Halaman

Memaparkan catatan dengan label BN sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BN sabah. Papar semua catatan

Khamis, 21 November 2013

Kerajaan perlu jelas berkenaan isu MyKad Sabah

Putrajaya perlu memanggil semua warga asing Sabah memiliki MyKad melalui saluran rahsia Unit Khas Sabah yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata ahli parlimen Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau, berkata tiada yang tahu operasi unit itu kerana ia terlalu rahsia.
“MyKad diberikan oleh Unit Khas Sabah yang ditubuhkan di bawah JPN, sebuah agensi kerajaan persekutuan.
“Mesyuarat kedua Parlimen kali ini, saya bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri mengenai kewujudan unit khas ini dan mereka mengesahkannya namun kami masih belum mengetahui kaedah operasinya, malah tiada jawapan yang memuaskan berhubung isu ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Tangau yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (Upko) berkata, apa yang diketahui adalah unit itu ditugaskan mengeluarkan MyKad kepada “warga yang diragui” di bawah tiga kategori.
“Persoalannya adalah mengapa mereka perlu mengeluarkan MyKad kepada pihak yang diragui dan mengapa unit sedemikian perlu ditubuh sedangkan JPN sudah diwujudkan?” katanya dan berkata beliau akan membangkitkan sekali lagi isu ini di peringkat jawatankuasa semasa debat pergulungan Bajet 2014 di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai beberapa laporan termasuk penolong pegawai JPN yang ditangkap oleh polis di Miri melibatkan sindiket terbesar di Sarawak dalam memalsukan MyKad dan sijil kelahiran pada Isnin lalu.
Kebanyakan yang ditahan berasal dari Sarawak manakala yang lain adalah dua etnik Bajau dari Sabah, enam lagi dari Semenanjung termasuk pegawai JPN serta tujuh lelaki dan tiga wanita dari Filipina.
Tangau turut meminta satu penyiasatan segera dijalankan bagi memastikan pembabitan pegawai JPN semasa dan yang lepas dalam sindiket memalsukan MyKad.
Beliau mengulangi gesaannya bersama Presiden Upko, Tan Sri Bernard Dompok semasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Asing di Sabah bagi memanggil semula pemegang MyKad dari Filipina yang memasuki Sabah sejak 1980-an.
Katanya, persoalan yang perlu dijawab adalah siapa mengawal perkhidmatan infrastruktur teknologi komunikasi maklumat (ICT) untuk JPN kerana ICT digunakan dalam permohonan dan pemprosesan MyKad.
“Ia dikawal oleh JPN atau agensi berkaitan kerana IC palsu dijual oleh sindiket ini di antara RM2,000 dan RM10,000,” katanya.
Tangau berkata, satu-satunya cara mengatasi masalah ini ialah dengan memanggil semula pemilik MyKad sejak 1970-an.
“Warga Sabah sebenar tidak perlu bimbang. Mereka boleh membuktikan kerakyatan mereka dengan mudah,” katanya.
Tangau sebelum RCI pernag mencadangkan sesiapa yang memperoleh IC harus memohon semula menggunakan sijil kelahiran bagi menyisihkan pendatang.
Kenyataan Dompok di RCI sebelum ini mendakwa keengganan pegawai KDN tampil sebagai saksi dan memberi kenyataan kepada Jawatankuasa Integriti Parlimen (PSCI) yang diketuainya pada 2006 merupakan sebab pengundurannya sebagai pengerusi PSCI.
PSCI sebelum ini menyiasat pengeluaran MyKad kepada pendatang di Sabah.
Dompok semasa RCI turut mencadangkan pelarian perang Filipina yang menetap di Sabah perlu dipulangkan ke Filipina.
“Situasi di Filipina berubah. Perang sudah tamat dan keadaannya juga sudah aman,” katanya di RCI.
RCI ditubuhkan pada Ogos 2012 bagi menyiasat masalah berkaitan kewarganegaraan dan pendatang di Sabah.
Lima panel mendengar bagaimana MyKad diberikan kepada pendatang asing di kedai kopi dan perkampungan.
Antara yang memberikan kenyataan dan bukti adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – 20 November, 2013.


Rabu, 19 Jun 2013

Isu Lahad Datu tiada kaitan dengan tuntutan "Sultan Sulu".

Pencerobohan di Lahad Datu tidak ada kaitan dengan tuntutan 'Sultan Sulu' tetapi adalah tindakan pengganas yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara khususnya di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
  
Sabah, tegas beliau, adalah sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat dalam Malaysia.
  
Sambil merujuk buku bertajuk 'Putting to Rest the Claim to Sabah by Self-proclaimed Sultanate of Sulu', beliau berkata Peguam Negara Malaysia menyatakan status negeri Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia yang sah adalah berdasarkan dua asas utama.
  
"Pertama, berdasarkan instrumen ikatan yang sah dan mengikut undang-undang, 'Sultan Sulu' pada masa dahulu telah secara sukarela menyerahkan sepenuhnya dan muktamad wilayah yang sekarang dikenali sebagai Sabah untuk selamanya semua tuntutan dan hak selain menerima hak bayaran wang serahan tahunan.
  
"Kedua, sebarang tuntutan atau hak 'Sultan Sulu' terhadap Wilayah Sabah walaupun ia sah atau wujud pada tahun 1962/1963 telah menjadi terbatal dan termansuh apabila penduduk Sabah membuat satu keputusan sendiri melalui pungutan suara pada tahun 1962 oleh Suruhanjaya Cobbold pada bulan Ogos hingga bulan September 1963," katanya.


Beliau berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah Setiausaha Agungnya telah melaksanakan satu lagi pungutan suara di mana rakyat di Sabah telah menyatakan hasrat mereka secara sukarela untuk merdeka daripada penjajahan British dan justeru, bersetuju untuk bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia.   

Musa berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Lajim Ukin (PKR-Klias) sama ada benar pihak Sultan Sulu III menuntut hak ke atas negeri Sabah dan siapakah yang disyaki sebagai dalang penerobohan itu, semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Likas, dekat sini hari ini.
  
Musa yang juga pengerusi jawatankuasa keselamatan negeri berkata pengganas yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Tentera Di Raja Kesultanan Sulu' yang dianggarkan seramai 200 orang dikesan menceroboh di Lahad Datu pada 9 Feb lepas.
  
"Dalang pencerobohan ini ialah Datu Agbi Muddin Datu Kiram dan Jamalullail Kiram serta penglibatan warga Malaysia yang masih dalam siasatan polis.
  
"Dalam kejadian tersebut, pengganas-pengganas berkenaan enggan berundur dari kawasan yang dicerobohi. Dengan itu pasukan keselamatan telah melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh dari Sulu tersebut pada 5 Mac," katanya.

Beliau berkata pertempuran itu menyebabkan seramai 80 orang terkorban, termasuk lapan anggota polis dan dua tentera Malaysia serta memaksa penduduk kampung meninggalkan rumah kediaman mereka.
  
Bagi menjamin keselamatan wilayah yang terlibat, katanya kerajaan telah mengisytiharkan kawasan Pantai Timur Sabah sebagai Kawasan Keselamatan Khas dan meletakkan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan berkenaan.
  
Musa berkata penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang diumumkan Perdana Menteri pada 7 Mac lepas adalah berikutan insiden pencerobohan di daerah Lahad Datu.
  
Penubuhan Esscom yang diterajui Ketua Pengarah Datuk Mohammad Mentek, antara lain bertujuan memantapkan lagi semua operasi yang dilaksanakan oleh pelbagai entiti pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen.
  
Ketua menteri berkata antara aspek utama yang dipertanggungjawabkan kepada Esscom ialah untuk meningkatkan kawalan keselamatan terutama di kawasan Perairan Pantai Timur Sabah selain meningkatkan kemampuan risikan di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, Musa berkata 10 daerah diwartakan sebagai Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) yang merangkumi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
  
Katanya Esscom kini berada di landasan yang betul dan mampu bergerak seiring dengan visi, misi dan matlamat yang telah ditetapkan.
  
Justeru, visi Esscom adalah untuk menjadi peneraju kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Pantai Timur Sabah menjelang tahun 2017, katanya.
  
Beliau berkata ini termasuk mengekal dan meningkatkan aktiviti keselamatan di Kawasan Pantai Timur Sabah daripada sebarang ancaman musuh.
  
Ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan dalam membantu memacu pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat, katanya.

Selain itu, Musa berkata Esscom juga bermatlamat untuk memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Malaysia secara amnya dan di kawasan Timur secara khususnya, memastikan kesejahteraan penduduk terutama dalam menjaga kesihatan awam di kawasan yang terlibat.
  
Penubuhan Esscom turut memastikan anggota masyarakat bebas untuk membuat perjalanan di kawasan Pantai Timur Sabah dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi orang yang menduduki tanah atau premis secara tidak sah di dalam kawasan berkenaan.
  
Musa berkata bagi memastikan visi, misi dan matlamat dapat dicapai, Esscom mengenal pasti lima teras strategik yang akan dilaksanakan mulai tahun 2013 hingga 2017.
  
Ini termasuk memperkukuhkan kawalan keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah secara bersepadu bagi mewujudkan persekitaran yang selamat, meningkatkan keupayaan risikan dan perkongsian maklumat, merancang dan menyelaras penempatan semula selaras dengan keperluan pemeliharaan keselamatan awam bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, katanya.
  
Beliau berkata tumpuan juga diberikan kepada memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat Kawasan Pantai Timur Sabah bagi mengukuhkan perpaduan nasional dan menyelaras program pembangunan sosio ekonomi sebagai pemangkin kepada perkembangan keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah.

Sejak penubuhannya, pelbagai aktiviti dijalankan oleh Esscom, antaranya mengadakan pelbagai mesyuarat dan pemantauan terhadap tahap keselamatan dan ketenteraman semasa pilihan raya umum ke-13 dengan menempatkan dua pegawai kanan Esscom di kesemua 10 daerah yang diwartakan sebagai Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
  
Katanya pihak Esscom berusaha mempertingkatkan jumlah anggota keselamatan dan aset bagi menghadapi sebarang anaman di masa hadapan. Kesemua agensi keselamatan dan penguatkuasaan akan berusaha untuk memastikan peristiwa yang berlaku di Tanduo, Lahad Datu tidak akan berulang.
  
Musa berkata kerajaan telah mengambil pelbagai yang wajar ke arah mewujudkan prasarana yang sesuai untuk menempatkan aset pasukan keselamatan di bawah Esscom.
  
Sehubungan itu, katanya lima batalion akan ditempatkan di Kawasan Pantai Timur Sabah yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  
"Kerajaan masih meneliti lokasi yang sesuai untuk menempatkan kesemua lima batalion tersebut. Pada masa kini, pembinaan kabin khususnya bagi ibu pejabat Esscom dan beberapa balai polis hanya bersifat sementara.

"Di samping itu, kerajaan juga prihatin terhadap kebajikan penduduk kampung yang terlibat semasa penerobohan tersebut. Justeru, kerajaan mempunyai dua cadangan bagi penempatan semula kampung di Tajung Batu dan kampung di Tanjung Labian yang terlibat dalam insiden pencerobohan pengganas baru-baru ini," katanya.
  
Bagi penduduk kampung di Tanjung Batu, Musa berkata penempatan kampung berkenaan sedang dalam proses pembinaan di atas Tanah Cadangan Simpanan Kampung Tanjung Batu yang berkeluasan 6.1 hektar, melibatkan pembinaan 25 buah rumah baharu.

"Empat daripada rumah tersebut dibina di atas tanah bergeran, manakala sebanyak 21 buah rumah lagi dibina di atas tanah kerajaan negeri. Pada ketika ini, projek pembinaan rumah-rumah tersebut telahpun bermula dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2013," katanya.
  
Beliau berkata bagi cadangan penempatan penduduk kampung di Tanjung Labian, penempatan akan dibina di atas Tanah Simpanan Rancangan Penempatan daerah Lahad Datu iaitu Kampung Tenagian, melibatkan pembinaan sejumlah 52 buah rumah baharu.

Kebenaran bagi memasuki dan memulakan pembinaan telahpun diperoleh daripada Jabatan Tanah dan Ukur tetapi proses bagi menentukan sempadan masih belum diputuskan oleh Juruukur Daerah, katanya.
  
Sementara itu, sejumlah 106 rumah yang rosak semasa insiden tersebut telah dibaiki sepenuhnya oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui
Giat Mara dan Felcra Sdn Bhd.
  
Berikutan pencerobohan itu, Musa berkata seramai 31 orang telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca dan dalang dalam pencerobohan itu.
  
Beliau berkata ketika ini tahap keselamatan di Sabah khususnya di daerah di bawah liputan Esscom adalah terkawal, dan sehingga kini, tidak ada insiden pencerobohan baru yang dilaporkan.
  
Bagaimanapun, Musa berkata Esscom sentiasa memantau perkembangan keselamatan terutama di Kawasan Pantai Timur Sabah dan menegaskan agensi keselamatan termasuk ATM, PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sentiasa membantu dan akan bertindak sekiranya terdapat sebarang ancaman baru ke atas keselamatan Sabah.  - Bernama

Selasa, 19 Mac 2013

Lahad Datu: Agenda Pas berhubung 'syahid dunia'

Najib Tun Razak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoal agenda di sebalik Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Harun Taib menyifatkan  anggota dan pegawai keselamatan dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Lahad Datu, Sabah sebagai 'syahid dunia'.
Beliau berkata, kenyataan Harun pada Sabtu lepas di Kuala Terengganu itu amat bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (Jawatankuasa Fatwa) yang bersidang pada 6 Mac.
Perdana menteri berkata Jawatankausa Fatwa telah menyatakan anggota keselamatan yang terkorban dalam isu pencerobohan di Sabah tergolong dalam 'syahid akhirat' kerana terkorban dalam mempertahan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara.
“Yang kita rasa kesal, tentang mati syahid pun nak dipolitikkan. Nak bercanggah pula dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa. Apakah agenda sebenar pihak pembangkang? Seorang dalam kalangan pemimpin pembangkang yang mulut celupar mendakwa itu sebuah sandiwara kerajaan pimpinan Umno.
“Ini bukan masanya untuk kita menjadikan soal begitu serius yang melibatkan kedaulatan negara, nyawa pasukan keselamatan, maruah negara sebagai bahan politik untuk ditendang ke sana sini mengikut nafsu politik masing-masing,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada calon program khas haji 1434H/2013 tajaan Yayasan 1MDB di sini, hari ini.
Najib juga menyeru setiap rakyat Malaysia supaya menunjukkan kesetiaan kepada negara.
Sementara itu, Najib berkata kerajaan mengamalkan konsep wasatiyyah dalam mencari penyelesaian apabila berdepan dengan isu pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.
Pertama, beliau berkata kerajaan tidak bertindak terburu-buru kerana mahu mengelak berlakunya pertumpahan darah.
“Kalau boleh selesai dengan baik, lebih-lebih lagi antara orang Islam dengan orang Islam, meskipun mereka ceroboh masuk ke negara kita dengan senjata tetapi kita memberi peluang kepada mereka demi tidak ingin melihat ada orang yang terkorban dan akhirnya pertumpahan darah pasti akan berlaku.
“Sebaliknya apabila peluang ini diberikan tidak dibalas dan kita pula puak yg diperangi oleh mereka dan kita dianiaya oleh mereka, maka pada masa itu wajib kita tentang mereka.
“Ini selaras dengan hukum-hukum dalam Islam setelah kita memberi peluang  untuk mencari jalan kedamaian tetapi pihak yang berkenaan mengisytiharkan perang terhadap kita. Maka, wajib bagi kita mempertahan nyawa, harta, tanah dan negara kita.
“Ini prisnip Islam yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun,” katanya.

Siapa kita untuk tentukan syurga atau neraka letaknya seseorang itu, kita sendiripun tak tahu di mana tempat kita nanti.Sekurang-kurangnya mereka yang gugur  di Lahad Datu telah menunaikan tanggungjawab mereka sebagai muslim yang sejati.

Jumaat, 8 Mac 2013

Tian Chua tak layak jadi warganegara Malaysia!!

Tian Chua bukan seorang rakyat yang patriotik kerana sanggup membuat fitnah dalam soal keselamatan negara demi politik.
Demikian gesaan PSSGM jika Naib Presiden PKR tersebut enggan menarik balik kenyataannya. Kira-kira 200 ahli PSSGM ,pemimpin setempat dan penduduk turut serta dalam majlis yang diadakan  di tapak Rumah Gayong,Kampung Pandan,kelmarin.Tindakan Tian Chua yang mengatakan kematian perwira negara dan pergolakan di Sabah merupakan sandiwara UMNO adalah biadab dan tidak menghormati keluarga mangsa.
Dahlah tidak menyumbang apa-apa pada insiden di Sabah,tapi Si Tian Chua ni ,begitu lantang mengkritik segala tindakan ATM dan Polis serta kerajaan Malaysia.

Rabu, 6 Mac 2013

Anwar tetap nafikan pernah jumpa "Sultan Sulu"

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas dan menafikan pembabitannya dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.Anwar Ibrahim  menegaskan, beliau tidak pernah bertemu dengan Sultan Sulu, Sultan Roodinood Julaspi Kiram.
Mengulas mengenai perkembangan semasa di Lahad Datu, Anwar menyifatkan tindakan kerajaan segera menggunakan seluruh kekuatan yang ada dengan menurunkan pasukan tentera dan polis selaras dengan desakan perikatan pembangkang itu semalam.
Pihak pembangkang  tetap mahukan rundingan meja bulat antara Pakatan Rakyat (PR), Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diadakan bagi membincangkan insiden yang sudah meragut lapan nyawa satria negara.Tetapi Perdana Menteri belum memberikan sebarang jawapan.

Di harapkan pihak kerajaan dapat mencari hingga ke akar umbi siapa dalang sebenar di sebalik insiden pencerobohan di Sabah.dan memberikan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya berikut kehilangan  8 orang nyawa satria kita.Ini melibatkan nyawa dan keaulatan negara yang diperkotak katikkan oleh individu tertentu demi kepentingan politk kotor mereka.

Isnin, 4 Mac 2013

Holes in Pakatan manifesto


PETALING JAYA: The Pakatan Rakyat manifesto has excluded certain promises, including DAP’s call to hold local government polls and for politicians to declare their assets.
MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said the manifesto did not mention local government elections although the DAP planned to bring the Federal Government to court over the right to hold the polls.
“They also talk about asset declaration but it is not in the manifesto either,” Dr Chua said in a statement yesterday.
He said the Opposition’s manifesto marginalised the Indians and the disabled as there was nothing for them.
“Compare this to what Barisan Nasional has done for the Indians, such as allocating RM100mil for Tamil schools and setting up a special quota for Indians to study in matriculation colleges and polytehnics.”
He said there was no promise to build more Chinese independent schools.
“Pakatan only promised RM220mil for all vernacular schools, mission schools and religious schools, whereas under Barisan, everybody gets RM100mil a year, and they have been receiving it since last year.”
Dr Chua said the projected economic growth of 7% was “highly optimistic”.
He also questioned how Pakatan was going to fund all its promises as it would cost RM200bil.
On Feb 25, Pakatan revealed its common manifesto which, among others, promises to increase the monthly household income to at least RM4,000 within its first term.
In LABIS, Dr Chua also warned the Chinese to be wary of Datuk Seri Anwar Ibrahim becoming the Prime Minister.
He said the Chinese community’s views about Anwar had been coloured by the DAP, which had done a great job of promoting and packaging the Opposition Leader.
“He (Anwar) projected himself as a Malay hero with a strong Islamic foundation while in Umno,” he said during a meeting with villagers at Chaah yesterday.
He said DAP was among those that strongly criticised Anwar then.
“However, its stand on Anwar changed completely when he quit Umno and joined the Opposition.
“Anwar has now become clean to them and is now the right man for the Prime Minister’s post.”

Isu Lahad Datu: Jeffrey Kitingan nafi terlibat


SHAH ALAM – Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan menafikan beliau menjadi dalang isu Lahad Datu.
Datuk Dr Jeffrey Kitingan
Media Filipina mendakwa pembangkang terlibat dalam pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina.

“Bukan,” katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian  semalam.

Sebelum ini, media Filipina dipetik melaporkan, perisikan Filipina mendapati individu dalam pembangkang sebagai dalang kepada isu di Lahad Datu.

“Pegawai perisikan itu berkata, seorang ahli politik pembangkang yang menjadi sekutu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah bertanding untuk jawatan di Sabah. Ahli politik itu adalah salah seorang yang bercakap dengan Kiram.
“Beliau konon mewakili pembangkang menyokong Kiram untuk menuntut Sabah,” lapor Philippine Daily Inquirer, semalam.

Difahamkan, kumpulan bersenjata itu yang diketuai Raja Muda Azzimudie Kiram yang juga adik Sultan Sulu, Jamalul Kiram III didakwa terpedaya janji sekutu Anwar yang menyokong mereka dalam tuntutan ke atas Sabah.

PM kutuk Tian Chua tuduh insiden Lahad Datu konspirasi Umno


KANGAR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk keras kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang menuduh insiden tembakan di Lahad Datu Sabah adalah "konspirasi terancang kerajaan Umno".
  
Perdana menteri berkata tuduhan itu adalah mainan politik yang cukup hina oleh pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir.
  
"Dalam insiden ini mereka tuduh kerajaan bersandiwara. Ini merupakan pembohongan dan pendustaan sangat besar. Sebelum ini dalam isu Memali pun pembangkang tuduh kerajaan sebagai punca.
  
"Kami (kerajaan) tidak berbuat demikian. Dalam soal keselamatan kami tidak sekali-kali mempolitikkannya kerana membabitkan nyawa manusia," kata perdana menteri semasa berucap merasmikan program jelajah 'Janji Di Tepati' peringkat negeri Perlis di sini hari ini.
  
Najib yang melakukan lawatan kerja sehari ke Perlis diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Turut hadir pada pelancaran itu Menteri Besar Datuk Dr Md Isa Sabu.

Perdana menteri berkata manusia yang tiada nilai kemanusiaan dan isi perut sangup melakukan perbuatan keji apatah lagi berdusta dan mereka tidak boleh diterima sebagai pemimpin.
  
"Di Sauk dulu pun dikatakan kita. Di Memali pun kami dimomok. Orang mati di Lahad Datu kita tidak boleh main sandiwara," kata perdana menteri sambil menyatakan bahawa tiada orang sanggup menjadi pelakon untuk mati.
  
"Kita mesti katakan bahawa semua pasukan keselamatan akan dibela kerana mereka menggadai nyawa. Pejuang negara sepatutnya disanjung, bukan dihina dan diperlekeh. Jadi janganlah main politik dalam soal keselamatan," katanya.
  
Najib berkata beliau dan isteri sebak dan sedih apabila berhadapan dengan balu dan anak-anak kedua-dua polis yang syahid dalam berjuang mempertahankan negara itu.
  
"Anak-anak polis yang syahid itu akan membesar tanpa ayah.
  
Sementara itu perdana menteri berkata masanya akan tiba bagi rakyat Malaysia menentukan sebuah kerajaan yang mampu menjaga kepentingan mereka dan menjanjikan masa depan lebih cerah.

Perdana menteri berkata manusia yang tiada nilai kemanusiaan dan hati perut sanggup melakukan perbuatan keji apatah lagi berdusta dan mereka tidak boleh diterima sebagai pemimpin.

"Di Sauk dulu pun dikatakan kita. Di Memali pun kami dimomok. Orang mati di Lahad Datu kita tidak boleh main sandiwara," kata perdana menteri sambil menyatakan bahawa tiada orang sanggup menjadi pelakon untuk mati.
"Kita mesti katakan bahawa semua pasukan keselamatan akan dibela kerana mereka menggadai nyawa. Pejuang negara sepatutnya disanjung, bukan dihina dan diperlekeh. Jadi janganlah main politik dalam soal keselamatan," katanya.

Najib berkata beliau dan isteri sebak dan sedih apabila berhadapan dengan balu dan anak-anak kedua-dua polis yang syahid dalam berjuang mempertahankan negara itu.

"Anak-anak polis yang syahid itu akan membesar tanpa ayah. Sementara itu perdana menteri berkata masanya akan tiba bagi rakyat Malaysia menentukan sebuah kerajaan yang mampu menjaga kepentingan mereka dan menjanjikan masa depan lebih cerah. - Bernama

Isu Lahad Datu: Anwar mahu saman pihak fitnah

Anwar Ibrahim
SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya tuduhan beberapa pihak termasuk pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mengaitkan beliau dengan insiden pencerobohan sekumpulan rakyat Filipina ke atas Lahad Datu, Sabah sejak awal bulan lalu.

Katanya, meskipun beliau mengenali beberapa pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), ia tidak bermaksud bersengkongkol menimbulkan huru-hara dalam negara, jauh sekali untuk menjemput mereka membuat onak dan menceroboh kawasan perairan negara untuk menuntut kembali Sabah.

“Kalau tanya saya apakah kenal dengan tokoh-tokoh, pemimpin-pemimpin pejuang Islam atau militan Islam di Filipina? Saya kenal, DS Najib menemui mereka, dalam pemerintahan dulu kita menemui untuk membuat rundingan.

“...Nur Misuari yang sekarang ketua MILF itu pernah menjadi gabenor Mindanau, dan saya diminta membuat lawatan, jadi saya menemui beliau, kenal beliau tidak timbul.

“...sama juga Jeneral Murad, sekarang mengetuai kumpulan MILF yang berunding dengan pemerintah Filipina, Datuk Seri Najib sendiri dan Kerajaan Malaysia untuk melakukan rundingan dan pendamaian di Selatan Filipina,” katanya dalam satu rakaman temu bual bersama Tv Selangor, hari ini.
Anwar juga menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah jahat yang mahu mengalih pandangan rakyat daripada kelemahan dan kezaliman kerajaan kerana gagal mengatasi isu keselamatan terbabit.
“Saya dikaitkan dengan perkembangan terbaru ini (pencerobohan Lahad Datu), ia hanya suatu cara pimpinan Umno berdalih mengelak daripada dipersoalkan oleh rakyat mengapa mereka gagal,” tegasnya.
“... ia menunjukkan kelemahan kita, blog Umno mengatakan, ini satu lagi kerja Anwar, dengan kelompok ekstremis Islam pun Anwar, dengan Israel pun Anwar, dengan Amerika pun Anwar dengan India Hindu pun Anwar, dengan Cina pun Anwar,” tegasnya.

Susulan tuduhan tidak berasas itu, Anwar tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya pimpinan Umon dan BN masih berdegil dan terus mengaitkan beliau dengan pencerobohan itu yang telah meragut tujuh nyawa anggota polis tempatan sehingga hari ini.

“Saya hanya menunggu tuduhan yang nyata dan saya akan ambil tindakan setelah berbicara dengan barisan peguam insya-ALLAH,” tegasnya.

Dalam pada itu, Anwar turut mempersoalkan sikap kerajaan yang lambat mengambil tindakan terhadap sekumpulan penceroboh asing yang telah menawan sebahagian wilayah Lahad Datu dan kini merebak ke bahagian Semporna.

Malah beliau menegaskan isu terbabit tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia melibatkan keselamatan negara yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan bagi mengelakkan ia berulang lagi pada masa depan.

“Agak aneh apabila Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan begitu lambat sekali memberikan reaksi seolah-olah wilayah Lahad Datu, Sabah itu boleh dikepong oleh tentera asing atau kelompok asing dan kita tak berupaya berbuat apa-apa.

“...kita tidak boleh tolak ansur dengan mainan politik licik yang dimainkan oleh pimpinan Umno dalam hal ini, mereka gagal mengawal keamanan, mereka gagal menyelesaikan isu ini dengan baik dan hanya mampu menyindir,” katanya.

Selasa, 26 Februari 2013

MILF: Wrong for Sulu group to bear arms


LAHAD DATU: The Moro Islamic Liberation Front (MILF) is against the Sulu armed group’s occupation of Tanduo village and is confident its actions will not derail the roadmap for peace in Mindanao.
Describing the stand-off as unnecessary, MILF first vice-chairman Ghazali Jaafar said it was wrong for the followers of Sulu Sultan Jamalul Kiram III to pursue the Sabah claims by bearing arms in Malaysia.
“Any claim should be pursued through dialogue and not through the barrel of a gun.
“When you use guns, you are inviting harsh situations that affect people on both sides of the border,” he said.
He said MILF was closely following the stand-off between the armed group led by Raja Muda Azzimudie, Jamalul’s younger brother, and Malaysian security forces at Kampung Tanduo in the Felda Sahabat area.
Ghazali was confident the stand-off would not scuttle the Oct 15 peace framework between the Philippine government and MILF that was brokered by Malaysia.
“This framework is for everybody. Nobody is left out. It will see the establishment of a government for the Bangsamoro people. It includes a Bangsamoro basic law that is being drafted by a transition commission as well as an electoral process.
“Any Bangsamoro person who qualifies can run for political position including our brothers in MILF and heirs of the Sulu sultanate,” he added.

Rabu, 13 Februari 2013

Anwar gila nak jadi Huguon Siou pulak!!




SUASANA PANAS BILA DSAI DINOBATKAN SEBAGAI HUGUON SIOU


"Seburuk-buruk pun bangsa KDM, kita tetap menolak keras orang asing sebagai HS kita".eb
penobatan seorang penjajah sebagai HS kita adalah amat keterlaluan dan mencemarkan masyakat KDM itu sendiri. Mana mungkin mereka mengangkat seorang yang mengugut kita dengan keris dan memandang kita dengan mata tidak sempurna untuk kita angkat sebagai wira KDM!"

"Usahlah terlalu taksub pada kehebatan pemimpin penjajah. Usahlah berlumba-lumba kipas penjajah demi utk mengejar kedudukan dan pencalonan dlm PRU. Jgn gadaikan maruah bangsa demi utk kepentingan peribadi. Sabah ini rakyat Sabah yang  punya, bukan PR yang punya?...

Isnin, 7 Januari 2013

‘Kanang Bukan Hero Sebenar' tuduh pembangkang


Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Dr James Jemut Masing memberitahu, tindakan pembangkang yang seolah-olah mempersoalkan jasa dan pengorbanan pahlawan terulung negara amat hina.
“Datuk Kanang berhak menerima pengiktirafan negara atas jasa dan pengorbanannya dalam menentang komunis di Malaysia supaya kita dapat hidup dengan aman.
“Sesiapa yang beranggapan Kanang tidak berhak menerima penghargaan sedemikian seperti pihak pembangkang, adalah pengkhianat kepada semua wira negara yang bertarung nyawa agar warga Malaysia mampu hidup dengan aman,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.
Karim Rahman Hamzah pula menyifatkan penulis blog berkenaan seorang pengkhianat.
Tambahnya, blogger itu juga merupakan individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengerti sejarah.
“Jangan komen sembarangan kerana dalam keadaan keluarga dan negara bersedih dengan pemergian seorang perwira negara, ada penulis dan blogger yang tidak tahu hujung pangkal sejarah memberi komen yang boleh menyakitkan hati dan mempersoalkan kesahihan pengorbanan Kanang.
“Jasa dan pengorbanan Kanang tidak dapat dipersoal dan dibanding dengan yang lain. Beliau seseorang yang telah dianugerahkan dua Pingat Tertinggi Keberanian Negara,” katanya.
Manakala menurut Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof, perkara itu tidak mengejutkan kerana sememangnya dasar pembangkang memang tidak menghargai jasa mereka yang telah banyak menyumbang kepada negara.
“Hero dikatakan bukan hero dan bukan hero dikatakan hero… itulah yang mereka agungkan malah kerajaan yang telah membangunkan negara dari segenap bidang pun dikatakan kerajaan yang zalim.

Rabu, 7 November 2012

Hadi nak bertanding di Sabah pula.


"Kalau pimpinan PAS mengarahkan saya bertanding di Sabah atau Sarawak pun, saya akan pergi," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  hari ini.


"Saya tidak boleh buat keputusan sendiri, kita terima senarai calon kemudian bincang bersama dan mesti patuh kepada keputusan parti.



"Kalau parti kata tidak bertanding, maka tidak bertandinglah. Kalau bertanding maka bertandinglah.


bdul Hadi mendapat perhatian media ekoran beliau menyatakan kesediaan untuk melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen Pekan dalam pilihan raya nanti.


Menurut  Ahli Parlimen Marang itu,  kenyataanya  untuk bertanding di Pekan adalah sebagai mesej kepada ahli dan parti bahawa beliau bukan seorang diktator. 

Abdul Hadi juga memberitahu PAS sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya ke-13 pada bila-bila masa.

Hadi ni macam lalang,tak tetap pendirian.Apa yang dia cuba nak sampaikan ialah,dia bukan bertanding untuk membela nasib rakyat di tempat dia bertanding,tapi lebih untuk kepentingan politik.Bukan bertanding untuk mengubah nasib rakyat di kawasan dia bertanding.Adakah pemimpin seperti ini yang diperlukan rakyat Malaysia?? tepuk dada,tanyalah selera.Segala akan terjawab dalam PRU 13 nanti.



Jumaat, 2 November 2012

Pas marah Shafie Apdal tolak royalti 20%!!


Sabah terlebih dahulu perlu menerima hasil dari sumber minyaknya sebelum diagihkan ke negeri-negeri lain.


Apabila terdapat lebihan dari agihan tersebut, barulah ia wajar diagihkan ke negeri-negeri lain, tegas Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling (gambar).



Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin Umno Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal yang menolak tawaran Pakatan Rakyat memberikan bayaran royalti sebanyak 20 peratus jika berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang.



"Seperti yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ketika sambutan hari Malaysia di Sabah sebelum ini, Islam telah memperingatkan mana-mana hasil yang diperoleh dari negeri tersebut perlu diagihkan untuk keperluan negeri itu sendiri sebelum diagihkan ke negeri lain.



"Justeru, untuk mengagihkannya (hasil negeri) untuk negeri lain dengan meninggalkan Sabah terus terpinggir dari arus pembangunan, merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima rakyat Sabah," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.



Tambah beliau lagi, mengapa Sabah perlu berkongsi kemakmuran bersama di saat Sabah ketinggalan dari pelbagai aspek keperluan asas.



Katanya, Sabah masih ketinggalan dari segi jajaran jalan rayanya, bekalan air terawat, kemudahan elektrik yang menghantui penduduk Sabah sekian lama.



"Kenapa hasil dari Sabah itu tidak ditawarkan kepada Sabah terlebih dahulu?  Jika selesai masalah di Sabah, tidak mengapalah jika hendak diagihkan kepada negeri lain sekalipun," kata Aminuddin lagi.



Sambil menyifatkan Shafie sebagai pemimpin yang tidak memahami denyut nadi penduduk Sabah, Aminuddin berkata kerana ketakutan mereka terhadap kebangkitan rakyat terhadap Pakatan Rakyat menyebabkan mereka tidak sedar apa yang mereka ucapkan.



Shafie, yang juga Naib Presiden Umno, sebelum ini berkata tawaran royalti minyak 20 peratus kepada negeri itu yang dibuat pembangkang tidak dapat diterima walaupun menarik, demi perkongsian kemakmuran negara.



Menteri itu juga sebaliknya menyifatkan tawaran Pakatan Rakyat itu sebagai usaha memecahbelahkan rakyat Malaysia.



Pakatan Rakyat menawarkan bayaran royalti minyak 20 peratus kepada pengundi Sabah semenjak pilihan raya umum 2008.

Sumber: Harakahdaily 2 Nov 2012

LA: Pas ni memang tamak bilamana tidak mahu berkongsi kekayaan dengan negeri-negeri lain,macam mana Pas nak memerintah Malaysia kalau Pas ada sikap tamak seperti ini!

Jumaat, 19 Oktober 2012

Nazri: Pembangkang juga dapat sumbangan politik


Pembangkang tidak seharusnya mempertikai Umno Sabah mendapat sumbangan luar untuk kegiatan politik, sedangkan DAP sendiri mendapat wang kira-kira RM3.5 juta daripada penyokong setianya untuk membina bangunan baharu di Pulau Pinang,  kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, tiada halangan mahupun menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak termasuk pembangkang menerima sumbangan dan wang bagi kegiatan politik.


Dana itu ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

LA: Mengata dulang paku serpih,mengata orang DAP yang lebih.DAP cuba untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap UMNO Sabah pula.Kotor sungguh taktik DAP ni.

DAP: Dana RM40 juta Umno Sabah ragukan

DAP hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri menjalankan siasatan terhadap sumbangan RM40 juta yang didakwa diterima oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kerana statusnya meragukan meskipun ia dikatakan sebagai sumbangan politik sah.

Pemimpin pusat DAP, Tan Kok Wai berkata, jawapan yang diberi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat pagi ini mengenai sumbangan diterima Musa tidak munasabah dan perlu disiasat oleh SPRM sendiri, bukannya diserahkan kepada pihak berkuasa antirasuah Hong Kong.


"Walaupun wang itu diberi 'restu' oleh Perdana Menteri, tapi statusnya meragukan, SPRM perlu menjalankan tanggungjawabnya, jangan lepas tangan kepada pihak Suruhanjaya Bebas Antirasuah (ICAC) Hong Kong sahaja.

"Ini jelas menunjukkan SPRM tidak memainkan peranannya, SPRM tidak menyiasat kes RM40 juta dan Perdana Menteri yang bagi perlindungan kepada Ketua Menteri Sabah," kata Kok Wai pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, DAP akan mengumumkan jumlah dana yang diperolehi pihaknya bagi membina bangunan parti itu di Pulau Pinang, yang menelan belanja RM2.2 juta, sekiranya BN turut berbuat demikian.

"Kita tak sembunyikan wang diperolehi, kita memang kutip derma secara terang, tak ada nak sembunyi.


Sumber: Sinar Harian

LA: DAP cakap tak serupa bikin.DAP pun sama dapat dana asing.DAP lagi tak tulus dan telus

Khamis, 11 Oktober 2012

SERANGAN LAJIM BERSIFAT DENDAM POLITIK


Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yakin rakyat bijak menilai serangan 'politik peribadi' Datuk Seri Lajim Ukin terhadap kepemimpinan UMNO peringkat negeri sejak kebelakangan ini.

Tegas beliau pelbagai dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan Lajim terhadap kepimpinan UMNO lebih bersifat 'dendam politik dan agenda peribadi' menjelang pilihan raya umum ke-13 yang semakin hangat sekarang.

“Isu-isu yang dibangkitkan oleh Lajim dalam temuramah itu bukan perkara baru, tetapi cuba dicanang semula untuk tujuan 'political mileage' dan sebagai  justifikasi  menyertai Pembangkang.

“Perkara yang dibangkitkan itu adalah sesuatu yang lumrah disuarakan oleh mereka yang bergelar pembangkang, tujuannya untuk mencipta isu (create issues) memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan bagi mendapatkan simpati dan meraih sokongan politik”, katanya kepada UMNO-Online sebagai mengulas serangan Lajim terhadap kepimpinan UMNO dalam temuramah bersama 'Sinar Harian' pada Isnin lepas,

Jelas beliau lagi dakwaan mengenai politik cantas-mencantas adalah satu tanggapan Lajim semata-mata.

“Dalam konteks UMNO, keputusan akhir terserah kepada Presiden Parti dengan mengambil kira pelbagai aspek. Dalam konteks Sabah, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Hj Aman merupakan seorang yang bersikap terbuka untuk perbincangan, baik soal politik mahu pun isu pembangunan.

“Dalam soal pembangunan, Lajim yang pernah dalam kerajaan tentu memahami mengenai prosedur dan tatacara pelaksanaannya yang bukan boleh dibuat dalam sekelip mata, tetapi melalui peringkat proses demi proses sebelum projek itu sampai kepada rakyat”, ujarnya.

Mengenai isu royalti minyak untuk Sabah, beliau yang juga Speaker DUN Sabah berkata kerajaan negeri dan Ketua Menteri telah membuat kenyataan mengalu-alukan perbincangan terbuka mengenai perkara tersebut.

“Kerajaan negeri sudah tentu mengharapkan manfaat yang lebih besar, tetapi kita kena akur juga mengenai sumbangan kerajaan Pusat dalam bidang-bidang lain, selain mengambil kira kepentingan dan kesamaratan dalam sebuah Persekutuan.

“Rakyat Sabah mahukan kestabilan politik Negara dan terus menikmati hasil pembangunan dan transformasi yang dilakukan oleh Kerajaan”, katanya.

Justeru beliau percaya Datuk Seri Najib adalah pilihan Rakyat Sabah untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sumber: Sinar Harian
 LA: Kebenaran akan terbukti akhirnya.