Halaman

Jumaat, 10 Ogos 2012

Selangor kurangkan hutang Talam RM 36j

 Kerajaaan Selangor yang didakwa cuba mengurangkan hutang talam Corporation (Talam) kepada Universiti Selangor (UNISEL) RM36 juta tanpa mendedahkannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) .Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chau Tee Yong,  mendakwa, berdasarkan perjanjian Penyelesaian Tambahan pada 8 Mac 2007, hutang patut dibayar Talam kepada UNISEL adalah RM284, juta,tetapi Kerajaan Selangor menyatakan jumlahnya RM248 juta.Beliau menyatakan,RM36 juta itu insentif bagi penyelesaian hutang lebih awal, sekali gus  menyifatkan berlaku pembohongan apabila keraajan Selangor menyatakan tiada cubaan dibuat anak syarikatnya untuk mengutip semula hutang daripada Talam.
Mengikut perjanjian itu, chua berkata, Talam memberi jaminan akan menyelesaikan hutang yang perlu dibayar kepada UNISEL dan kerajaan Selangor boleh mengambil tindakan jika syarikat gagal berbuat demikian.
Beliau mempersoalkan mengapa wujud "layanan istimewa"sedangkan Talam tidak berhak mendapat diskaun RM36 juta kerana gagal memenuhi perjanjian itu.
Chua turut mendakwa sesetengah tanah yang diterima kerajaaan Selangor mempunyai banyak kaveat pendaftar dan kaveat persendirian,termasuk tanah di Danau Putra dengan lebih 100 kaveat yang perlu dibuang sebelum tanah terbabit dapat dijual dengan harga lebih tinggi di pasaran.

Sumber: BH 10 Ogos 2012

LA: Macam-macam masalah dengan Kerajaan Selangor ni,apa nak jadi da.

BN sedia ditolak jika mungkir janji

Tema sambut kemerdekaan berlandas tuntutan agama: Najib

Kuala Terengganu: Datuk Seri Najib Razak menegaskan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya bersedia ditolak rakyat jika gagal menunaikan janji yang dibuat .Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata,komitmen gabungan parti berkenaan  untuk membela dan memelihara kepentingan rakyat bukan  suatau permainan politik,sebaliknya prinsip yang turut dituntu Islam.


Komitmen gabungan parti BN untuk membela, memelihara kepentingan rakyat bukan suatu permainan politik”. - Najib Razak, Perdana Menteri
Katanya, tema Hari Kebangsaan tahun ini ‘55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati’, juga bukan retorik politik sebaliknya berlandas tuntutan agama.

Berpaksi rukun agama

“Tema itu bukti Kerajaan BN berpegang kepada al-Quran dan Sunnah dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Tema itu berpaksikan rukun agama, kita berjuang untuk tepati janji kepada rakyat. Kita tepati janji untuk beri kepercayaan pada rakyat... kita juga mahu buktikan negara kita negara Islam contoh.

“Sehubungan itu, kita tak perlu tukar tema Hari Kemerdekaan. Kita tak boleh cakap, tapi tak boleh buat seperti kata orang Terengganu ‘kecek ngelak’,” katanya ketika berucap pada majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Padang Nenas yang dihadiri kira-kira 10,000 orang di sini, semalam.
Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada warga tua, orang miskin, anak yatim, orang kurang upaya dan ibu tunggal pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.

 Najib yang kemudian menunaikan solat Maghrib bersama penduduk di Masjid Kampung Padang Nenas, disusuli solat Isyak dan Tarawih di Masjid Wakaf Tembesu, berkata ‘Janji Ditepati’ bukan tema politik, tetapi berpaksi kepada hukum dan prinsip Islam yang jika tidak ditunaikan, boleh dianggap munafik.

Pertahan BN

Sementara itu, Ahmad ketika berucap pada majlis sama, mahu BN dipertahankan kerana sudah terbukti ia berjaya membentuk kerajaan yang mampu membela nasib rakyat.

“Kita maklum selama ini PAS tidak pernah buat apa-apa untuk membela nasib rakyat. Mereka hanya suka berjanji tetapi tidak ditepati. Saya harap rakyat tidak berbelah-bahagi menyokong kerajaan yang ada sekarang,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan BN melaksana pelbagai program seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, memberi imbuhan kepada peneroka dan sebagainya demi memastikan kebajikan rakyat terjaga.

Sumber: BH 10 Ogos 2012
LA: hanya yang berani berjanji dan menepati sahaj yang berani buat kenyataan seperti ini.

Kakitangan awam curi tulang

» Membeli-belah pada waktu bekerja dalam bulan Ramadan

Putrajaya: Ramai kakitangan awam dikesan ponteng kerja dengan membeli-belah ketika waktu bekerja pada bulan Ramadan sekarang.Selain kompleks beli belah dan pasar raya,mereka mengunjungi bazar ramadan  berhampiran pejabat,dipercayai untuk persiapan Aidilfitri dan membeli juadah berbuka puasa.


JPA meminta ketua jabatan membuat pemantauan berterusan pergerakan pegawai dengan memastikan mereka mendapat kebenaran terlebih dulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja untuk sebarang urusan peribadi.


Perbuatan itu dikesan menerusi pemantauan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas sering menerima aduan orang ramai mengenai sikap kakitangan awam tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di tempat awam.

Perlu patuh waktu bertugas Dalam surat Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) JPA, Datuk Farida Mohd Ali kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan menyatakan walaupun jumlah pegawai awam yang berbuat demikian makin berkurangan, ketua jabatan perlu mengingatkan pegawai supaya mematuhi waktu bertugas.

Surat itu menyatakan kegagalan mematuhi waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974 dan Peraturan 24, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Baru-baru ini, JPA melakukan pemantauan terhadap pematuhan waktu bekerja penjawat awam di sekitar premis perniagaan, pasar raya dan pusat beli-belah yang berhampiran pejabat kerajaan dan mendapati masih ada segelintir penjawat awam tidak mematuhi perkara ini,” katanya. 
Surat bertarikh 30 Julai dengan tajuk perkara Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam, disiarkan dalam laman web rasmi JPA semalam, ditandatangani oleh Farida.

Sehubungan itu, JPA meminta ketua jabatan membuat pemantauan berterusan pergerakan pegawai dengan memastikan mereka mendapat kebenaran terlebih dulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja untuk sebarang urusan peribadi.

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, setiap pegawai atau anggota penjawat awam perlu mematuhi peraturan dan tidak mengambil kesempatan untuk pulang lebih awal daripada masa ditetapkan.

“CUEPACS difahamkan sepanjang Ramadan ini, segelintir jabatan membenarkan penjawat awam pulang pada jam 4.30 petang bagi membolehkan mereka membuat persiapan berbuka puasa,” katanya.



Sumber: BH 10 Ogos 2012
LA: Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Ingatlah kerja tu, amanh Allah pada kita,kalau da sampai curi tulang masa kerja,di mana berkatnya rezeki yang nak bagi kat keluarga dan anak-anak makan.??renung-renungkanlah.

Khamis, 9 Ogos 2012

Tema berbeza cabar kedaulatan negara


 Ketandusan idea dan politik sempit pembangkang hingga sanggup mempolitikkan tema kemerdekaan yang menjadi hak kerajaan memerintah menetapkannya.Keegoan pembangkang ini, menunjukkan mereka  cetek pemikiran dan tahap kematangan politik yang rendah.Secara tidak langsung mencabar kedaulatan negara.Sikap ini bertentangan dengan konsep negara Malaysia kerana sambutan hari bersejarah  itu sepatutnya bersifat nasional bukan kenegerian.
Kebiadapan  pembangkang ini , jelas menunjukkan salah dari segi etika dan patriotisme.Dan secara tidak langsung  membawa kepada perpecahan  kerana konsep merdeka membawa kepada penyatuan tetapi pembangkang memecahkan kesepaduan untuk kepentingan politik.Sepatutnya pembangkang meminta pendapat rakyat dan merujuk kepada rakyat bukannya menghasut rakyat mengenepikan semangat kemerdekaan.

Sumber: BH 9 Ogos 2012
LA: Semakin biadap sikap pembangkang ini.

Pelajar UNISEL kesal


Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib yang menimpa pelajar-pelajar UNISEL ,berikutan tindakan pihak pengurusan  yang gagal memaklumkan lebih awal kepada pelajar tarikh kuliah.Pelajar-pelajar rata-rata amat kesal  dengan sikap sambil lewa pihak pengurusan yang hanya menyusahkan mereka.Mereka hanya mengetahui perkara ini melalui Facebook universiti berkenaan , berkaitan tarikh pertukaran kuliah.
Sepatutnya hal sedemikian tidak berlaku kerana pihak universiti sedia maklum lebih awal tentang pertukaran tarikh tersebut. keadaan ini hanya menyusahkan pelajar-pelajar yang berasal dari luar Selangor termasuk, Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang kini berada di dalam dilema sama ada mahu pulang ke kampung halaman masing-masing ataupun menumpang rumah saudara mara atau rakan.Lebih kasihan kepada mereka yang berasal dariapda keluarga miskin kerana perlu menyediakan perbelanajan harian berikutan tempoh masa yang panjang sebelum kuliah bermula, tambahan pula, Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
Sebelum ini pelajar UNISEL kecewa tidak mendapat kemudahan asrama di Kampus Induk Bestari Jaya,Selangor menimbang untuk mengadakan demonstrasi.Nampaknya,nasib malang pelajar UNISEL masih tidak dapat pembelaan daripada kerajaan negeri.Takkan hal ni pun ,nak ada campur tangan dari kerajaaan Pusat. LA  tengok, dah makin kritikal keadaan di Selangor ni, arap rakyat Selangor segera bertindak dalam PRU 13 nanti.

Sumber: BH 9 Ogos 2012
 LA: Fikir-fikirlah wahai rakyat Selangor.

Wan Azizah digesa bertindak


Wan Azizah dan timbalannya,  Azmin Ali 
Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, diminta mengambil tindakan segera terhadap penyebaran beberapa keping gambar aksi seks didakwa mirip timbalannya, Mohamaed Azmin Ali pada Mei lalu. Bekas ketua Wanita PKR Pulaua Pinang, Aminah Abdullah,berkata sehingga ini tiada sebarang tindakan diambil parti itu berhubung penyebaran gambar itu.Cubaan Penasihat PKR ,Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes itu, melambangkan sikap hipokrit  pakatan pembangkang yang berdolak dalih apabila wujud skandal di kalangan mereka.
beberapa keping gambar lucah itu telah didedahkan oleh blog http: //papagomo.com dan scandalazminali.blogspots,com dan dapat dilihat oleh umum.

Sumber: BH 9 Ogos 2012
LA: Yang salah patut dihukum bukan dilindungi.Rakyat dah muak dengan lakonan pakatan pembangkang.

Loji Air Langat 2 diteruskan


Putrajaya: Projek Loji Rawatan Air Langat 2 tetap diteruskan walaupun kerajaan Selangor atau pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri pakatan pembangkang itu enggan memberi kelulusan pembangunan.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Air Selangor pada 2 Ogos lalu, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sekretariat jawatankuasa berkenaan, dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa asas selepas kerajaan Selangor sehingga kini tidak mengeluarkan kelulusan pembangunan bagi pelaksanaan projek berkenaan. 

Kapasiti pengeluaran terhad 

Antara asas yang diambil kira termasuk hakikat bahawa kapasiti pengeluaran air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang diluluskan Kerajaan Persekutuan hanya dapat menampung permintaan air sehingga 2016.

Selain itu, pembinaan komponen terowong dan muka sauk bagi menyalurkan air mentah dari Sungai Semantan, Pahang ke Hulu Langat sedang berjalan lancar dan dijangka siap pada 2014.

Pada masa sama, penangguhan pembinaan loji berkenaan dan sistem agihan air yang sepatutnya bermula pada 2010 akan menyebabkan keperluan menambah kapasiti air terawat menjelang 2014 tak dapat dipenuhi. 
RM606j belanja tambahan

Akibatnya, Kerajaan Persekutuan terpaksa mengeluarkan belanja tambahan sebanyak RM606 juta sebagai langkah mitigasi bagi mengelakkan berlakunya krisis air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Pelaksanaan Loji Rawatan Air Langat 2 adalah opsyen terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial supaya pengguna di tiga kawasan ini mendapat bekalan air yang mencukupi dan berterusan sehingga 2020. 

Keputusan ini adalah berdasarkan kajian yang dilaksanakan pada 2000 dan dipersetujui kerajaan Selangor di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) ketika itu, katanya.

Jawatankuasa berkenaan juga memutuskan kerajaan negeri Selangor boleh melaksanakan skim penstrukturan semula seperti mana yang dilaksanakan negeri lain, namun ia mesti mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, semua perjanjian konsesi air dan undang-undang yang berkuat kuasa. 

Keputusan itu selaras dengan pendirian Kerajaan Persekutuan yang tidak pernah menghalang kerajaan Selangor melaksanakan model penstrukturan yang dihasratkan.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu turut menegaskan tidak berhasrat campur tangan dalam usaha kerajaan negeri Selangor mengambil alih ekuiti syarikat konsesi di negeri itu kerana ia adalah transaksi komersial membabitkan dua pihak yang berkenaan saja.



LA: Utamakan kepentingan  rakyat dariapda kepentingan politik  sempit PKR.