SHAH ALAM – Kerajaan Negeri optimis mempertingkatkan martabat sastera dan budaya dengan mengiktiraf Datuk A Samad Said sebagai Sasterawan Tamu Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengiktirafan ini sejajar dengan perjuangan Sasterawan Negara itu gigih dan konsisten menulis serta memperjuang isu kemasyarakatan melalui penulisan.
“Karya beliau seperti novel, cerpen dan puisi meletakkan dirinya di luar domain permainan kebanyakan sasterawan Melayu lain,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengiktirafan Sasterawan Tamu Selangor, semalam.
Menurutnya, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) akan merealisasikan pembudayaan sastera dalam kalangan generasi muda dengan merangka beberapa aktiviti yang melibatkan kesusasteraan yang dikendalikan Samad.
“Kerajaan Negeri akan melestarikan usaha membudayakan sastera dalam kalangan generasi muda agar menikmati sastera sebagai salah satu peningkatan minda dan pemikiran,” katanya.
Sementara itu, Samad yang juga lebih dikenali Pak Samad berkata, ini permulaan yang baik di mana pertumbuhan seni dan sastera mempunyai impak yang lebih jauh.
“Selain program interaksi dengan anak muda, terdapat pelbagai lagi aktiviti seni yang sedang direncanakan untuk mendekati pelajar sekolah rendah, menengah, kolej serta universiti dan diharapkan melalui interaksi ini dapat mendidik generasi muda agar terpimpin mindanya,” katanya.
Menurutnya, galakan ini akan menggerakkan minda masyarakat terutamanya golongan belia yang dahagakan ilmu supaya dapat meningkatkan budaya bangsa rakyat negara ini.
Hadir sama dalam majlis meraikan Sasterawan Tamu Negeri Selangor antaranya, Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa Exco Kerajaan Negeri.(SinarHarian)
Yelah, kalau bukan pakatan sendiri yang mengiktiraf Datuk A.Samad Said ,siapa lagikan.Lagipun A.Samad da tunjukkan sokongan padu pada pakatan.Nilah habuannya.Apa-apa jelah wahai pakatan.Bukannya nak mendidik generasi muda tapi lebih untuk merosakkan generasi muda masa kini.