaan juga sengaja dicetuskan Guan Eng untuk mengalih perhatian anggota DAP daripada tertumpu kepada soal pemilihan jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC).
"Ini cara melarikan diri daripada isu ini (pemilihan CEC), mereka alih perhatian dengan menceritakan kononnya filem ini memperjuangkan satu kaum sahaja, ini tidak bagus.
"Filem ini berbentuk sejarah dan dia kena terima walaupun sebahagian kecil terasa... kita tidak boleh ubah kerana itu namanya sejarah. Mereka tidak perlu khuatir sebaliknya semua kaum di negara ini sepatutnya mengambil iktibar agar ia tidak berulang," katanya. Katanya, semua kaum di negara ini dilindungi dengan perlembagaan negara yang telah dibentuk semasa Malaysia mencapai kemerdekaan dan semua pihak seharusnya menghormati kontrak sosial yang termeterai.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Isa berkata, Felda akan mengadakan satu seminar tentang Syiah pada 9 Sept ini di ibu negara bagi menyedarkan masyarakat Felda tentang bahayanya fahaman itu.
"Seminar yang dijangka akan disertai kira-kira 500 peserta terdiri daripada pemimpin dan ketua peneroka dari seluruh negara ini, diadakan bertujuan untuk menjelaskan kepada mereka mengenai Syiah dan mengapa ia berlawanan daripada Sunnah Waljamaah.
"Jadi kita harap selepas memperoleh pengetahuan itu, mereka balik dan dapat menerangkannya pula kepada anak buah untuk mengelakkan fahaman ini menular di kawasan Felda," katanya.
Bagaimanapun, setakat ini beliau belum menerima sebarang laporan berhubung wujudnya amalan Syiah di kalangan peneroka Felda. - Bernama

Ustaz Kazim Tak Pilih Pas Ataupun Umno
Ustaz Kazim tak jadi Ahli MT kerana komitmen terhadap Al-Barakah, aktiviti dakwah
Pendakwah bebas dan penceramah terkenal, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali Ustaz Kazim pada ceramah agamanya di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah, malam kelmarin membuat pengumuman tidak menerima pelantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Beliau pada temu bual bersama media di Pejabat Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi, di sini, semalam memberi penjelasan mengenai perkara itu.
Sekarang, saya tidak memakai baju UMNO atau PAS. Saya hanya bercakap bersandarkan hadis dan al-Quran” Mohammad Kazim Elias, Pendakwah bebas
Rabu, 27 November 2013
Rahsia Kebencian Pas Terhadap Umno
PAS telah dipecat daripada BN. Sesungguhnya Tun Hussien Onn pada ketika itu, sangat berat hati untuk melepaskan PAS namun kerana beberapa sebab untuk melihat Barisan Nasional bertahan, maka sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Maka, kita menyaksikan sekali lagi orang Melayu berpecah.
Isu tersebut terus dilupakan... dan PAS terus menyimpan dendam berahi mereka ini sehinggalah hari ini, yang menyaksikan betapa goyahnya kuasa politik bangsa melayu ini di atas bumi mereka. Maka, mulalah muncul beberapa tokoh yang sangat ingin menyaksikan bangsa Melayu kembali bersatu di atas bumi mereka ini. Antaranya ialah Mufti Besar Perak dan Pengerusi Sayap Ulamak UMNO, Ustaz Fathul Bari.
Beberapa cadangan dibangkitkan, namun sekali sikap acuh tak acuh menggagalkan usaha murni mereka ini. Kadangkala, mereka berlakon malaikat menerima pelawaan untuk bermuzakarah, demi kesatuan ummah, dan keesokan harinya, mereka menjadi sesumpah yang tiba-tiba lantang menentang idea tersebut.
Hal ini dipercayai kerana KEGENTARAN dan SIKAP PAS yang tidak MEMPUNYAI TELUR ketika berhadapan dengan ANGKATAN DAP dan sekutunya, yang dipimpin si penghuni kerusi roda, Karpal Singh.
Maka, ada yang menyoalkan mengapakah PAS rela menerima DAP berbanding mereka yang sebangsa dengan mereka, malah SEAGAMA juga. Maka, Nik Abduh mengeluarkan kenyataan bahawa Majlis Syura Ulamak PAS berkata tidak salah untuk berkogsi kuasa dengan yang bukan Islam. Anak kesayangan Pak Nik... bukan itu isunya, tetapi... tentang pegangan parti kamu dahulu bahawa haram bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk mentadbir negara.
Kenapa baru hari ini mereka berkata sedemikian? Wahai anak kesayangan Nik Aziz... tidak ingatkah kamu ketika waktu dahulu...

Jangan jadikan prinsip "Walhalalku, walharammu" sebagai pegangan ya? Tak perlu berdalih kalau mahu melihat kesatuan ummah. Kalau saya dapat patahkan dalil-dalil PAS yang kononnya mengharamkan mereka daripada berstau dengan UMNO kembali, apakah PAS akan kembali kepada parti mereka ini? Daripada menjadi serpihan UMNO seperti PAS?
Tahukah anda bahawa ketika PAS dan UMNO bersatu dahulu, Dato’ Haji Mohamad Nasir dipilih untuk menerajui jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan dan UMNO tidak langsung mencampuri urusan tersebut. Namun, selepas beberapa ketika, Datuk Nasir dilucutkan jawatan.
UMNO telah mengambil sikap berkecuali dalam hal ini. Namun, siapa sangka yang peristiwa pemecatan Datuk Nasir telah menimbulkan darurat kepada Negeri Kelantan. Terdapat huru-hara berlaku di Kelantan dan rusuhan semakin bernanah. Tun Hussien Onn pada waktu itu tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengisytiharkan undang-undang Darurat. Huru-hara ini berpunca daripada kumpulan Datuk Nasir di dalam PAS yang tidak puas hati.
Namun, apabila UMNO mengambil alih buat seketika tampuk pemerintahan KELANTAN dari PAS bagi meredakan huru-hara sehingga Kelantan bernanung di bawah perintah darurat, PAS pula tidak berpuas hati dengan tindakan UMNO ini. PAS menganggap bahawa UMNO masuk campur dalam urusan pemerintahan PAS di Kelantan.
Maka, bermula pada saat ini provokasi demi provokasi dilakukan oleh PAS kepada UMNO. Maka, PAS berpecah kepada dua puak pada waktu itu, puak yang masih menyokong kesatuan UMNO-PAS di dalam BN dan PUAK yang menentang kesatuan dua parti bangsa melayu ini.
Pelbagai usaha dilakukan untuk menggulingkan presiden PAS pada waktu itu iaitu Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Krisis dalaman PAS ini mengakibatkan penubuhan serpihan PAS iaitu BERJASA dan HAMIM.
Ditambah dengan provokasi demi provokasi PAS ini dilihat bakal meranapkan Barisan Nasional, maka Tun Hussien Onn dengan berat hati terpaksa melepaskan PAS daripada Barisan Nasional. Namun pada hari ini, idea kesatuan bangsa kembali dibangkitkan, maka UMNO pula disalahkan?
Krisis yang bermula daripada pucuk pimpinan PAS sendiri, UMNO dipersalahkan kononya menjadi "SI PENJAHAT" yang menikam "SAHABAT".
Wahai sahabat seagama dan sebangsaku yang masih bernaung dalam PAS, anda berjuang mengenai Islam, tahukah anda apa yang Rasulullah lakukan ketika menubuhkan Negara Islam Madinah? Menyatukan dulu Ansar dan Muhajirin. Perpaduan itu jelas sangat penting dalam agama Islam. Perpaduanlah yang membuatkan Islam tersebar luas sehingga dapat kepada kita.
Mengapa hari ini, anda yang memperjuangkan Islam menolak kesatuan ini?
2. Isu Hudud
Ya, isu hudud ini didendangkan oleh mereka yang begitu benci kepada UMNO. UMNO tak mahu laksanakan HUDUD. PAS tidak akan berkerjasama dengan SI SEKULAR.
Wahai saudara seagama dan sebangsa dengan saya yang berada di dalam PAS, hari ini anak muda yang masih mentah dalam mengenal dunia ini mahu melontarkan teguran. Saya yakin bukannya isu hudud yang menjadi persoalannya, tetapi dendam anda terhadap UMNO apabila pengasas parti kalian tidak dipilih ketika untuk menjadi pengganti Dato' Onn tetapi Tunku Abdul Rahman. Dendam itu jelas sedang mengalir dalam sarah anda semua...
Anda rela memilih si Chauvanist DAP dan si Liberalisme PKR daripada untuk bersama dengan abang yang telah kalian tinggalkan kerana tidak mendapat kuasa. Malah, kebencian anda semua telah membawa kepada Amanat Haji Hadi.
Amanat Hadi telah menimbulkan pepercahan TERBESAR dalam BANGSA MELAYU YANG YAKNI BERAGAMA ISLAM!
Solat di masjid mula mempunyai dua Imam. Imam yang menyokong UMNO diakui sebagai kafir manakala solatnya tidak sah. Sembelihan orang UMNO tidak sah sedangkan dalam Islam, sembelihan Ahli Kitab itu masih halal untuk dimakan. Kemuncaknya kebencian PAS pada UMNO ialah peristiwa Memali.
Namun hari ini, apa yang Haji Hadi ini buat?
Mampukah muzakarah ini menyatukan dua parti Melayu dan Islam terbesar di Malaysia ini???
Berprangsangka Baik Sebelum Muzakarah
Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata, orang Melayu dan orang Islam perlu duduk berbincang untuk masa depan anak cucu memandangkan sudah ada golongan tertentu yang begitu berani mencabar kedudukan agama Islam dan Raja-raja Melayu.
"Ini semuanya berlaku kerana mereka (golongan tertentu) melihat orang Melayu dan Islam begitu lemah sehingga mereka merasakan bahawa mereka yang lebih berkuasa untuk menentukan politik negara kita," katanya.
Untuk bermuzakarah Pas perlulah bersangka baik dengan Umno.Muzakarah bukan melibatkan ideologi parti sebaliknya hanya untuk membincangkan mengenai bangsa dan agama,
Kalau Pas dan Umno dah macam anjing dengan kucing, macam mana nak bermuzakarahkan.Asyik nak bercakar je,
Pas pun jangan ego sangat, meletakkan banyak sangat pantang larang untuk bermuzakarah dengan Umno.Tapi bila bekerjasama dengan Dap tak pula.
Dua-dua perlu serius untuk bermuzakarah.Utamakan kepentingan bangsa dan agama dahulu.Jika tidak bermuzakarah,takut ada pihak yang akan menangguk di air yang keruh nanti.
Umno Selamanya
Umno akan terus melaksanakan program membela rakyat di samping memperkemaskan kedudukannya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kemasukan beberapa muka baru dalam kepimpinan negeri, selepas pemilihan parti baru-baru ini, akan membantu menggerakkan pelbagai program yang dirancang.
Untuk itu, beberapa biro diwujudkan untuk membantu memperkasakan orang Melayu termasuk dari segi ekonomi, usahawan, latihan, pendidikan dan pengaduan awam.
“Kita juga tidak meminggirkan orang Cina dan India dengan bantuan rakan komponen BN iaitu Gerakan, MCA dan MIC yang turut menampilkan muka baru dalam kepimpinan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno Pulau Pinang petang kelmarin.
Menurutnya, beberapa sekretariat turut diwujudkan untuk merangka strategi dari segi memperkasakan parti dan menghadapi PRU14 dalam tempoh lima tahun akan datang.
Sementara itu, Zainal Abidin turut mengumumkan Ketua Umno Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.
Umno masih relevan lagi.

Pas Dakwa Umno Tak Serius Lak
Apa motif si Abdul Fattah ni, tiba-tiba mengatakan Umno tak serius untuk bermuzakarah dan selalu menarik diri saat-saat akhir.
Padahal,umno dah lama bersedia,cuma Pas je yang selalu berdolak dalih.Pas ni cakap je lebih,tapi buat memang tak lah.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, muzakarah antara umat Islam adalah baik, namun setiap perkara yang baik mempunyai penghalangnya.
“Antaranya ia dikaitkan dengan penggabungan Umno-Pas, proses dan matlamat asal muzakarah digerhanakan.
Siapa yang suka cari alasan sekarang, Umno ke Pas?? sudah- sudah ler tu Pas asyik menyalahkan Umno je,macamlah Pas tue "malaikat" sangat.
Semua dah muak denga propa Pas ni.!!!
Selasa, 26 November 2013
MB Kelantan nak jumpa PM
Kerajaan Kelantan merancang untuk membangkitkan pelaksanaan hukum hudud dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika beliau bersetuju menerima kunjungan hormat Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Ahmad berkata, beliau berhasrat menyatakan pendirian kerajaan negeri, iaitu ia mahu terus memperjuangkan pelaksanaan hudud di Kelantan.
“Kita akan memberitahunya pendirian kita dan hasrat kerajaan negeri untuk melaksanakan hudud,” katanya kepada pemberita di pejabatnya.
Beliau berkata, pihaknya menyambut baik isyarat daripada Najib yang terbuka untuk mengadakan muzakarah dengan beliau.
Menurutnya, beliau menghantar surat kira-kira dua bulan lalu meminta untuk membuat kunjungan hormat pertama ke atas Perdana Menteri setelah dilantik menjadi Menteri Besar yang baru selepas pilihan raya umum Mei lalu.
Ahmad berkata, dalam pertemuan itu beliau juga akan membangkitkan berapa isu lain, termasuk pembangunan infrastruktur di Kelantan.
“Selaku Menteri Besar yang baru, saya amat berharap kunjungan hormat itu akan mewujudkan hubungan kerajaan dengan kerajaan,” katanya dengan menambah beliau sedang menunggu pejabat Najib menetapkan tarikh pertemuan.
Harap perbincangan tidak tertumpu pada hudud sahaja tapi lebih kepada kesejahteraan umat Islam di Malaysia
Dap tak senang duduk Pas Umno bermuzakarah
Biarkan Dap tak senang duduk dan macam cacing kepanasan bila Umno Pas bermuzakarah.Dap mana boleh tengok orang Melayu bersatu,kerana mereka memang nak tengok Melayu sesama Melayu bergaduh dan berpecah belah .Nanti Dap mudahlah nak ambil alih Malaysia.
Memang impian Dap lagi dulu untuk menguasai Malaysia.Jangan biarkan kemaraan Dap.Hanya Umno Pas yang mampu mengubah segala-gala.Harap Allah memberi keajaiban untuk kedua-dua parti ini bersatu demi agama ,bangsa dan negara yang tercinta ini.
Najib minta PAS perinci skop muzakarah
Datuk Seri Najib Razak meminta PAS memberi perincian berhubung skop perbincangan yang mahu diadakan sebelum muzakarah antara parti itu dapat diadakan.
Perdana Menteri berkata, UMNO bersifat terbuka dan sedia menyahut cadangan PAS untuk bermuzakarah atas perkara membabitkan kepentingan Islam.
Perdana Menteri mahu melihat dulu skop perbincangan dan perlu meminta penjelasan lanjut daripada Pas.
Ini satu langkah positif apabila kedua-dua parti bersetuju untuk bermuzakarah. Benda baik tak elok di lengah-lengahkan.lagi cepat ,lagi bagus.
Pas jangan cakap sahaja
Pas perlu membuktikan kesungguhannya untuk mengadakan muzakarah dengan menyatakan tawaran bertulis kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berkata, tidak guna jika hanya bercakap tetapi tidak ada sebarang tindakan susulan yang positif.
"Jangan hanya cakap di dalam muktamar mereka sahaja, tulis surat kepada Presiden Umno secara rasmi,” katanya.
Tawaran mengadakan muzakarah ini adalah cadangan yang baik dan patut disambut pemimpin Umno.
"Tetapi, dalam Pas kita dapat lihat beberapa pemimpin yang menyatakan pandangan mengadakan muzakarah dengan Umno tetapi akhirnya tersingkir seperti bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa.
“Akhirnya, cadangan ini tidak ke mana dan tiada sebarang muzakarah pernah diadakan antara kedua-dua pihak sehingga kini,” .

Umno dan Pas sukar mencapai kata sepakat kerana Umno mengamalkan pemerintahan Islam secara prakmatik sementara Pas berpegang kepada prinsip Islam yang ortodok, terdapat jurang yang terlalu besar di sini,
Muzakarah Pas Umno
Bermuzakarahlah demi agama Islam,bangsa Melayu dan negara kita.Janganlah letakkan apa-apa syarat untuk bermuzakarah,Presiden dan bersetuju,yang lain-lain ikut je lah,namapun jemaah.Jangan nak lebih sudu dari kuah.
Pas Umno perlu bersatu
Kesediaan Pas untuk bermuzakarah dengan Umno hanya berhubung kait dengan Islam dan tidak menyentuh ideologi parti, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Bekas Naib Presiden Pas itu berkata, Umno perlu menyatakan pendiriannya jika benar-benar mahu bekerjasama dengan Pas dalam memastikan syariat Islam dapat dilaksanakan dengan baik di negara ini.
"Sekarang terpulang pada Umno atas apa isu sekalipun. Perkara ini bukan sebab nak sertai Umno.
"Kita setuju nak bekerjasama untuk muzakarah. Isu ini berkaitan dengan pelaksanaan syariat Islam di Malaysia," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.
Menurutnya, jika Umno serius untuk Malaysia melaksanakan hukum Islam secara sepenuhnya, Umno perlu bersetuju sebagai tanda kesungguhan mereka.
Sementara itu, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli pula menyifatkan muzakarah itu sangat penting dalam memastikan syariat Islam dipatuhi.
"Cuma terpulang pada keputusan dan kemudian perlaksanaannya. Teorinya sangat baik, tetapi perlaksanaan satu hal yang lain.
"Pelaksanaan berdasarkan kerjasama dari muzakarah itu dan perlu mengikut kesesuaian semasa," katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)