dalam isu TABUNG DERMA MEMALI dan AMANAT HAJI HADI, ada buku dari orang PAS sendiri yang menerangkan perkara sebenar. Perkara yang langsung tidak berani disentuh, dikupas, dan dijelaskan oleh para pemimpin PAS, melainkan mengerah pecacai mereka menghina peribadi si penulis kedua-dua buku berkenaan selain cubaan menghalang buku-buku tersebut daripada beredar di pasaran dan dibaca lebih ramai orang.
Bagi mereka yang mahu penjelasan sebenar tentang AMANAT HAJI HADI dan TABUNG DERMA MEMALI yang seringkali cuba diputarbelit oleh para pemimpin PAS, dapatkan dengan segera kedua-dua buku ini kerana hanya menerusi buku ini sahajalah, gambaran sebenar kedua-dua isu berkenaan dapat dijelaskan dengan lebih mudah.