Halaman

Jumaat, 30 November 2012

Satu pengundi, satu Harakah


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan:


1. Saya mengarahkan seluruh jentera pemuda di semua peringkat iaitu negeri, kawasan dan cawangan supaya memperkukuhkan Harakah cetak, satu - satunya media parti dengan membeli dan mengedarkannya kepada seluruh pengundi secara manual iaitu dari tangan ke tangan disamping memasyhurkan Harakah edisi online untuk diakses oleh semua.

2. Meningkatkan keberkesanan Harakah sebagai lidah rasmi parti, saya juga berharap agar Harakah terus peka dengan teguran dan penambahbaikan dari semua pihak agar senantiasa segar, pantas, benar dan mesra semua golongan sasar tanpa memudarkan prinsip perjuangan yang didokong dan meminggirkan agenda teras parti iaitu Islam untuk di hantar kepada pengundi sekaligus membina aqidah, fikrah dan syakhsiyah mereka.

3. Mekanismenya saya serahkan kepada kebijaksanaan Dewan Pemuda PAS negeri - negeri untuk memastikan polisi "Satu Harakah - Satu Pengundi" dapat dilaksanakan dengan baik , lancar dan berkesan. Dewan Pemuda PAS Negeri boleh melanggan Harakah secara alangsung dari bahagian pemasaran di pejabat Harakah ataupun melalui pengedar Harakah di negeri masing - masing.

4  Pendekatan ini juga akan menjadi peluang dan ruang pemuda turun padang bertemu pelbagai segmen pengundi khasnya pengundi muda "face to face" dan menyerahkan Harakah "by hand" kepada mereka sekurang - kurangnya seminggu sekali.


Cara Pas untuk pancing undi.Mengapa baru sekarang mereka nak buat, selama ini mereka tak turun padang ke?tak buat kerja ke?Dekat nak pilihan raya baru sibuk nak tunjuk muka pada rakyat?

Bodohnya pembangkang nak ajak pemerhati luar!!

Tindakan Anwar itu kerana sikapnya yang terlalu mengagungkan orang luar.

Terlalu agungkan orang luar
Anwar dilaporkan telah menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.
Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.
“Keputusan kerajaan Australia itu juga memberi tamparan hebat kepada Anwar betapa cerita bohong beliau di peringkat antarabangsa telah terbongkar,” tambah Syed Ali.
Presiden Gabungan Pelajar Melayu (GPMS) menegaskan membenarkan pemerhati asing untuk memantau perjalanan pilihanraya negara boleh menjejaskan kedaulatan negara.
Katanya, tindakan Anwar itu kerana sikapnya yang terlalu mengagungkan orang luar.
“Ada agenda tersendiri hendak membawa pemerhati dari Australia itu…nak kucar kacirkan sistem pilihanraya negara kita.
“Adalah mereka fikir demokrasi di negara luar itu sangat baik?, ” kata Jais.
Beliau menambah, GPMS meminta mana-mana pemimpin politik supaya menerima hakikat keputusan pilihanraya kelak.
Bodoh sungguh pembangkang ni,walaupun dah lama merdeka, tapi pemikiran mereka masih lagi dijajah,sebab tu,mereka beria-ia nak jemput pemerhati dari luar. mereka sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri.jangan jadi bodohlah wahai pembangkang yang sememangnya bodoh,korang sebenarnya takut korang kalahkan,sebab tu lah sibuk-sibuk nak bawa pemerhati dari luar .semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.rakyat jangan tertipu dengan sandiwara pembangkang ni,terutama Anwar Al Juburi!!!

Hishamuddin jawab Musa Hassan!!

alam sidang akhbar yang dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) semalam, mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah mendakwa Menteri Kabinet dan Ahli Politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu.

Tindakan Hishammuddin Hussein melanggar Sesyen 4(1) Akta Polis dimana arahan dan kawalan dalam Pasukan Polis adalah hak Ketua Polis Negara bukannya hak seorang Menteri - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Berikut adalah jawapan dari Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai dakwaan itu..


KUALA LUMPUR, 29 Nov — Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein melihat isu dibangkitkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tentang berlakunya campurtangan menteri Kabinet dan ahli politik dalam urusan pihak polis adalah cubaan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sedang berlangsung.

Menteri Dalam Negeri itu menegaskan, isu yang dibangkitkan adalah isu sampingan dan kementeriannya telah pun memberi penjelasan ketika Sidang Dewan Rakyat di Parlimen sebelum ini.

“Ada mana-mana pihak cuba alih (perhatian) dengan isu sampingan ... saya harap orang ramai jangan terkeliru dalam pemikiran dan agenda mereka.

“Ia isu cubaan untuk alih isu yang di sini (Perhimpunan Agung Umno),” kata Hisham ketika menjawab soalan pemberita berkenaan kenyataan Musa tersebut.

“KDN sudah jawab (isu tersebut),” katanya, dan menambah, bagi pihak Barisan Nasional (BN) dan Umno, mereka mahu melihat isu yang lebih besar.

“Dalam BN kita nak lihat isu besar,” tambahnya.

Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal bagaimanapun melihat kenyataan Musa itu umpama beliau sedang “lemas” dan memerlukan “ranting” untuk berpaut.

“Bekas IGP (Ketua Polis Negara) umpama manusia, kalau dia lemas, ranting pun akan digunakan, tidak kira ranting baik atau tidak baik pun tak mengapa.

“Namun saya yakin Musa Hassan matang, tidak semudah itu untuk beliau diperalatkan pihak seumpama ini,” kata menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu lagi ~ The Malaysian Insider

Hah,nak jawapan dah jawabpun.Apa lagi yang si Musa ni tak puas hati,mengapa dah bersara baru nak berbunyi,ada yang tak puas hati kat Hishamuddin ke??