Halaman

Memaparkan catatan dengan label Rafizi Ramli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rafizi Ramli. Papar semua catatan

Selasa, 17 Disember 2013

PKR: Kerajaan ada kuasa tak naikkan tol

PKR mendakwa kerajaan mempunyai kuasa untuk tidak menaikkan kadar tol ekoran sebahagian besar pemegang konsesi lebuh raya utama negara ini dikuasai anak-anak syarikat milik kerajaan.

Rafizi Ramli
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli menepis kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang menyebut kenaikan tol pada tahun depan sebahagian daripada perjanjian konsesi yang dimeterai kerajaan.

“Alasan yang diberikan oleh beliau itu dangkal terutamanya apabila sebahagian besar daripada pemegang konsesi lebuh raya utama di negara ini dikuasai oleh anak-anak syarikat milik kerajaan.

“Oleh kerana pemegang konsesi adalah anak-anak syarikat milik kerajaan, Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa dan pengaruh untuk merunding semula terma-terma perjanjian untuk tidak menaikkan tol,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, dua daripada tiga kumpulan terbesar pemegang konsesi lebuh raya adalah dikuasai agensi kerajaan iaitu Projek Lebuh raya Utara Selatan (Plus) dan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas).

“Plus dikuasai sepenuhnya oleh agensi-agensi kerajaan iaitu Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Prolintas adalah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu agensi amanah saham milik kerajaan.

“Hanya Gamuda yang merupakan syarikat swasta tetapi agensi-agensi kerajaan seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP, unit-unit Amanah Saham dan lain-lain mempunyai sekurang-kurangnya 22.59 peratus pegangan (berdasarkan pemilikan saham akhir tahun 2010) di dalam Gamuda yang menjadikan Kerajaan Persekutuan sebagai salah satu pemegang saham terbesar Gamuda melalui pelbagai agensinya,” katanya.

Tambah Rafizi, Abdul Wahid memberi gambaran salah berhubung kenaikan kadar tol tersebut.

 “Sebahagian besar konsesi tol di negara ini mendapat bantuan kewangan penuh kerajaan semasa pembinaan. Kerajaan memberikan bantuan seperti subsidi kewangan untuk pengambilan tanah, pembiayaan mudah melalui Bank Pembangunan atau pun geran kewangan kepada pemegang-pemegang konsesi untuk membina lebuh raya.

“Contohnya, Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dibina hampir sepenuhnya menggunakan geran kewangan kerajaan berjumlah RM976.7 juta hingga membolehkan pemegang konsesinya membuat pinjaman kecil sahaja untuk menyiapkan lebuh raya tersebut.

“Sebab itu saya menyanggah kenyataan beliau yang memberi gambaran salah bahawa kenaikan tol tidak dapat dielakkan kerana perjanjian konsesi dimeterai dengan syarikat swasta,” katanya.

Tambahnya, “alasan bahawa kenaikan tol tidak dapat dielakkan kerana perjanjian yang dimeterai dengan swasta tidak dapat diterima kerana sebahagian besar konsesi tol dikuasai oleh kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung.”



Pembangkang kalau bab mengutuk ataupun menghentam kerajaan memang laju dan cepat je,tapi bila kena batang hidung mereka sendiri pandai pula "cover line"...Rafizi umpama "tin kosong" cakap je lebih tapi habuk pun taraaaaaaa

Isnin, 16 Disember 2013

Rafizi desak Najib letak jawatan kerana aliran wang haram tinggi



Rafizi Ramli (gambar) mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan pendedahan laporan Global Financial Integrity (GFI) berhubung “Aliran Wang Haram di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011” yang menyatakan jumlah aliran wang keluar dari Malaysia adalah keempat tertinggi di dunia.
Menurut Pengarah Strategi PKR itu, laporan terbaru GFI mengesahkan terdapat kaitan antara jumlah aliran wang haram yang tinggi dengan pelbagai masalah kewangan dihadapi negara  berpunca daripada masalah yang sama iaitu rasuah.
"Najib sewajarnya melepaskan jawatan Menteri Kewangan kerana jumlah aliran wang haram yang begitu tinggi ini adalah bukti kegagalan beliau sebagai Menteri Kewangan.
"Kedegilan Najib  menerima pakai kesimpulan-kesimpulan ini akan terus merencatkan kemajuan ekonomi negara dan menekan rakyat,"  kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini merujuk kepada Najib yang juga merupakan Perdana Menteri.
Katanya, sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara, laporan tahunan GFI juga sebagai bukti bahawa rasuah di Malaysia sudah bertambah parah.
Menurut Rafizi, laporan GFI juga mengandungi jawapan kepada beberapa persoalan teknikal yang dikemukakan oleh pihak tertentu termasuk kerajaan melalui Bank Negara Malaysia.
“Selain menggunakan kaedah analisa yang lebih baik, laporan GFI  juga menyanggah kenyataan kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia yang menyalahkan ketepatan statistik bagi menerangkan jumlah aliran wang haram yang besar.
"Dengan jawapan-jawapan dan kaedah baru yang digunapakai oleh GFI, maka kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai alasan untuk menafikan kesimpulan yang dibuat.
"Jumlah aliran wang haram yang mencecah AS$54 bilion dalam tahun 2011 dan jumlah terkumpul sebanyak RM370 bilion sepanjang tempoh 2002 hingga 2011 juga bertepatan dengan bukti-bukti semasa," katanya.
Lebih dari itu laporan urus niaga di luar negara seperti London seperti yang didedahkan GFI mengesahkan bahawa terdapat pelbagai urus niaga mewah melibatkan rakyat di negara ini.
Menurut Rafizi, laporan GFI itu juga selari dengan kedudukan kewangan semasa negara yang menunjukkan defisit belanjawan dalam tempoh 15 tahun berturut-turut.
"Defisit belanjawan ini jelas menunjukkan perbelanjaan yang melonjak naik termasuklah perbelanjaan-perbelanjaan besar yang melibatkan bayaran ke seluruh dunia," katanya. – 12 Disember, 2013.

Tak habis-habis nak mencari salah kerajaan sahaja.Macam lah mereka tu perfect sangat..

Isnin, 25 November 2013

PKR gesa mansuh AP gula pulak!!

PKR mencadangkan supaya permit import (AP) untuk membeli gula mentah pada harga lebih rendah dibuka sekali gus dapat menurunkan harga gula tapis di pasaran.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendakwa, apabila monopoli AP membeli gula mentah dimansuhkan, ia akan memberi peluang kepada banyak syarikat untuk membawa masuk gula mentah dan gula bertapis pada harga yang lebih murah.

"Dalam keadaan harga gula mentah pasaran dunia adalah lebih rendah, dengan lebih banyak syarikat diberi peluang untuk membawa gula mentah dan gula bertapis sudah tentu ia lebih murah dari harga yang ditentukan oleh syarikat monopoli.

"Keengganan BN melunturkan monopoli gula yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary mengesahkan mereka lebih mementingkan beberapa kroni berbanding rakyat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengesahkan dalam sidang Dewan Rakyat Khamis lalu bahawa kerajaan telah memeterai kontrak jangka panjang untuk membeli gula mentah pada harga yang kini lebih tinggi dari harga pasaran.

Dalam pada itu, Rafizi turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang memasuki kontrak pembelian gula mentah jangka panjang bagi pihak swasta sedangkan keuntungan adalah milik swasta.

"Kenapa dalam keadaan harga bekalan gula mentah tidak menguntungkan syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary akibat rundingan kontrak jangka panjang yang tidak sempurna, kerajaan juga dilibatkan kerana kontrak itu dimeterai oleh kerajaan.

"Risiko untung rugi pembelian gula mentah perlulah ditanggung oleh syarikat pemegang AP gula mentah yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kerana mereka diberikan monopoli industri gula di Malaysia," katanya.


Belum memerintah bolehlah suruh kerajaan mansuh semua,cuba bila masa mereka memerintah,rasanya mereka buat tak??
Renung-renungkan..

Rabu, 20 November 2013

Rafizi Dakwa SPRM Lindungi Ahli Politik Rasuah


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli (gambar) mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melindungi ahli politik rasuah kerana hanya mampu membuat lima kes pendakwaan sejak tahun 2010 hingga Ogos 2013.
Pengarah Strategi PKR itu berkata, jumlah tersebut tidak masuk akal, malah jumlah tersebut adalah lebih kecil berbanding pendakwaan yang dibuat terhadap penguatkuasa undang-undang.
Rafizi menyimpulkan SPRM juga sama seperti Peguam Negara yang cuba melindungi ahli politik rasuah apabila gagal menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

" Jika SPRM berjaya mencatat kadar pensabitan yang begitu tinggi dengan rakyat biasa, kenapa SPRM memberi alasan tidak mendapat cukup bukti untuk mensabitkan kesalahan ahli politik?" katanya.

Kalau macam tu,apa kata SPRM siasat masa Anwar jadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri .Adakah Anwar terlibat atau tak dengan rasuah.Tak salahkan buka balik fail-fail lama...

Isnin, 25 Mac 2013

Kerajaan tak ikhlas, kata Pakatan


Pakatan Rakyat (PR) mendakwa kerajaan tidak bertindak telus dalam soal memperuntukkan ruang masa kepada parti-parti politik memperkenalkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menerusi Radio Televisyen Malaysia.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR  akan mengadakan perbincangan untuk memutuskan keperluan  pakatan pembangkang menggunakan ruang 10 minit yang diberikan kerajaan.

Menurutnya, tempoh masa dan syarat  yang diumumkan  Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kelmarin  seperti "memperbudakkan" parti politik terutamanya pembangkang.

Beliau berkata, pada umumnya RTM adalah 'ala' Barisan Nasional (BN) yang digunakan 24 jam sehari untuk menyiarkan makluman termasuk manifesto parti kompenan perikatan itu.

"Kita masih tak ada keputusan, kita perlu berbincang untuk lihat sama ada itu menjadi satu keperluan kita untuk siarkan manifesto atau tidak.

"... tempoh masa 10 minit dengan syarat yang tidak relevan, ini untuk apa? Untuk memberitahu dunia media kita bebas dan memegang prinsip demokrasi?

"Rais perlu mempertimbangkan semula, jangan memperbudakkan kita," katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Rais mengumumkan parti politik boleh membentangkan manifesto selama 10 minit selepas Dewan Rakyat dibubarkan.

Beliau juga berkata, setiap parti politik yang menggunakan ruang ini perlu mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh RTM termasuklah melalui rakaman.

"Semua parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang untuk mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit, dan kami beri peluang ini sekali gus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang.

"Tinggal lagi sama ada mereka menggunakannya atau tidak, ini terserah kepada mereka, tetapi kami di kementerian telah bersedia untuk melaksanakannya," katanya.

Mengulas lanjut Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kebebasan dan keadilan media perlu diberikan sama rata kepada semua parti politik.

"Kalau nak bagi parti politik guna media, bagilah secara adil, bukan buat syarat saja untuk tunjukkan media kita bebas," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa pembaharuan yang cuba dibawa kerajaan yang memerintah itu satu perkara yang mengaibkan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang itu berkata, sekurang-kurangnya tempoh penyiaran diberikan selama 30 minit untuk memberi penjelasan kepada rakyat tentang manifesto parti politik.

"... jika itu satu pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan ia adalah perkara yang mengaibkan.

"Tempoh 10 minit itu hanya sebagai ajak-ajak ayam dan tidak kembali kepada kebebasan media yang dituntut Bersih.

"Pas menghargai ruang itu, namun masa perlu dipanjangkan, sekurang-kurang setengah jam untuk memberi penjelasan kepada rakyat dan membolehkan mereka menilai," katanya.

Tambahnya, Pas juga masih belum memutuskan untuk menggunakan platform yang diberikan kerajaan.

"Setakat ini, Pas masih belum ada keputusan dan perlu berbincang dan akan dimaklumkan kemudian," katanya.


Mengapa,Pakatan takut ke???

Rabu, 5 September 2012

PKR wants MMC takeover bid frozen


PETALING JAYA (Sept 4, 2012): Parti Keadilan Rakyat (PKR) wants the federal government to freeze plans to privatise Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) as this could lead to land assets worth RM50 billion falling into the hands of a private conglomerate.
PKR strategic director Rafizi Ramli said the takeover proposal of KTMB by Malaysia Mining Corporation (MMC), owned by logistic tycoon Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, was done through direct negotiations and would only benefit the company and not the public.
He expressed concern that the proposed takeover was an attempt to increase the corporation's land bank and said it is important for details of any KTMB privatisation contract to be revealed.
"Syed Mokhtar is shopping for land banks. He has done this by taking over a state utility like Pos Malaysia via DRB Hicom. What are the government's conditions to ensure that KTMB's assets and land, estimated to worth RM50 billion, do not fall into private hands?" Rafizi asked at a press conference at the party's headquarters today.
PKR vice-president Nurul Izzah Anwar urged the government to consider the previously failed takeover of KTMB by Merak Unggul consortium in 1997. KTMB is now running at an annual loss of between RM150 and RM200 million, she said.
Railwaymen's Union of Malaya (RUM) president Abdul Razak Md Hassan on Aug 29 said a picket would be held in front of the KTMB headquarters to protest the takeover.
The union, which represents about 5,500 KTMB workers fears that a takeover by MMC Corporation Bhd would not only put KTMB's 5,500 workers at risk, but also affect the company's services.
In August, MMC confirmed that they have sent a proposal to takeover KTMB to the finance ministry, but said Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak has not made any decision.
On May 10, the Business Times reported that MMC has begun due diligence on the proposed KTMB privatisation and expects to complete it between July and August.
The publication reported that MMC Corp Bhd is currently raising RM1 billion in funds for its planned takeover of KTMB through the listing of its subsidiaries including Malakoff.
MMC group managing director Datuk Hasni Harun had said earlier the proposed initial public offering for Malakoff, MMC's flagship power utility company, was going to be "very big".
This is based on expectations that the MMC-Gamuda Klang Valley Mass Rapid Transit (KVMRT) joint venture will win more MY Rapid Transit (MRT) tunnelling jobs from MRT 2 and MRT 3, which are expected to be tendered out in 2013 for around RM12 billion.
Last month, MMC-Gamuda KVMRT won the RM8.28 billion tunnelling job for MRT 1 and expects to commence work by January next year.

LA: macam-macam la PKR ni

Khamis, 2 Ogos 2012

Rafizi mengaku tidak bersalah

Pengarah strategi  PKR, Mohd Rafizi Ramli  mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen  terhadap pertuduhan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).Turut didakwa ialah bekas kerani Bahagian Credit Public BAnk BErhad (cawangan Jinjang, Johari Mohamad 41,didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA, bersubahat dengan perubatan Rafizi. 
Jika sabit kesalahan ,mereka akan dikenakan penjara tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau  kedua-duanya.
Mahkamah memerintahkan  Rafizi  dan Johari membayar jaminan RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin serta menetapkan 10 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.


Sumber:  BH 2 Ogos 2012.

LA:bosan dah dengan ahli PKR yang banyak masalah nie.