Halaman

Selasa, 21 Januari 2014

Macai-Macai PR Protes Barangan Jepun



Kerana taksub sangat dengan ketua mereka,macai-macai PR sanggup membuat demonstrasi untuk memboikot barangan Jepun.Ini kerana,tindakan Jepun yang menghalang Anwar daripada memasuki Jepun baru-baru ini.



Haha...Kesian macai-macai ni diperguna dan diperbodoh-bodohkan oleh Pak Non..Semua ni barua Anwar.


Ni lagi seorang barua Pak Non.Kata boikot,tapi yang sangkut kat leher tue pe dia macai??

Tak yah lah nak "berdrama" sangat macai-macai Anwar ni.Padahal korang dan barangan Jepun memang tak boleh dipisahkan..buat lawak tol lah macai-macai ni..

Kena Halau Dari Jepunpun Salah BN ke??

anwar marah1

Teruk betul! Dia yang dihalau, tapi dia salahkan pula Kerajaan Malaysia dan Wisma Putra. Dia yang tak laku dan tidak diterima, dia bising-bising pula pada “tuan rumah”. Ikut suka “tuan rumah”lah nak beri izin dia masuk atau tidak. Kalau tidak diizinkan, angkat kaki sajalah. Apa yang nak dibising-bisingkan? Buat malu negara saja…
Begitulah Anwar Ibrahim, petualang negara yang tidak dibenarkan masuk ke negara Jepun kelmarin dan dihalau keluar dari negara matahari terbit itu. Masih lagi berbudi bahasa, dia diminta Kerajaan Jepun untuk menaiki pesawat pertama untuk keluar dari negara itu atau berdepan dengan tindakan “deportation” atau “dipaksa pulang”!
Anwar dilaporka tiba di Jepun sekitar jam 6.45 petang semalam. Namun dia tidak dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa negara itu. Alasan awal yang diberikan ialah disebabkan sejarah Anwar yang pernah dipenjara pada tahun 1999 di Malaysia. Dia tidak puas hati dan dia bising-bising.
Katanya, dia pernah masuk ke Jepun pada tahun 2006, 2009 dan 2012. Namun kali ini dia diberitahu bahawa terdapat aduan mengenai dirinya pada tahun lalu (2013) dan ditegaskan tidak dibenarkan masuk ke negara itu lagi. Tak tahulah betapa tebalnya muka Anwar naik kapal terbang kira-kira jam 10.45 malam semalam dan keluar dari Jepun.
Tapi saya yakin, dalam otaknya ligat mencari pihak yang perlu disalahkan dalam hal yang benar-benar memalukan dirinya itu. Siapa lagi kalau bukan Kerajaan Malaysia dan Wisma Putera, kan?

Apalah nak jadi dengan Anwar ni,tak abis-abis asyik menyalahkan orang lain,tapi tak nak mengaku salah sendiri.Dah kena halau di luar negara pun tak ambil pengajaran.Masih nak menuding jari kat UMNO/BN dan Perdana Menteri.

Dah-dahlah tu Anwar, Bosan dah dengan sandiwara kau ni!!