Halaman

Memaparkan catatan dengan label AES. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AES. Papar semua catatan

Selasa, 11 Disember 2012

NASIB MALANG KAMERA AES!

Kamera AES Kamera AES jadi mangsa vandalisme?
Vandalisme ke atas kamera AES
vandalisme kamera AES Kamera AES jadi mangsa vandalisme?
Kerakusan manusia atas Kamera AES

Di sebalik bantahan yang berlaku, baru-baru ini tersebar dua keping gambar di dalam Facebook yang menunjukkan dua unit kamera AES telah mengalami kerosakan, dipercayai akibat perbuatan salah laku musnah atau vandalisme oleh individu yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pemasangan sistem penguatkuasaan itu.
Tiada maklumat yang tepat di manakah lokasi kejadian berlaku, cuma persoalannya kini ialah adakah kamera AES bakal menjadi mangsa perbuatan vandalisme seperti mana dialami oleh pelbagai insfrastruktur awam lain, contohnya pondok telefon awam?


Isnin, 10 Disember 2012

AES tetap diteruskan!!


UNGKAPAN kata-kata “kelajuan itu membunuh" ternyata belum meresap dan dihayati sepenuhnya oleh pemandu di Malaysia. Sedangkan setiap hari boleh dibaca melalui laporan media tentang tiada satu hari tanpa berita kemalangan jalan raya di negara ini.
Apabila berlaku kemalangan jalan raya terutamanya melibatkan kemalangan maut pada setiap hari, rakyat tertanya-tanya apakah yang kerajaan buat untuk mengatasinya.
Oleh itu, kerajaan sudah mengkaji keberkesanan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti dilaksanakan di negara lain dan ternyata sistem ini mampu menurunkan kadar kemalangan biasa dan maut.
Namun baru dilaksanakan pada September lalu, kamera AES mencetuskan kontroversi. Beberapa pihak mengeluarkan pandangan rasa tidak senang dengan tindakan Kementerian Pengangkutan bertegas mahu meneruskan pengunaan AES. Sesetengah pihak pula mahu AES ditangguhkan.


Walaupun mendapat tentangan daripada sesetengah pihak, kerajaan tidak akan berganjak atau mengkaji semula penggunaan kamera AES yang terbukti berjaya mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Memanglah AES merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah.
Oleh itu AES perlu diteruskan untuk mendidik pengguna jalan raya supaya lebih menghormati undang-undang jika mereka tidak mahu dikenakan tindakan saman.
Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Majlis Keselamatan Jalan Raya serta agensi yang berkaitan telah berusaha untuk mengurangkan angka kematian dan kemalangan.
Pelbagai pendekatan pencegahan kemalangan, penguatkuasaan undang-undang dan penggunaan teknologi moden diperkenalkan dari tahun ke tahun tetapi kadar kematian dan kemalangan tidak berubah.
Jadi kenapa pelaksanaan AES juga mahu digagalkan. Sebelum ini banyak usaha dan pembaharuan dilakukan namun kurang berjaya kerana sikap pemandu Malaysia sendiri.
Segelintir pemandu Malaysia gemar memandu laju, suka langgar peraturan lalu lintas dan tidak berdisiplin di jalan raya. Sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan tabiat berbahayakan nyawa sendiri dan orang lain itu.

Sesungguhnya, tidak ada sebab AES perlu ditangguhkan kerana setiap hari negara menghadapi kisah-kisah kemalangan maut kerana kegagalan pemandu mendisiplinkan diri masing-masing.

Sumber:NSTP

LA: Buat salah,tak buatpun salah.Tapi biaslah bila kita nak buat kebaiakn ramai yang tak suka,tapi bila mana kebaikan itu memberi faedah pada semua,masa tu,barulah nak sedar kebaikan yang kerajaan buat.Memang sifat manusia begitukan.harap kerajaan tidak mengalah.

Khamis, 6 Disember 2012

AES vs Kerajaan Selangor!!

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , Datuk Solah Mat Hassan yakin mana-mana kerajaan negeri termasuk Selangor yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan menghormati undang-undang, bukannya bertindak di luar lunas perundangan.

Sehubungan itu kata beliau, sekiranya Kerajaan Negeri Selangor merasakan bahawa AES dipasang dengan tidak mematuhi peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, pihak berkenaan boleh membawa isu berkenaan ke mahkamah.

"Kita (JPJ) orang yang menguatkuasakan undang-undang... mengapa kami hendak langgar undang-undang? Kalau ada yang tidak kena, kami akan ikut.

"Tetapi jangan mengatakan, hendak mengancam, hendak cabut... ini untuk kebaikan pengguna, mengapa hendak mengancam.... apa motif (mereka) sekarang," kata beliau kepada Sinar Harian Online selepas programDialog TV1 malam tadi.

Program sejam itu membicarakan pelaksanaan AES yang dikuatkuasakan sejak akhir September lalu.

Ia sebahagian daripada siri penerangan mengenai AES yang mencetuskan kontroversi sejak kebelakangan ini.

Di peringkat awal, kamera AES telah dipasang di 14 lokasi. Ia akan diperluaskan sehingga 831 lokasi dalam waktu terdekat.

Katanya, JPJ sedia mengadakan perbincangan dengan mana-mana PBT jika mereka mendapati pemasangan dan pelaksanaan AES melanggar peruntukan undang-undang kerajaan tempatan.

"Kalau hendak, kami akan menulis surat untuk mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang," kata beliau yang masih yakin bahawa "AES yang sudah dipasang tidak akan dicabut."

"Cabut itu satu hal berkaitan vandalisme, tapi saya fikir mereka tak akan cabut... mereka sendiri ada berkata sistem ini baik bagi keselamatan orang ramai... mengapa hendak dicabut," katanya lagi.

Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan Kerajaan Negeri Selangor akan menutup dua kamera AES di Kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan  berhampiran jalan Bangi ke Cyberjaya esok.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan melakukan dua peringkat sebelum menanggalkan kamera tersebut iaitu menulis surat kepada Kementerian Pengangkutan di samping menutup kamera itu agar tidak berfungsi.

“Peringkat pertama tulis surat sudah lepas, peringkat kedua kita sarungkan kamera supaya tidak berfungsi, kemudian kita tulis lagi surat.

“Jika dalam dua minggu, tiada sebarang respons atau permohonan dibuat oleh Kementerian Pengangkutan barulah kita membuat keputusan menanggalkan tiang tersebut supaya tidak boleh digunakan lagi,”katanya.

Abdul Khalid berkata, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sebelum ini sudah beberapa menulis surat kepada kementerian terbabit tetapi  tiada sebarang maklum balas diterima.

Kelmarin, Kerajaan Negeri menyifatkan kamera AES dipasang sewenang-wenangnya dan tidak mengikut pemerhatian, analisis dan kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) seperti dijelaskan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu menegaskan bahawa pemasangan dua kamera AES di negeri tersebut didakwanya tidak dipasang di lokasi ‘hot spot’ kemalangan.

Beliau berkata, kedua-dua kamera tersebut berada di kawasan Sepang dan kini telah diberikan notis oleh PBT, MPSepang dalam tempoh 14 hari untuk mengemukakan Kebenaran Merancang atau berdepan dengan tindakan dicabut.

Berdasarkan laporan media sebelum, kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) tidak bersetuju kamera AES dipasang di negeri masing-masing.

Mengulas lanjut, Solah berkata, syarikat kontraktor kamera AES telah memaklumkan MPSepang bahawa kelulusan telah diberikan kepada pihaknya oleh Lembaga Lebuh Raya (LLM) untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan sistem tersebut.

Katanya, di bawah perjanjian dengan syarikat-syarikat kontraktor, syarikat kontraktor terbabit perlu mendapatkan segala kebenaran dan kelulusan yang diperlukan.

"Jika ada pihak yang tidak berpuas hati, di Malaysia ada saluran... boleh bawa ke mahkamah, jangan belasah, buat ancaman," katanya lagi.

JPJ nafi kaut untung melalui AES


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk mengaut keuntungan, sebaliknya bagi meningkatkan ‘persepsi daripada ditangkap’ dalam kalangan pemandu.
Sekaligus dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan perbelanjaan yang perlu ditanggung kerajaan bagi menangani kes kemalangan dan kematian di jalan raya.
Ia bukan bertujuan untuk mengenakan saman dan denda ke atas pengguna jalan raya atau membawa keuntungan kepada syarikat yang dilantik sepertimana yang didakwa oleh pihak tertentu.
“Oleh sebab itu, pengiraan sendiri dan dakwaan yang tidak munasabah oleh pihak tertentu bahwa 170 juta saman setahun dijangka akan dikeluarkan adalah tidak benar dan mengelirukan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kos pembangunan projek, operasi dan penyelenggaraan sistem akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pelaksana tanpa melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan.
“Dalam hal ini, Kerajaan tidak menanggung apa-apa perbelanjaan sepanjang pelaksanaan sistem AES ini,” tegasnya.
LA: Pembangkang hanya tahu mengutuk sahaja,tanpa mengira kebaikan yang dpat rakayt dinikmati daripada AES ini.

Khamis, 22 November 2012

Pas minta kerajaan dedah perjanjian AES


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa Kong mendedahkan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat yang mengendalikan Automatic Enforcement System (AES), iaitu A.T.E.S Sdn. Bhd. dan Bina Tegap Sdn. Bhd.
Menurut Mahfuz, pendedahan perjanjian itu perlu dilakukan bagi membuktikan pelaksanaan AES tersebut tidak bermaksud untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
"Jika ia untuk kebaikan rakyat, untuk mendidik rakyat, tiada apa yang perlu disembunyikan. Kita tuntut kementerian mendedahkan butiran berkenaan perjanjian antara kerajaan dengan kedua-dua syarikat terbabit," tegas beliau pada sidang media, di lobi parlimen sejurus keputusan mesyuarat selesai.
Beliau yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE), berkata beliau mengharapkan kerajaan masih mendengar suara rakyat dengan menangguhkan pelaksanaan sistem kamera AES itu sehingga segala kekeliruan dan kekaburan dapat diselesaikan terlebih dahulu.
Pas seperti ada maksud tersirat disebalik permintaanya.Pas ingin menggunakan isu AES untuk kepentingan dirinya sendiri,bukan seperti yang dicanang-canang untuk rakyat kononya.

Rabu, 21 November 2012

Alternatif terbaik ganti AES, lebih 40 kmj dibaling batu




Betapa penduduk tempatan menggunakan daya kreatifnya untuk memberi peringatan kepada para pengguna jalan raya agar jangan terlalu laju memandu kenderaan di kawasan perkampungan mereka.

Sekurang-kurangnya  memberi rasa gerun dan cuak pada tuan punya kenderaan supaya lebih menghormati penduduk kampung.

haha..kreatif juga idea nie..hehe

Jumaat, 16 November 2012

Jangan salahkan AES!!

AES diperkenalkan semata-mata untuk membendung kematian yang tidak ada kesudahannya. Seperti sering diperkatakan, lebih ramai orang mati di jalan raya daripada di medan perang. Dalam isu AES, banyak rungutan didengar daripada pelbagai pihak sama ada pengguna jalan raya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya. Mereka yang tidak ada kenderaan juga marah setelah mendengar tentangan pelbagai pihak. AES menimbulkan kemarahan kerana ia memerangkap pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan. Kamera yang dipasang di kawasan tertentu merakam segala kesalahan dilakukan pemandu termasuk memandu melebihi had, memotong sebelah kiri dan melalui lorong kecemasan. Denda maksimum bagi setiap kesalahan ialah RM300. AES bukan dipasang untuk memerangkap pengguna jalan raya. Berbeza dengan cara dilakukan terhadap mereka yang memandu laju khasnya oleh polis trafik yang menggunakan kamera perangkap laju. Kadang-kadang dilihat polis trafik bersembunyi di dalam semak atau di bawah jambatan bagi memerangkap mereka yang tidak takut mati. Tujuannya untuk memberi amaran kepada pemandu supaya mematuhi had kelajuan kerana mereka mungkin dikenakan saman di mana-mana saja jika melanggar peraturan lalu lintas. AES pula dibuat secara terang-terang. Kamera diletakkan di tempat statik dan setiap lokasi yang akan menempatkan kamera AES dimaklumkan kepada orang ramai di media, laman web dan sebagainya. Ia juga boleh diketahui menerusi GPS ketika menghampiri kawasan AES. Maknanya, sesiapa saja melalui kawasan berkenaan boleh bersiap sedia jika tidak mahu disaman. Mungkin ada pengguna yang sudah mendapat banyak saman di 14 kawasan AES sejak dimulakan 23 September lalu tetapi ada juga pengguna yang lebih kerap menggunakan jalan yang sama tetapi tidak pernah sekali pun mendapat saman. Ia membezakan sikap seseorang pengguna jalan raya dengan yang lain. Kalau pengguna marah kerana disaman, ia sesuatu yang biasa. Jika tidak mahu disaman, mereka perlu berhemah di jalan raya.Setakat ini 89,000 saman dikeluarkan hanya di 14 kawasan AES. Bayangkan jika semua 831 kawasan AES dikuatkuasakan kemudian. Ini menunjukkan masih ramai yang melanggar peraturan jalan raya. Tanpa AES mungkin jumlah itu berkali ganda lebih besar.Ikut hukum akal, tidak ada sesiapa boleh diperangkap oleh sistem ini. Setiap dua kilometer sebelum sampai ke kawasan itu pengguna sudah dimaklumkan menerusi tanda jalan bahawa di depan mereka ada kamera dan satu kilometer kemudian satu lagi tanda jalan memberitahu di depan mereka ada kamera AES dan 500 meter sebelum tiba di kawasan kamera, mereka dimaklumkan sekali lagi. Kalau masih ada yang melakukan kesalahan, mereka sengaja mencari masalah. Mungkin pada masa ini ada kelemahan dari segi saiz penanda amaran atau ia diletakkan di tempat yang tidak sesuai seperti terlindung dan sebagainya menyebabkan pengguna terlepas pandang. Ini perlu diperbaiki bagi mengelak ia dianggap sebagai perangkap. Matlamat AES baik tetapi disebabkan dikaitkan dengan isu politik, semuanya menjadi kelam kabut, tambahan pula ia dianggap sebagai keputusan yang tidak bijak menjelang pilihan raya. Lagi lewat dilaksanakan, mungkin banyak nyawa yang melayang, mungkin dalam kalangan saudara mara kita. Tidak mustahil dengan AES, ada nyawa sudah dapat diselamatkan kerana mereka lebih beringat ketika melalui jalan itu. Di negeri dikuasai pembangkang, janganlah mempolitikkan isu ini kerana tujuannya untuk menyelamatkan nyawa manusia bukan untuk wang ringgit semata-mata.
Pembangkang selalu lihat semua yang diperkenalkan oleh kerajaan dari sudut negatif.Dan tanpa menggunakan akal  fikiran yang waras, pembangkang tanpa rasa bersalah telah menggunakan taktik yang kotor ,mempergunakan isu AES untuk kepentingan politik mereka tanpa memikirkan nasib rakyat.Bagi pembangkang politik lebih penting daripada nyawa rakyat.jadi fikirlah sendiri siapa yang lagi penting diri sendiri,kerajaan ke atau pembangkang?/tepuk dada tanya hati semua.