Halaman

Isnin, 22 Oktober 2012

MCA tak takut hadapi DAP

Perang antara MCA dan DAP berterusan apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek petang ini menegaskan bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu tidak pernah takut untuk berdepan dengan DAP.
Katanya, MCA sudah bertarung dengan DAP dalam 10 pilihan raya umum lalu dan rekod terbukti menunjukkan MCA selalu menang

Beliau turut mendakwa, DAP terkenal dengan 'kecemerlangan' mereka untuk memutar belit fakta dan bila DAP baru menang sekali, sudah menganggap DAP akan 'tutup kedai'.
Dalam pada itu, Soi Lek turut berpuas hati terhadap kehadiran perwakilan-perwakilan MCA pada mesyuarat kali ini dan dianggap berjaya mencatat kehadiran terbaik iaitu melebihi 1,600 orang.
Beliau menambah, isu-isu yang dibangkitkan ketika sesi perbahasan juga sangat kondusif dan menunjukkan kesediaan parti bagi menghadapi pilihan raya.

Sumber: Sinar Harian 22 Oct 2012
LA: DAP memang patut disingkirkan,kerana suka memutar belitkan fakta dan melaga-lagakn rakyat berbilang bangsa di Malaysia.Seperti mana yang penah dibuat oleh Lim Kit Siang pada peristiwa 13 Mei.

Hudud: MCA bangkang kerana DAP, kata Perkasa


Perkasa mendakwa isu hudud yang dilaporkan berhadapan dengan tentangan MCA sejak kebelakangan ini berpunca daripada pendirian DAP yang mempertikaikan isu itu.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, MCA terpaksa bercakap mengenai isu hudud disebabkan mahu mengekalkan undi dan sokongan kaum Cina.
"MCA lebih bangkitkan perkara sensitif ini disebabkan DAP, ini semua politik, ini semua mainan politik," katanya lagi.
Dalam pada itu, Ibrahim juga berkata, pihaknya memohon  perkenan Majlis Raja-raja Melayu supaya lebih banyak program diadakan bagi menyediakan ruang kepada Raja-raja Melayu mendekati rakyat demi mendaulatkan semula institusi diraja.
Tambah beliau, "saya sebagai Presiden Perkasa akan memperkasa dan mempertahankan institusi diraja yang kini dilihat makin goyah dengan perubahan politik dunia."



Hudud: MCA nafi kawal Umno


MCA menafikan parti itu 'mengawal' Umno terutamanya dalam membuat keputusan tentang pelaksanaan hukum hudud di negara itu seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan baru-baru ini.
Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, kenyataan tersebut hanyalah pandangan tipikal Nasrudin dan beliau mengulangi ketegasannya supaya isu hudud tidak dipolitikkan.
Nasrudin turut menyatakan kebimbangan kenyataan Soi Lek yang mengatakan bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.
Sementara itu, tambah Soi Lek, Pas hanya bercakap kosong tentang pelaksanaan hudud sedangkan beliau mengulas perkara itu berdasarkan fakta.
Sebagai pemimpin di sebuah negara yang demokratik, tidak ada sesiapa yang wajar memonopoli apa-apa isu dan sewajarnya kita sama-sama menyumbang untuk memberi penjelasan kepada rakyat," katanya.

LA: Banyak lagi yang boleh dibincangkan oleh Pas mengenai kebajikan rakyat daripada terus terusan bercakap mengenai hudud sahaja.Selesaikan lah dulu isu pembangunan di Kelantan tu.