Kebanyakan mereka datang dari seluruh negara kononnya mewakili perjuangan atau isu-isu yang mereka bangkitkan. Jika sejuta orang yang hadir, rasanya tidak ada kenderaan boleh bergerak di sekitar bandar raya Kuala Lumpur atau tidak ada lorong yang tidak ada peserta perhimpunan. Sewaktu perhimpunan berlangsung, keadaan lalu-lintas di sekitar Kuala Lumpur berjalan lancar.
Perhimpunan itu mungkin juga diadakan untuk menaikkan semula semangat pembangkang setelah menyedari sokongan terhadap parti mereka DAP, PAS dan PKR, kian luntur disebabkan isu yang tidak menyebelahi mereka kebelakangan ini. Yang jelas, ini bukanlah pertama kali pembangkang mengadakan perhimpunan untuk menunjuk pengaruh.
Ini kerana ia adalah perhimpunan politik yang dirancang oleh parti politik pembangkang. Sebahagian besar mereka yang hadir adalah ahli parti, bukan rakyat yang benar-benar memperjuangkan hak mereka. Kehadiran ahli parti adalah sesuatu yang sudah dijangkakan. Selagi perhimpunan ini tidak membabitkan rakyat yang memperjuangkan hak mereka, ia adalah perhimpunan politik yang tujuannya adalah semata-mata untuk menunjuk kekuatan.