Halaman

Memaparkan catatan dengan label sumber manusia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sumber manusia. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Ogos 2012

Kakitangan awam curi tulang

» Membeli-belah pada waktu bekerja dalam bulan Ramadan

Putrajaya: Ramai kakitangan awam dikesan ponteng kerja dengan membeli-belah ketika waktu bekerja pada bulan Ramadan sekarang.Selain kompleks beli belah dan pasar raya,mereka mengunjungi bazar ramadan  berhampiran pejabat,dipercayai untuk persiapan Aidilfitri dan membeli juadah berbuka puasa.


JPA meminta ketua jabatan membuat pemantauan berterusan pergerakan pegawai dengan memastikan mereka mendapat kebenaran terlebih dulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja untuk sebarang urusan peribadi.


Perbuatan itu dikesan menerusi pemantauan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas sering menerima aduan orang ramai mengenai sikap kakitangan awam tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di tempat awam.

Perlu patuh waktu bertugas Dalam surat Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) JPA, Datuk Farida Mohd Ali kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan menyatakan walaupun jumlah pegawai awam yang berbuat demikian makin berkurangan, ketua jabatan perlu mengingatkan pegawai supaya mematuhi waktu bertugas.

Surat itu menyatakan kegagalan mematuhi waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974 dan Peraturan 24, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Baru-baru ini, JPA melakukan pemantauan terhadap pematuhan waktu bekerja penjawat awam di sekitar premis perniagaan, pasar raya dan pusat beli-belah yang berhampiran pejabat kerajaan dan mendapati masih ada segelintir penjawat awam tidak mematuhi perkara ini,” katanya. 
Surat bertarikh 30 Julai dengan tajuk perkara Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam, disiarkan dalam laman web rasmi JPA semalam, ditandatangani oleh Farida.

Sehubungan itu, JPA meminta ketua jabatan membuat pemantauan berterusan pergerakan pegawai dengan memastikan mereka mendapat kebenaran terlebih dulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja untuk sebarang urusan peribadi.

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, setiap pegawai atau anggota penjawat awam perlu mematuhi peraturan dan tidak mengambil kesempatan untuk pulang lebih awal daripada masa ditetapkan.

“CUEPACS difahamkan sepanjang Ramadan ini, segelintir jabatan membenarkan penjawat awam pulang pada jam 4.30 petang bagi membolehkan mereka membuat persiapan berbuka puasa,” katanya.



Sumber: BH 10 Ogos 2012
LA: Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Ingatlah kerja tu, amanh Allah pada kita,kalau da sampai curi tulang masa kerja,di mana berkatnya rezeki yang nak bagi kat keluarga dan anak-anak makan.??renung-renungkanlah.

Rabu, 8 Ogos 2012

Tak setuju tambang naik

Pengguna bas ekspres,henti-henti sifatkan cadangan keterlaluan

Pengguna pengangkutan awam tidak bersetuju dengan cadangan Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) mahu tambang bas ekspres dan henti-henti dinaikkan.PMBOA dalam memorandumnya kepada kementerian kewangan baru-baru ini mencadangkan kenaikan 30 peratus di Semenanjung dan 40 peratus di Sabah dan Sarawak.
Pengguna menyifatkan cadangan itu keterlaluan,sekalipunpengusaha bas mendakwa mengalami kenaikan kos operasi sejak empat tahun lalu.Kenaikan ini akan membebankan rayat yang berpendapatan sederhana dan rendah.Memandangkan pengangkutan awam adalah satu keperluan asas.Kenaiakn ini juga akan membebankan golongan pelajar yang bergantung kepada bas henti-henti  untuk bergerak dari satu destinasi ke destiansi lain.
Para pengguna semua berharap  kerajan mengkaji betul-betul kalau nak naikkan tambang ,kalau ia pun janganlah sampai 30 peratus bagi mengelakkan rakyat dibebani  dengan kos sara hidup yang tinggi.

Sumber:BH 8 Ogos 2012

LA: Sebagai pengguna setia pengangkutan awam,LA rase memang tak patut tambang dinaikkan.Sebab bas nie dinaiki oleh pengguna y ang berpedapatan rendah.

Jumaat, 27 Julai 2012

Tender terbuka projek loji


Putrajaya: Kerajaan Pusat akan melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan. 

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam kenyataannya semalam, berkata semua anak syarikat kerajaan Selangor dialu-alukan untuk menyertai tender itu. Justeru, tuduhan yang mengatakan projek itu dibina bertujuan memastikan kroni UMNO-Barisan Nasional mendapat kontrak pembinaan adalah tidak berasas, kata kenyataan itu. 
Dalam kenyataan sama, KeTTHA memperbetulkan banyak kenyataan pemimpin kerajaan Selangor berhubung isu air yang didakwanya salah dari fakta dan mengelirukan. 

Antaranya, kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kapasiti 34 loji rawatan air di Selangor sekarang ialah 4,807 juta liter sehari (MLD) berbanding keupayaan pengagihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) 4,371 MLD. 

KeTTHA menjelaskan 34 loji itu direka bentuk bagi menghasilkan 4,581 MLD, tetapi pelbagai kekangan menyebabkan hanya 4,371 MLD diagih. 

Kapasiti 4,581 MLD hanya boleh dicapai jika Projek Mitigasi 1 dan 2 dengan kos RM606 juta yang disyor Kerajaan Pusat siap. 
Menurut KeTTHA, lima loji rawatan air iaitu di Sungai (Sg) Selangor 2, Sg Semenyih, Sg Langat, Sg Batu dan Bukit Tampoi kini beroperasi melebihi tahap reka bentuknya. 

Mengenai dakwaan Exco Selangor, Rodziah Ismail bahawa Kerajaan Pusat enggan membenarkan kerajaan negeri mengambil alih SYABAS walaupun ia tidak mampu urus bekalan air, KeTTHA berkata ia tidak dapat dilakukan kerana ada kes mahkamah yang belum selesai. 

Kes itu membabitkan tuntutan pampasan SYABAS terhadap kerajaan Selangor kerana tidak menaikkan tarif air sejak 2009 mengikut jadual dipersetujui dalam perjanjian konsesi. 

KeTTHA juga menafikan kenyataan Exco, Dr Xavier Jayakumar, bahawa Kerajaan Pusat dan SYABAS bertanggungjawab menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset air di Selangor. 

Sebaliknya, kementerian itu menjelaskan, kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air bertanggungjawab terhadapnya.
Sumber: BH 27 Julai 2012
LA: ape lagi, da org bagi peluang, jangan sia -siakan pula.

Selasa, 24 Julai 2012

Swasta boleh mula persaraan 60 tahun


Putrajaya: Majikan yang mahu melaksanakan umur persaraan baru kakitangan swasta daripada 55 kepada 60 tahun, boleh berbuat demikian mulai sekarang.


Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata walaupun kerajaan belum menetapkan tarikh atau tempoh tertentu untuk penguatkuasaan Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012, majikan sememangnya digalak berbuat demikian sekarang. Pada masa sama, beliau berkata, kementerian akan menemui pelbagai pihak berkepentingan termasuk Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi membincangkan isu terbabit. 
“Majikan yang mahu melaksanakan lebih awal, silakan. Namun, perkara berkaitan undang-undang untuk mewajibkan aspek tertentu seperti isu ini, perlu mengambil kira pandangan majikan dan pekerja. Justeru, bukan mudah untuk dilaksanakan dengan segera.



“Kita perlu ambil masa dan kena bincang dengan semua pihak berkepentingan sebelum keputusan muktamad dicapai,” katanya kepada pemberita selepas taklimat media berhubung perkembangan Projek Permulaan Kedua (EPP2) di bawah Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA) Perkhidmatan Perniagaan, semalam.



Di bawah Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 yang diluluskan Parlimen, baru-baru ini, umur bersara wajib bagi pekerja sektor swasta dinaikkan kepada 60 tahun dan majikan tidak boleh memaksa pekerja bersara sebelum mencapai usia itu.



Mengulas lanjut, Dr Subramanian berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung had umur bagi pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja selepas membenarkan had umur persaraan minimum bagi pekerja swasta dilanjutkan kepada 60 tahun. 
Terdahulu beliau berkata, EPP2 di bawah NKEA Perkhidmatan Perniagaan ialah membina pembekal penyumberluaran berdaya saing pada peringkat antarabangsa. 


Sektor itu membuka kira-kira 2,210 peluang pekerjaan baru dan menjana eksport perkhidmatan bernilai RM318 juta pada suku pertama 2012 iaitu peningkatan 50.2 peratus dari segi jumlah pekerjaan baru dan sembilan peratus nilai eksport perkhidmatan, berbanding 2010.