Halaman

Khamis, 18 Oktober 2012

Pas anggap DAP lebih baik dari Umno

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa semalam dengan beraninya mengeluarkan kenyataan bahawa DAP lebih baik daripada Umno.

Husam pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, semasa penggulungan mengungkit penentangan terhadap Akta Darurat 1978 kepada Kelantan yang dibawa oleh seorang menteri kemudiannya disokong MCA.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor menegaskan, itu bermakna mereka memegang prinsip demokrasi, tetapi Umno yang kata parti tersebut satu bangsa dengan Pas, padahal Umno yang ‘makan’ Pas dulu.

"Lepas itu dia (Umno) kata kenapa Pas boleh baik dengan DAP, sebab DAP perangai lebih baik daripada kamu," katanya.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kerjasama Pas dan DAP menerusi Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya.

Sumber:Sinar Harian 
LA: PAS semakin taksub dengan DAP.Apa sahaja kata DAP akan di iakan .PAS betul-betul bodek DAP.

Rabu, 17 Oktober 2012

'Jangan laga-lagakan Pas dan DAP'

DAP mengulangi pendiriannya tidak pernah mengambil sikap anti-Islam kerana dasar yang terjalin sejak bekerjasama dengan Pas membuktikan perjuangan mereka adalah berdasarkan semangat yang berteraskan pada undang-undang negara.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, walaupun ada pihak mempertikaikan kerjasama yang Pas dan DAP, perkara itu tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka terus bekerjasama menghadapi Pilihan Raya 
Umum ke-13 (PRU13).
Isu DAP anti-Islam semula semalam susulan tulisan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang antara lain mendakwa  bahawa MCA sebagai anti-Islam.
Semangat kemuliaan hati ini sentiasa wujud antara Pas dan DAP jadi janganlah cuba melaga-lagakan DAP dan Pas pula," ujarnya.

Tambah beliau, setiap keputusan yang diambil dalam PR, mereka akan memastikan pimpinan semua parti dalam perikatan itu membincangkan perkara-perkara pokok secara adil dan telus.


Sumber: Sinar Harian 

LA: Kenapa PAS lebih sanggup bekerjasama dengan orang yang nak menghancurkan agama Islam, daripada bekerjasama dengan UMNO.Padahal PAS lebih tau ,yang patut diperangi kafir laknatullah bukan sesama Islam.

PR setuju Rapid Pengerang, tapi ditangguh

Pakatan Rakyat (PR) berkata pihaknya tidak menolak Projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia (Rapid) di Pengerang tetapi tidak mahu ia menjejaskan kepentingan rakyat dan mahu ditangguhkan buat sementara.
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tapak yang dijadikan kawasan Rapid itu bercanggah dengan prinsip-prinsip yang diputuskan PR.

Menurutnya, projek Rapid yang mengambil kawasan kampung tradisi dan rakyat dihalau tidak dipersetujui PR, tetapi ia boleh diteruskan di kawasan alternatif yang berdekatan.

Tambahnya,  projek tambak laut juga diteruskan sebelum diambil tanah rakyat, terutamanya nelayan menjadi mangsa dan mengalami kerugian besar serta PR tidak yakin dengan keputusan kajian alam sekitar.

"Kita pada dasarnya memang tidak menghalang projek pembangunan, tapi projek Rapid di Pengerang yang mengancam rakyat, kita tak setuju.

"Kita minta projek itu ditangguhkan bagi memenuhi keperluan pelbagai pihak supaya tidak membebankan rakyat," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PKR, hari ini.

Sebelum ini, Pas pernah menggesa kerajaan supaya mengubah projek Rapid itu di kawasan tanah kerajaan yang tidak jauh daripada 10 kampung tradisi di Pengerang.

Menurut Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, beliau meminta Menteri Besar Johor menyatakan mengapa projek itu perlu dijalankan di kampung tersebut.

Sementara itu, rakyat Pengerang turut mengadakan himpunan bantahan pada Sepetember lalu bagi membantah projek Rapid di kawasan kampung tradisi itu.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, kerajaan perlu menangguhkan projek tersebut terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah yang dituntut rakyat.

Katanya, "ini pejuang-pejuang Melayu yang nak musnahkan kampung Melayu ini, kenapa?"

Dalam pada itu, Salahuddin turut menyokong kenyataan Ketua Pembangkang itu dan menyatakan kerajaan perlu memikirkan hak rakyat yang tertindas ekoran projek tersebut


LA: PR ni macam sesumpah.,tak tetap pendirian>Sekejap ok dan sekejap tak.Tak faham sungguh dengan mereka ni.

Pas dakwa Umno 'menikus' depan MCA


 Pemuda Pas berkata pihaknya ada tiga bukti Umno terpaksa tunduk terhadap ugutan dan tindak tanduk MCA terutamanya dalam isu-isu berkenaan dengan Islam.

Ketuanya, Nasrudin Hassan mendakwa, pada 23 September 2011, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pernah menegaskan di hadapan media, jika Umno melaksanakan hudud, MCA akan keluar Barisan Nasional (BN).ekoran ugutan keras MCA itu, sehingga kini Umno terpaksa 'menikus' demi kepentingan survival politik mereka.

Nasrudin turut mempersoalkan mengapa Cho Ha mengemukakan pertanyaan sedemikian sedangkan dakwa beliau, pemimpin-pemimpin MCA, terutamanya dalam media milik mereka secara konsisten menegaskan  kepada  masyarakat bukan Islam bahawa undi untuk DAP adalah undi untuk hudud.Sehubungan itu, Nasrudin berpendapat, persoalan yang dikemukakan oleh Cho Ha itu tidak wajar dibangkitkan, sebaliknya apa yang pasti, MCA masih tegar menentang Islam.

Malahan, menurut Nasrudin, jika dituduh hilang akal pun, Umno masih tidak mampu membentak MCA apa lagi mengambil apa-apa tindakan berkesan ke atas parti komponen BN itu agar tidak biadab terhadap Islam serta penganutnya seperti menuduh hilang akal dan habis idea.

Sumber: Sinar Harian 17 Oct 2012
LA: PAS nak tutup bangkai sendiri,sebab tu alih fokus pada BN pula.PAS oh PAS.

Selasa, 16 Oktober 2012

Isu Soros jadi 'bumerang' buat BN, kata Pakatan

 Pakatan Rakyat (PR) mendakwa kenyataan dibuat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) mengenai George Soros,  sering berubah-ubah disebabkan agenda politik mereka dan bakal menjadi "bumerang" kepada perikatan itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada tahun 1997 dan 1998, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan Soros adalah penyangak mata wang, namun pada tahun 2006, Dr Mahathir menafikannya setelah pertemuan mereka diadakan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, pada 2012 kerajaan BN menimbulkan semula isu Soros dan mengaitkannya dengan PR yang menerima dana daripadanya serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin turut mengubah 'skrip' percakapannya mengenai Soros.

Mengulas lanjut, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub pula berkata, isu Soros yang dimainkan BN adalah untuk menjadikan bahan mengaitkan individu tertentu pada tahun 1990 yang terlibat dengan penyangak mata wang itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, isu Soros akhirnya menjadi 'bumerang', yang akan makan diri sendiri seperti yang dikatakan oleh Saifuddin, ahli Majlis Tertinggi Umno, baru-baru ini.


Sumber: Sinar Harian

LA: Nampaknya pembangkang semakin terdesak bila mana cuba mengaitkan Soros dengan BN pula.Dah kering idea sangat ke mereka ni!!

PEMBANGKANG SEMAKIN TERTEKAN...!!!

 Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tertekan dengan isu kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian beliau menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat
Pertikaman lidah turut berlaku antara Ahli Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan, antaranya Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading); Datuk Bung Mukhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) berhubung isu tersebut yang berlarutan selama setengah jam dan akhirnya membuatkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar bertindak menyuraikan pertikaman itu.

Memberi reaksi terhadap permintaan Nurul Izzah itu, Wan Junaidi berkata: "Tak payah ajar saya tugas saya. Biar saya jalankan tugas saya. Jangan desak saya."

Sejurus dewan reda seketika, Wan Junaidi kemudiannya membenarkan Juslie untuk menyatakan soalan tambahan berhubung isu sama.

Menjawab soalan terbabit, Anifah berkata, selagi BN berkuasa, kerajaan tidak akan sekali-kali mengizinkan perbuatan terkutuk dan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas rakyat Palestin.

"Kenapa Ketua Pembangkang pentingkan keselamatan Israel? Apa yang penting, bagi kita adalah keselamatan Palestin. Kita lebih pentingkan keselamatan Palestin," tegasnya.

Selain itu, pembangkang juga tertekan dengan janji-janji pembangkang pada PRU12 yang masih belum ditunaikan padahal PRU13 semakin hampir. Perubahan yang dibawa oleh UMNO sudah lama.namun ia nampak atau tidak.Apabila rakyat mula sedar kemungkaran pembangkang dan kebaikan kerajaan barulah mereka buka mata.

Sumber: Sinar Harian 16 oct 2012.

Salahuddin: Pas tidak goyah diserang bertubi-tubi

Pas tidak akan goyah mahupun terjejas meskipun berhadapan dengan serangan bertubi-tubi daripada bekas ahlidan pemimpin, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.  Salahuddin menegaskan, walaupun ramai yang masuk dan meninggalkan parti itu, kemudian muncul dengan pelbagai dakwaan tidak berasas,ia tidak mengubah apa-apa dalam Pas sebaliknya hanya merugikan individu berkenaan.
Sementara bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan susulan tindakannya mempertahankan kerjasama di antara Pas dan DAP.

Hasan kemudian meminta tempat Nik Aziz digantikan dengan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.
Salahuddin berkata, kritikan mereka yang meninggalkan parti itu sama ada melibatkan dasar atau hala tuju parti, tidak mendatangkan kesan atau mencacatkan rekod parti itu

Sumber : Sinar Harian 

LA: Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.