
Jangan cuba-cuba mencabar undang-undang..Buruk padahnya..
Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan langkah kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran tol dan berkata, sekiranya harga tol kekal, Putrajaya terpaksa menaikkan kadar cukai.
Menurut Perdana Menteri, pihaknya bagaimanapun sedang meneliti beberapa kaedah untuk memberikan kesan minimum kepada pengguna tol tetap untuk mengelakkan mereka terbeban dengan kenaikan kadar berkenaan.
"Kalau tak kena tol kita kena naikkan cukai. Cukai ni kena semua. Tol orang lalu akan bayar. Tapi kerajaan memikirkan agar kenaikan ini tidak akan memberi keuntungan tak munasabah kepada tol operator.
"Mungkin bagi pengguna tetap kita boleh bagi season pass. Prinsip kita, pakai lebuhraya kita terpaksa bayar itu kita tak boleh tolak. Ini realiti," kata Najib ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke-60 di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau turut menyindir pembangkang dari Pakatan Rakyat yang hanya tahu mengkritik sedangkan mereka hanya mempunyai pengalaman mentadbir negeri, dan bukannya negara.
"Pembangkang di negeri sahaja. Ingat mereka kalau di tempat sama tidak buat tindakan sama?" tegas Najib dalam ucapannya di hadapan perwakilan MCA dari seluruh negara.
Najib turut menegaskan, kerajaan Barisan Nasional pimpinannya masih bersedia mendengar rungutan dan keluhan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup yang disebabkan program rasionalisasi subsidi.
"Saya tak kata kerajaan sempurna, tapi kerajaan ini sedia mendengar suara rakyat. Supaya tak terlalu berat bebannya kepada rakyat.
"Inilah langkah kehadapan, yakinlah ekonomi kita berada di landasan yang betul," kata Najib ~ The Malaysian Insider
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang susulan kenaikan harga barang yang akan dilaksanakan tahun hadapan.
Menurut Najib, kenaikan harga barangan serta penstrukturan semula subsidi adalah langkah terbaik bagi memastikan rakyat mendapat manfaat yang sepatutnya.
"Mereka ini pembangkang akan mula bising bila kita naikkan harga barang tetapi mereka naikkan gaji Speaker mereka dan Adun mereka sampai 200-300 peratus, cuba lihat siapa yang naikkan gaji mereka hingga terlalu tinggi?
"Gaji Speaker lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri, logikkah?," katanya pada Perhimpunan Agung MCA kali ke-60 yang diadakan di sini, hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, dalam isu menaikkan kadar tol misalnya, kerajaan belum pun sempat membuat keputusan rasmi untuk menaikkan harga ke atas konsesi tol, namun pembangkang dilihat lebih dulu menaikkan cukai perniagaan sehingga 400 peratus seperti yang berlaku di Selangor.
"Itu pun belum muktamad lagi, belum proses lagi, kita otkk dulu...kita otkk dulu (dalam erti kata lain kita tunggu dulu).
"Tapi mereka lebih dulu, Selangor umumkan kenaikan cukai perniagaan sehingga 400 peratus, lagi dahsyat," katanya.
Kerajaan negeri Selangor baru-baru ini didesak untuk mengkaji semula kenaikan lesen perniagaan dan cukai pintu di beberapa daerah di negeri itu yang naik secara mendadak oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Difahamkan kenaikan membabit antara lain Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya, dibuat menerusi undang-undang kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 ~ Sinar Harian