Ketandusan idea dan politik sempit pembangkang hingga sanggup mempolitikkan tema kemerdekaan yang menjadi hak kerajaan memerintah menetapkannya.Keegoan pembangkang ini, menunjukkan mereka cetek pemikiran dan tahap kematangan politik yang rendah.Secara tidak langsung mencabar kedaulatan negara.Sikap ini bertentangan dengan konsep negara Malaysia kerana sambutan hari bersejarah itu sepatutnya bersifat nasional bukan kenegerian.
Khamis, 9 Ogos 2012
Tema berbeza cabar kedaulatan negara
Label:
Anwar Ibrahim,
Azmin Ali.,
Berita harian,
BN,
keamanan,
kelantan,
negara,
patriotisme,
PKR,
politik,
PRU13,
Pulau Pinang,
selangor,
sosial
Pelajar UNISEL kesal
Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib yang menimpa pelajar-pelajar UNISEL ,berikutan tindakan pihak pengurusan yang gagal memaklumkan lebih awal kepada pelajar tarikh kuliah.Pelajar-pelajar rata-rata amat kesal dengan sikap sambil lewa pihak pengurusan yang hanya menyusahkan mereka.Mereka hanya mengetahui perkara ini melalui Facebook universiti berkenaan , berkaitan tarikh pertukaran kuliah.
Sepatutnya hal sedemikian tidak berlaku kerana pihak universiti sedia maklum lebih awal tentang pertukaran tarikh tersebut. keadaan ini hanya menyusahkan pelajar-pelajar yang berasal dari luar Selangor termasuk, Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang kini berada di dalam dilema sama ada mahu pulang ke kampung halaman masing-masing ataupun menumpang rumah saudara mara atau rakan.Lebih kasihan kepada mereka yang berasal dariapda keluarga miskin kerana perlu menyediakan perbelanajan harian berikutan tempoh masa yang panjang sebelum kuliah bermula, tambahan pula, Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
Sebelum ini pelajar UNISEL kecewa tidak mendapat kemudahan asrama di Kampus Induk Bestari Jaya,Selangor menimbang untuk mengadakan demonstrasi.Nampaknya,nasib malang pelajar UNISEL masih tidak dapat pembelaan daripada kerajaan negeri.Takkan hal ni pun ,nak ada campur tangan dari kerajaaan Pusat. LA tengok, dah makin kritikal keadaan di Selangor ni, arap rakyat Selangor segera bertindak dalam PRU 13 nanti.
Sumber: BH 9 Ogos 2012
LA: Fikir-fikirlah wahai rakyat Selangor.
Wan Azizah digesa bertindak
Wan Azizah dan timbalannya, Azmin Ali |
Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, diminta mengambil tindakan segera terhadap penyebaran beberapa keping gambar aksi seks didakwa mirip timbalannya, Mohamaed Azmin Ali pada Mei lalu. Bekas ketua Wanita PKR Pulaua Pinang, Aminah Abdullah,berkata sehingga ini tiada sebarang tindakan diambil parti itu berhubung penyebaran gambar itu.Cubaan Penasihat PKR ,Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes itu, melambangkan sikap hipokrit pakatan pembangkang yang berdolak dalih apabila wujud skandal di kalangan mereka.
beberapa keping gambar lucah itu telah didedahkan oleh blog http: //papagomo.com dan scandalazminali.blogspots,com dan dapat dilihat oleh umum.
Sumber: BH 9 Ogos 2012
LA: Yang salah patut dihukum bukan dilindungi.Rakyat dah muak dengan lakonan pakatan pembangkang.
Label:
Anwar Ibrahim,
Azmin Ali.,
Berita harian,
DAP,
PAS,
PKR,
politik,
PRU13,
sultan Selangor
Loji Air Langat 2 diteruskan
Putrajaya: Projek Loji Rawatan Air Langat 2 tetap diteruskan walaupun kerajaan Selangor atau pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri pakatan pembangkang itu enggan memberi kelulusan pembangunan.
Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Air Selangor pada 2 Ogos lalu, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sekretariat jawatankuasa berkenaan, dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa asas selepas kerajaan Selangor sehingga kini tidak mengeluarkan kelulusan pembangunan bagi pelaksanaan projek berkenaan.
Kapasiti pengeluaran terhad
Antara asas yang diambil kira termasuk hakikat bahawa kapasiti pengeluaran air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang diluluskan Kerajaan Persekutuan hanya dapat menampung permintaan air sehingga 2016.
Selain itu, pembinaan komponen terowong dan muka sauk bagi menyalurkan air mentah dari Sungai Semantan, Pahang ke Hulu Langat sedang berjalan lancar dan dijangka siap pada 2014.
Pada masa sama, penangguhan pembinaan loji berkenaan dan sistem agihan air yang sepatutnya bermula pada 2010 akan menyebabkan keperluan menambah kapasiti air terawat menjelang 2014 tak dapat dipenuhi.
RM606j belanja tambahan
Akibatnya, Kerajaan Persekutuan terpaksa mengeluarkan belanja tambahan sebanyak RM606 juta sebagai langkah mitigasi bagi mengelakkan berlakunya krisis air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Pelaksanaan Loji Rawatan Air Langat 2 adalah opsyen terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial supaya pengguna di tiga kawasan ini mendapat bekalan air yang mencukupi dan berterusan sehingga 2020.
Keputusan ini adalah berdasarkan kajian yang dilaksanakan pada 2000 dan dipersetujui kerajaan Selangor di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) ketika itu, katanya.
Jawatankuasa berkenaan juga memutuskan kerajaan negeri Selangor boleh melaksanakan skim penstrukturan semula seperti mana yang dilaksanakan negeri lain, namun ia mesti mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, semua perjanjian konsesi air dan undang-undang yang berkuat kuasa.
Keputusan itu selaras dengan pendirian Kerajaan Persekutuan yang tidak pernah menghalang kerajaan Selangor melaksanakan model penstrukturan yang dihasratkan.
Bagaimanapun, jawatankuasa itu turut menegaskan tidak berhasrat campur tangan dalam usaha kerajaan negeri Selangor mengambil alih ekuiti syarikat konsesi di negeri itu kerana ia adalah transaksi komersial membabitkan dua pihak yang berkenaan saja.
LA: Utamakan kepentingan rakyat dariapda kepentingan politik sempit PKR.
Label:
Air,
Anwar Ibrahim,
Berita harian,
DAP,
PAS,
patriotisme,
PKR,
politik,
PRU13,
selangor,
sultan Selangor,
SYABAS,
UMNO
Langgan:
Catatan (Atom)