Halaman

Memaparkan catatan dengan label Lajim Ukin.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lajim Ukin.. Papar semua catatan

Khamis, 11 Oktober 2012

SERANGAN LAJIM BERSIFAT DENDAM POLITIK


Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yakin rakyat bijak menilai serangan 'politik peribadi' Datuk Seri Lajim Ukin terhadap kepemimpinan UMNO peringkat negeri sejak kebelakangan ini.

Tegas beliau pelbagai dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan Lajim terhadap kepimpinan UMNO lebih bersifat 'dendam politik dan agenda peribadi' menjelang pilihan raya umum ke-13 yang semakin hangat sekarang.

“Isu-isu yang dibangkitkan oleh Lajim dalam temuramah itu bukan perkara baru, tetapi cuba dicanang semula untuk tujuan 'political mileage' dan sebagai  justifikasi  menyertai Pembangkang.

“Perkara yang dibangkitkan itu adalah sesuatu yang lumrah disuarakan oleh mereka yang bergelar pembangkang, tujuannya untuk mencipta isu (create issues) memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan bagi mendapatkan simpati dan meraih sokongan politik”, katanya kepada UMNO-Online sebagai mengulas serangan Lajim terhadap kepimpinan UMNO dalam temuramah bersama 'Sinar Harian' pada Isnin lepas,

Jelas beliau lagi dakwaan mengenai politik cantas-mencantas adalah satu tanggapan Lajim semata-mata.

“Dalam konteks UMNO, keputusan akhir terserah kepada Presiden Parti dengan mengambil kira pelbagai aspek. Dalam konteks Sabah, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Hj Aman merupakan seorang yang bersikap terbuka untuk perbincangan, baik soal politik mahu pun isu pembangunan.

“Dalam soal pembangunan, Lajim yang pernah dalam kerajaan tentu memahami mengenai prosedur dan tatacara pelaksanaannya yang bukan boleh dibuat dalam sekelip mata, tetapi melalui peringkat proses demi proses sebelum projek itu sampai kepada rakyat”, ujarnya.

Mengenai isu royalti minyak untuk Sabah, beliau yang juga Speaker DUN Sabah berkata kerajaan negeri dan Ketua Menteri telah membuat kenyataan mengalu-alukan perbincangan terbuka mengenai perkara tersebut.

“Kerajaan negeri sudah tentu mengharapkan manfaat yang lebih besar, tetapi kita kena akur juga mengenai sumbangan kerajaan Pusat dalam bidang-bidang lain, selain mengambil kira kepentingan dan kesamaratan dalam sebuah Persekutuan.

“Rakyat Sabah mahukan kestabilan politik Negara dan terus menikmati hasil pembangunan dan transformasi yang dilakukan oleh Kerajaan”, katanya.

Justeru beliau percaya Datuk Seri Najib adalah pilihan Rakyat Sabah untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sumber: Sinar Harian
 LA: Kebenaran akan terbukti akhirnya.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Anwar tawar Bumburing, Lajim tanding

Baiknya hati Anwar Ibrahim sanmapi sanggup buat tawaran hebat untuk Bumburing Dan Lajim untuk bertanding di bawah pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) tidak lama lagi.Bukan itu sahaja, Mereka juga boleh memilih sama ada nak nak gunakan PKR, PAS,DAP atau parti politik tempatan di Sabah yang menyokong pembangkang.Anwar turut membuat tawaran hebat dengan kesediaan PKR memberikan kerusi kepada orang baru ,asalkan mereka komited dengan agenda parti.Malanglah, ade pemimpin macam ni,tak bagi keutamaan pada ahli-ahli lama yang sudah lama menunggu saat-saat ini.

Sumber:BH 3 Ogos 2012

LA: Anwar ni, LA tengok dah betul-betul terdesak untuk menang PRU 13,sampai sanggup membelakangkan ahli-ahli parti yang lain.

Rabu, 1 Ogos 2012

Jawatan Kabinet Lajim dilucut




Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri PErumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalakn serta-merta.Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu. Mengikut peruntukan Fasal(3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.Lajim mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis tertinggi UMNO, Ketua Umno Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta bagaimanapun beliau kekal sebagai ahli UMNO.

Lajim 57, memenangi Kerusi Parlimen Beaufort pada Pilihan raya Umum 2008,menewaskan Lajim MD Yusof dari Parti Keadilan Rakyat (PKR)  dengan majoriti 10,914 undi.Beliau kemudian dilantik Timbalan Menteri Pengangkutan sebelum ditukarkan portfolia Timbalan MEnteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2009.
Dan Lajim enggan mengulas mengenai isu pelucutan jawatan tersebut.

Sumber:BH 1 Ogos 2012

LA: Berani buat, kenalah berani tanggung.