Halaman

Memaparkan catatan dengan label Hadi Awang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadi Awang. Papar semua catatan

Rabu, 16 Januari 2013

Terdesak ubah pendirian

Isu bukan Islam guna kalimah Allah: Anggota mahu keluar parti jika Majlis Syura PAS tak berubah

Kedua-dua pemimpin ini lebih mengutamakan kehendak dan kepentingan DAP berbanding suara Majlis Syura, sekali gus menggambarkan mereka mengamalkan politik hipokrit yang bertopengkan Islam," Prof Md Noor Deris, Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan PAS Pusat


Amal politik hipokrit bertopengkan Islam'

'Md Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama, Majlis Ulama Veteran UMNO Kelantan berkata, tindakan Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang sebelum ini membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain didorong nafsu untuk mendapat pangkat dan kemenangan pilihan raya. 
Beliau berkata, tindakan itu jelas kepada masyarakat khususnya pengikut PAS untuk mengenali ciri-ciri was-was dalam perjuangan parti yang kini semakin terumbang ambing, sama ada mahu terus menurut kehendak DAP atau kembali ke pangkal jalan.



“PAS dalam keadaan kelam kabut dari segi pemikiran dan hala tuju. Sepatutnya sebelum Nik Aziz dan Hadi mengeluarkan kenyataan, Majlis Syura perlu bermesyuarat,” katanya.

Ketua Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahya berkata, PAS perlu mendisiplinkan ahli dan pemimpinnya supaya menghormati keputusan kepemimpinan ulama.

PAS perlu seia dan sekata bukannya bagi pendapat yang bercanggah antara Majlis Syura dan pemimpinnya.

Selasa, 8 Januari 2013

PAS cuba pertahan amanat


PAS yang mempertahankan Amanat Hadi, kini menerbitkan buku bagi menyokong amanat berkenaan. 

Buku yang diterbitkan oleh Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dan dijual pada harga RM4 senaskah, mempertahankan amanat Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang dibuat pada 1981. Buku yang baru dijual sejak seminggu lalu itu dikatakan mendapat sambutan daripada ahli PAS. 


Penceramah bebas, Zulkifli Mohamed, 49, bimbang penjualan buku itu akan menambahkan lagi kekeliruan di kalangan orang ramai berhubung dengan isu politik yang disamakan dengan agama. 

Apabila dijual di tempat terbuka dan harga yang rendah, maka orang ramai akan membeli, sekali gus menguatkan lagi anggapan mereka terhadap kebenaran amanat berkenaan. 


Pas saja bermain dengan api apabila masih menghangatkan lagi mengenai isu amanat.Nampaknya kerajaan perlu ambil tindakan yang tegas pada Pas.

Rabu, 2 Januari 2013

TV PAS Boikot Abdul Hadi Awang?


SUDAH diludah, kini PAS bersahaja menjilat kembali ludahnya apabila Presidennya, Abdul Hadi Awang beriya-iya mahu “glamour”kan dirinya dengan satu slot siaran langsung di RTM1, RTM2 dan TV3 untuk menjelaskan “dosa”nya mengenai amanat “sesat” 1981.
Terkini, Abdul Hadi berkata bahawa dia memerlukan selama satu jam untuk bersiaran langsung di media-media arus perdana itu bagi menjelaskan amanatnya yang mengkafirkan umat Islam yang menyokong UMNO.
Hadi mendesak agar Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim agar membenarkan “muka tak seberapa hensem”nya itu untuk dilihat berucap di kaca televisyen untuk tontonan seluruh negara di waktu puncak.
Persoalannya, bukankah pada muktamar yang lepas PAS begitu bongkak menganjurkan agar seluruh komrad-komradnya untuk memboikot media-media arus perdana seperti RTM1, RTM2, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa media yang kononnya tidak menyebelahi PAS?
Jadi, apa perlunya kini Hadi “menjilat” kembali “kahak hijau” yang “diludah” PAS pada muktamar tersebut? Mahu satu slot selama satu jam khas diberikan padanya di media-media yang diboikot PAS? Tak malu, kah?
Lagipun, saya yakin bahawa PAS kini memiliki “stesen TV”nya sendiri iaitu “TV PAS”. Apakah TV PAS itu belum cukup berpengaruh untuk digunakan bagi memperjelaskan amanat sesatnya itu?
Apa yang perlu ialah keikhlasan Hadi untuk membersihkan kekeruhan yang dilakukan puluhan tahun lalu dan bersedia untuk menanggung dosanya jika permohonan maafnya itu tidak dimaafkan oleh umat Islam di negara ini.

Isu amanat Hadi: Tak perlu forum TV - Mufti


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Abdul Hadi isu Amanat Haji Hadi.
 
"Ia (penjelasan) boleh dibuat secara rakamn dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai untuk dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
 
"Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman. RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV," kata beliau kepada pemberita.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas permintaan Abdul Hadi yang ingin meminta RTM dan Kumpulan Media Prima khasnya TV3 memberi peluang kepadanya bagi memperjelaskan isu Amanat Haji Hadi secara langsung selama satu jam.
 
Menurut Rais, kenyataan yang dibuat pemimpin Pas pada 1981 perlu mendapat penilaian daripada pihak lain memandangkan isu akidah itu telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
 
"Pandangan mufti lain pun harus dipertimbangkan di samping penilaian pihak Jakim dan pihak berkuasa lain dalam soal akidah," jelasnya.
 
Meskipun Rais dilihat secara terbuka menerima hasrat Hadi itu, namun penyiarannya mungkin dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan.
 
"Saya kira itu tidak jadi masalah tetapi hanya panjang pendeknya terpaksa dilihat dari sudut praktikaliti penyiaran di RTM," katanya.
 
Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak Abdul Hadi untuk menarik balik amanat yang dikeluarkan beliau pada tahun 1981 yang telah menyebabkan perpecahan serta kekeliruan umat Islam dalam negara.
 
Amanat Hadi' dikatakan telah mengkafirkan orang UMNO serta menimbulkan kekeliruan umat Islam. Apa yang terkandung di dalam amanat itu antara lain, mengharamkan daripada memakan daging sembelihan orang UMNO, mengharamkan daripada berkahwin dengan orang UMNO malah mengkafirkan orang UMNO.
 
Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang itu enggan menyatakan pendirian sama ada amanat itu harus ditarik balik atau tidak dalam sidang media kerana percaya kenyataannya tidak akan disiarkan penuh sebagaimana diharapkan selain berlakunya diputar belit fakta.

Khamis, 22 November 2012

Najib dituduh Pas lagi!!

Pas menuduh Najib masih meminta rakyat memberikan sokongan kepada UMNO dan BN kerana memberikan sokongan kepada UMNO khususnya kepada beliau itu tidak akan menjejaskan pelan transformasi beliau yang telah beliau umumkan setiap bulan dan minggu itu. Jika memberikan sokongan kepada pihak lain ia akan menjejaskan pelan pembangunan dan kemajuan negara dan akan membantutkan usaha kerajaan pimpinan beliau untuk menjadikan negara ini sebagai negara yang berpendapatan tinggi dan sebuah negara maju menjelangnya tahun 2020 nanti.
Pas meminta kerajaan mejadi seperti negara Amerika yang bergilir-gilir mentadbir negara,tanpa menreka menyedari yang rakyat yang tidak mahu memberikan mandat kepada mereka bukannya kerajaan.Berikut adalah conroh yang dijelaskan oleh Pas:


Di antara Parti Republican dan Demokrat, mereka ini telah bertukar-tukar dan bergilir gilir mentadbir negara kuasa dunia itu sejak negara itu merdeka 200 tahun dahulu. Najib sepatutnya tahu yang Presiden Jimmy Carter adalah dari parti Demokrat dan Presiden  George W Bush dan George Bush (senior) adalah dari Republican. Tidak tahu kah Najib yang Presiden Bill Clinton dan Obama adalah dari Demokrat?. Rakyat AS telah menukar parti-parti memerintah negara itu bergilir-gilir puluhan kali sejak kemerdekaannya dahulu.

Sebaliknya di negara kita, Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, our great Dr Mahathir, Abdullah Badawi dan sekarang Najib semuanya dari Barisan Nasional. Rakyat Malaysia belum pernah melakukan perubahan ini. Jika benar-benar hendak jadikan rakyat AS sebagai contoh kita mesti lakukan perubahan sekarang sebagaimana yang selama ini dilakukan oleh rakyat negara ‘Uncle Sam itu’.

Pas seperti terdesak untuk mentadbir negara.Pas seperti ada maksud tersirat di sebalik keterdesakannya untuk mentadbir negara ini.Selamatkanlah Malaysia daripada Pas dan konco-konconya.

Rabu, 21 November 2012

Jangan polemikkan isu jawatan PM – Mustafa


 Isu siapa menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti tidak perlu dijadikan polemik di kalangan pemimpin dan penyokong PR, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.


Menjawab polemik isu jawatan Perdana Menteri yang ditimbulkan sejak tamatnya Muktamar Tahunan PAS ke-58, Mustafa mengingatkan semua pihak bahawa perkara tersebut hanya satu perbahasan di dalam muktamar.

“Maka tiada keperluan sebenarnya untuk media memainkan perkara ini kerana ia bukan sebahagian daripada usul muktamar,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Tegasnya, cadangan supaya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri hanyalah luahan sayang para pewakilan PAS kepada Abdul Hadi, yang dianggap bapa yang dihormati dan disanjungi ketika perbahasan di muktamar PAS.
Mustafa mendakwa media sengaja melaga-lagakan PR supaya mereka berpecah belah.Tapi mengapa nak menyalahkan media,bukan ke mereka yang membangkitkan isu ini dulu.

Untuk menang ‘perang’, musuh mesti dihancurkan


Doa untuk menghancur dan menjahanamkan Umno BN yang disebut di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini adalah bermaksud mengalahkan parti dan gabungan tersebut dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam arena politik Malaysia, PAS dan Umno sekian lama bertanding untuk memenangi hati rakyat bagi mendapatkan kuasa pemerintahan. Dasar sekular dan nasionalis perkauman yang diperjuangkan oleh Umno BN jelas bertentangan dengan dasar PAS yang ingin menegakkan Islam yang syumul dan menyeluruh.
 Untuk mencapai kemenangan dalam 'peperangan' pilihanraya ini, kehancuran pihak lawan adalah sangat penting. Hancurnya Umno BN bukan bermaksud hancur dan binasa individu yang berada di dalamnya. Hancurnya Umno BN ialah parti dan gabungan tersebut tidak mampu meneruskan survival dan kelangsungan perjuangan yang berlawanan dengan Islam apabila kalah dalam pilihanraya.

Busuknya hati Pas, padahal dalam Islam tak penah mengajar umatnya mendoakan keburukan umat Islam yang lain.Tapi Pas telah memutar belitkan fakta.Pas jangan bagi umat Islam lebih keliru dengan perkara ini.jangan bahawa fahaman yang salah untuk umat Islam di Malaysia.

Hasan Ali pun boleh menjadi Perdana Menteri

Siapa akan menjadi PM selepas PRU ini sedang sibuk diperbincangkan selepas muktamar PAS di Kelantan hujung minggu lepas. Kedua-dua belah pihak membahaskan siapa yang paling layak menjadi PM: TGHA atau Anwar Ibrahim? Isu ini masih diperbualkan termasuk oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Syed Hamid Albar berkata Anuar lebih layak dari TGHA walaupun perwakilan muktamar mencadangkan Presiden partinya untuk menjadi PM.  Ramai di kalangan pemimpin UMNO telah berbelah bagi, samada TGHA atau Anwar yang lebih layak untuk memikul beban tersebut.
 Hasan Ali menyalahkan Anwar sebagai penyebab bagi pemecatan beliau, walaupun tiada siapa yang benar-benar terkejut memandangkan Umno sentiasa cuba untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang yang berkarisma itu dengan mengurangkan simpati orang ramai terhadapnya dengan apa jua cara.

"Anwar Ibrahim adalah punca saya dipecat,"kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu pada sidang akhbar di rumahnya."Saya tidak mahu dia mengheret orang ramai ke dalam perjuangannya, yang saya rasa adalah sangat kotor. Saya tidak berani untuk menyokong Anwar di perhimpunan tersebut, saya adalah di antara beberapa ahli PAS yang tidak akan membuat kenyataan mengapa Anwar perlu menjadi perdana menteri, "tambahnya lagi.

Tak menang lagi,tapi da sibuk siapa yang nak jadi PM.nampaknay pembangkang lebih berminat dengan isu siapa nak jadi PM daripada kebajikan rakyat.


Sumber: Harakahdaily 21 Nov 2012

Selasa, 20 November 2012

Hadi nak jadi PM


Muka depan The Star hari ini melaporkan, "Hadi ready to be PM" (Hadi bersedia menjadi PM).

Namun tajuk untuk edisi onlinenya agak berbeza iaitu, "It is syiok (thrilling) to be PM." (Syok juga kalau jadi PM)."

Selari dengan The Star adalah, media dalam talian The Malaysian Insider juga membuat laporan sealiran dengan akhbar MCA itu. "Hadi ‘alu-alukan’ cadangan perwakilan dilantik jadi PM", menjadi tajuk media itu.

Kedua-dua laporan ini membayangkan seolah-olah Presiden PAS itu mahu menjadi perdana menteri.

Ekoran kedua-dua laporan itu, timbul fitnah kepada Presiden bahawa beliau dikatakan 'setuju dan bersedia' untuk menjadi perdana menteri.


Dalam sidang media selepas memberikan Ucapan Dasar Muktamar PAS ini, Abdul Hadi dengan jelas menolak cadangan itu.

Beliau lebih rela kembali menjadi nelayan selepas Islam menang.

Apakah sebenarnya maksud TG Abdul Hadi tentang isu ini?Adakah Hadi cuba memusingkan apa yang telah dia sendiri katakan?Kita  tengok sahaja lah adakah Hadi akan mencabar dirinya sendiri apabila PAS menang nanti untuk kembali menjadi nelayan??

Presiden PAS sokong penuh isytihar harta

Cadangan Pemuda PAS untuk semua calon PAS mengisytihar harta mendapat sokongan penuh daripada Presiden PAS,  Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang .

Dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS-58, Abdul Hadi menyatakan sokongan terbukanya kepada cadangan Pemuda PAS itu dengan berkata “Bagus!”.

“Pemuda cadang isytihar harta. Bagus. Saya orang pertama sokong. Nak bertanding, nak menjadi pemimpin kerajaan mesti isytihar harta,” kata beliau.

Abdul Hadi juga berkata pengisytiharan harta dapat menghalang ahli PAS berperangai seperti Umno and Barisan Nasional.


Sebelum Pas buat lagi, orang-orang BN dah buat.Kalau tak,takkanlah diwajibkan semua penjawat awam mengisytiharkan harta??Pas pon mencedok idea ini daripada BN.Lepas itu,ada hati lagi nak kutuk-kutuk BN.

Sumber: Harakahdaily 20 Nov 2012

Umno pun tak berdoa supaya PAS kuat


Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan tampil membalas mainan media terhadap isu doa kehancuran Umno BN di Himpunan Kebangkitan Rakyat sempena Muktamar Pas ke-58, Jumaat lalu.


“Isu doa tak perlu jadi polemik. Kita harus beza doa kepada manusia dengan badan atau negara. Doa agar Umno tumbang, lemah dan lain-lain tidak bercanggah dengan syarak,” tegas Tuan Ibrahim dalam satu tulisan di Facebooknya.

Tuan Ibrahim juga menyindir apakah orang mengharapkan PAS nak doa agar Umno menjadi kuat.

“Takkan PAS nak doa agar Umno kuat, Umno pun tak doa PAS agar kuat,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
imbalan Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata terdahulu doa ini telah dimakbulkan apabila Umno telah hancur dan musnah dan kini digantikan dengan Umno Baru.

“Semoga Umno dan BN hancur dan binasa lagi, sementara kami menggamit dan melambai kepada semua ahli-ahli Umno dan BN supaya meninggalkan "kapal" yang hampir karam itu untuk menyelamatkan diri dengan menyertai PAS dan PR.

Sumber: Harakahdaily 20 Nov 2012

LA:Islam tak penah mengajar umatnya untuk mendoakan kehancuran sesama umatnya.

Isnin, 19 November 2012

PAS siap hadapi PRU di tahap maksima

Persiapan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 berada pada tahap maksimum di seluruh negara, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, persediaan rapi bukan sahaja ditunjukkan di negeri-negeri di bawah PAS tetapi juga di negeri-negeri di bawah pemerintahan BN.

"Saya bukan sahaja melihat mood perwakilan tapi melawat seluruh negara, ke kawasan-kawasan parlimen dan saya dapati persediaan pilihan raya sangat baik dan sangat memuaskan hati saya.

"Bukan sahaja di negeri-negeri PAS sudah memerintah tetapi termasuk di negeri bukan PAS memerintah termasuk Sabah dan Sarawak," kata beliau pada sidang media sejurus berakhirnya Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 di Putik hari ini.

Menjawab soalan wartawan yang membangkitkan isu bakal Perdana Menteri selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya pula, Ustaz Hadi tetap menegaskan ia bukan fokus utama.

"Tiada ketetapan siapa jadi Perdana Menteri," jawabnya ringkas lalu disambut Setiausahanya, Datuk Mustafa Ali, "nak jadi Perdana Menteri kena menang sebanyak mungkin. Kalau tak menang tak boleh jadi Perdana Menteri,"


Sumber:Harakahdaily 19 nov 2012

LA: Tunggu dan lihat apa tindakan Pas selepas ini.

Rabu, 7 November 2012

Kelantan restu niat Pas ke Johor


Dewan Pemuda PAS Kelantan mengalu-alukan rancangan PAS Johor untuk 'menjohorkan' PAS di negeri itu.

Bagi mereka, ianya bersesuaian dengan ‘mood’  pelbagai lapisan masyarakat terhadap perjuangan parti itu yang dilihat semakin hebat.


PAS di Kelantan juga mengambil pendekatan yang sama iaitu mendekati rakyat negeri itu melalui program sosiobudaya mereka untuk memenangi hati mereka.

Ia termasuklah menjadikan kesukaan rakyat Kelantan sebagai program PAS termasuklah dikir barat, bola sepak, memperkasakan makanan tradisi Kelantan termasuk budu dan sebagainya.


“Lebih membanggakan kita mana-mana program Pakatan Rakyat yang dianjurkan di negeri ini mendapat sambutan rakyat termasuk jualan meja untuk makan malam baru-baru ini.

“Untuk itu PAS perlu memperlengkapkan diri untuk menerima keluarga besar yang bakal menyertai parti itu,”ujar Abdul Latif ketika menyokong cadangan Johor itu.

Yakin Sunguh PAS untuk menawan Johor.Kita tengok je lah dalam PRU 13 nanti,adakah impian Pas itu akan menjadi kenyataan atau hanya angan-angan kosong.adakah Johor juga sanggup mengadaikan masa depan negeri mereka di tangan PAS? hanay rakyat Johor ada jawapannya.Tunggu dan lihat sahaja.

Hadi nak bertanding di Sabah pula.


"Kalau pimpinan PAS mengarahkan saya bertanding di Sabah atau Sarawak pun, saya akan pergi," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  hari ini.


"Saya tidak boleh buat keputusan sendiri, kita terima senarai calon kemudian bincang bersama dan mesti patuh kepada keputusan parti.



"Kalau parti kata tidak bertanding, maka tidak bertandinglah. Kalau bertanding maka bertandinglah.


bdul Hadi mendapat perhatian media ekoran beliau menyatakan kesediaan untuk melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen Pekan dalam pilihan raya nanti.


Menurut  Ahli Parlimen Marang itu,  kenyataanya  untuk bertanding di Pekan adalah sebagai mesej kepada ahli dan parti bahawa beliau bukan seorang diktator. 

Abdul Hadi juga memberitahu PAS sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya ke-13 pada bila-bila masa.

Hadi ni macam lalang,tak tetap pendirian.Apa yang dia cuba nak sampaikan ialah,dia bukan bertanding untuk membela nasib rakyat di tempat dia bertanding,tapi lebih untuk kepentingan politik.Bukan bertanding untuk mengubah nasib rakyat di kawasan dia bertanding.Adakah pemimpin seperti ini yang diperlukan rakyat Malaysia?? tepuk dada,tanyalah selera.Segala akan terjawab dalam PRU 13 nanti.



Selasa, 6 November 2012

Polemik Hudud PAS & Kemarahan PAS Terhadap Chua Soi Lek


 Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah berkata bahawa, tidak menjadi kesalahan untuk pemimpin DAP menghina Islam dan ia bukanlah satu isu kerana pemimpin DAP bukannya beragama Islam.
“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” demikian kata Menteri Besar Kelantan itu ketika diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin DAP  yang dilihat sering menghina kesucian Islam.
Maksud kata Nik Aziz mudah untuk difahami, pada pandangannya selagi seseorang itu agamanya bukan Islam, maka mereka mempunyai hak untuk mempertikaikan ajaran Islam malah berhak untuk menghina Islam.

Ironinya, tatkala PAS mengiktiraf hak DAP untuk menghina, memperlekehkan Islam serta menolak hudud, tiba-tiba sahaja seminggu dua ini pula para pemimpin PAS terasa hangat hati dengan komen Presiden MCA, Chua Soi Lek (CSL).
Marah betul mereka dengan CSL, sehingga mempunyai ruang masa untuk mengadakan demonstrasi di hadapan Wisma MCA berikutan kenyataan Presiden MCA itu yang mendakwa perlaksanaan hudud PAS bakal menyebabkan 1.2 juta orang hilang pekerjaan.

Agaknya dalam kes DAP, para pemimpin PAS terlalu sibuk dan kesuntukkan masa untuk berdemo barangkali. Maklumlah rakan sepakatan, maka tentulah ada pengecualiannya atas sebab pemimpin DAP bukannya orang Islam.
Sebaliknya para pemimpin PAS bangga pula bersolat di hadapan bangunan DAP malah dengan senang hati menggunakan pentas ceramah DAP untuk mengutuk dan mengecam sesama Islam.
Polemik yang membabitkan CSL dan pendirianya terhadap hudud PAS memang agak kritikal https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEirHFCKJ_D5l9Maw3Y0x0kvCRM_s-3tyRPwS46WibRYOFDTfUgLlm3Zi3-csufzjMGGWArRtIG3tba9P2DK8Esctd3uD1H4jYhE6u8uY3rZy4MA6tpaE5L4j2YaNxR1u_py_iPYs3UpAZ6b/s400/28102009435.jpgdan sinis. Tentu sekali ia berkait rapat dengan ‘kebenaran’ yang pernah PAS berikan pada DAP dan ia diambil kesempatan oleh CSL dengan nada yang sedikit lembut berbanding penolakkan keras dari DAP.
Dalam hal ini, PAS patut menyalahkan diri sendiri, dek kerana terlampau berlembut dengan DAP, maka peluang itu diguna pakai pula oleh CSL untuk meremehkan hudud PAS.
Jika dengan DAP, Nik Aziz dan Hadi Awang boleh mentakrifkan tentangan oleh DAP sebagai hak mereka selaku orang bukan Islam, kenapa dalam kes CSL mesti ada perbezaannya? Bukankah CSL juga bukannya beragama Islam?

Sumber: Harakahdaily

LA: Pas tetap Pas,yang suka memutar belitkan fakta.



Isnin, 5 November 2012

Hadi lawan Najib, Nik Aziz juga sokong

Muryidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat sependapat dengan saya bersetuju kalau Abdul Hadi Awang bertanding di Pekan untuk menentang Najib Razak. Nik Aziz juga berpegang kepada alasan sama dengan saya, tidak timbul kalau Abdul Hadi kalah. Beliau mengalu-alukan langkah Abdul Hadi itu kerana menentang orang yang berjuang menegakkan semangat nasionalisme adalah satu kewajiban.

Dalam keyakinan Pas Umno adalah pejuangan kebangsaan, di mana satu perjuangan yang batil sebab perjuangan menegakkan kaum tidak merupakan perjuangan mutlak dalam kehidupan seorang manusia sebagai hamba Tuhan.

Sedar atau tidak masih ada di kalangan kecil baik di dalam Pas maupun PKR dan DAP sebelum dapat menerima sepenuhnya kerjasama Pas dengan PKR dan DAP. Ada yang beranggapan Pas masih menaruh harapan akan wujud kerjasama dengan Umno. Ada suara-suara dan nada kebimbangan yang Pas akhirnya akan berpelukan dengan Umno.
Kesimpulannya Pas perlu melepaskan Abdul Hadi untuk ke Pekan. Atau Abdul Hadi boleh menggunakan kuasa proregatifnya sebagai presiden untuk berbuat demikian. Sebagai presiden Abdul Hadi boleh endorce jemaahnya sendiri. Yakinlah tindakan Abdul Hadi itu - Presiden bertempur dengan presiden akan dicatat dalam sejarah politik tanah air. Seperti dikatakan tadi soal sejarah itu tidak penting yang penting menunjukkan komitmen perjuangan.

Sumber: Harakahdaily 5 Nov 2012

LA: Pas lebih sanggupberpeluk dengan Dap dari berpeluk dengan sesama agama sendiri.Pas betul-betul angkuh dan mendabik dada.Tapi Pas lupa,tanpa jasa Umno dan Bn selama ini,Malaysia takkan jadi seperti  hari ini.Sedar-sedarlah diri wahai PAS.