Halaman

Isnin, 22 Oktober 2012

Hudud: MCA bangkang kerana DAP, kata Perkasa


Perkasa mendakwa isu hudud yang dilaporkan berhadapan dengan tentangan MCA sejak kebelakangan ini berpunca daripada pendirian DAP yang mempertikaikan isu itu.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, MCA terpaksa bercakap mengenai isu hudud disebabkan mahu mengekalkan undi dan sokongan kaum Cina.
"MCA lebih bangkitkan perkara sensitif ini disebabkan DAP, ini semua politik, ini semua mainan politik," katanya lagi.
Dalam pada itu, Ibrahim juga berkata, pihaknya memohon  perkenan Majlis Raja-raja Melayu supaya lebih banyak program diadakan bagi menyediakan ruang kepada Raja-raja Melayu mendekati rakyat demi mendaulatkan semula institusi diraja.
Tambah beliau, "saya sebagai Presiden Perkasa akan memperkasa dan mempertahankan institusi diraja yang kini dilihat makin goyah dengan perubahan politik dunia."



Hudud: MCA nafi kawal Umno


MCA menafikan parti itu 'mengawal' Umno terutamanya dalam membuat keputusan tentang pelaksanaan hukum hudud di negara itu seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan baru-baru ini.
Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, kenyataan tersebut hanyalah pandangan tipikal Nasrudin dan beliau mengulangi ketegasannya supaya isu hudud tidak dipolitikkan.
Nasrudin turut menyatakan kebimbangan kenyataan Soi Lek yang mengatakan bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.
Sementara itu, tambah Soi Lek, Pas hanya bercakap kosong tentang pelaksanaan hudud sedangkan beliau mengulas perkara itu berdasarkan fakta.
Sebagai pemimpin di sebuah negara yang demokratik, tidak ada sesiapa yang wajar memonopoli apa-apa isu dan sewajarnya kita sama-sama menyumbang untuk memberi penjelasan kepada rakyat," katanya.

LA: Banyak lagi yang boleh dibincangkan oleh Pas mengenai kebajikan rakyat daripada terus terusan bercakap mengenai hudud sahaja.Selesaikan lah dulu isu pembangunan di Kelantan tu.



Jumaat, 19 Oktober 2012

Nazri: Pembangkang juga dapat sumbangan politik


Pembangkang tidak seharusnya mempertikai Umno Sabah mendapat sumbangan luar untuk kegiatan politik, sedangkan DAP sendiri mendapat wang kira-kira RM3.5 juta daripada penyokong setianya untuk membina bangunan baharu di Pulau Pinang,  kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, tiada halangan mahupun menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak termasuk pembangkang menerima sumbangan dan wang bagi kegiatan politik.


Dana itu ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

LA: Mengata dulang paku serpih,mengata orang DAP yang lebih.DAP cuba untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap UMNO Sabah pula.Kotor sungguh taktik DAP ni.

DAP: Dana RM40 juta Umno Sabah ragukan

DAP hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri menjalankan siasatan terhadap sumbangan RM40 juta yang didakwa diterima oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kerana statusnya meragukan meskipun ia dikatakan sebagai sumbangan politik sah.

Pemimpin pusat DAP, Tan Kok Wai berkata, jawapan yang diberi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat pagi ini mengenai sumbangan diterima Musa tidak munasabah dan perlu disiasat oleh SPRM sendiri, bukannya diserahkan kepada pihak berkuasa antirasuah Hong Kong.


"Walaupun wang itu diberi 'restu' oleh Perdana Menteri, tapi statusnya meragukan, SPRM perlu menjalankan tanggungjawabnya, jangan lepas tangan kepada pihak Suruhanjaya Bebas Antirasuah (ICAC) Hong Kong sahaja.

"Ini jelas menunjukkan SPRM tidak memainkan peranannya, SPRM tidak menyiasat kes RM40 juta dan Perdana Menteri yang bagi perlindungan kepada Ketua Menteri Sabah," kata Kok Wai pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, DAP akan mengumumkan jumlah dana yang diperolehi pihaknya bagi membina bangunan parti itu di Pulau Pinang, yang menelan belanja RM2.2 juta, sekiranya BN turut berbuat demikian.

"Kita tak sembunyikan wang diperolehi, kita memang kutip derma secara terang, tak ada nak sembunyi.


Sumber: Sinar Harian

LA: DAP cakap tak serupa bikin.DAP pun sama dapat dana asing.DAP lagi tak tulus dan telus

Bajet 2013 tidak dikritik pakar

Kerajaan tidak pernah menerima sebarang kritikan atau komen negatif daripada pakar antarabangsa sejak membentangkan Bajet 2013 di Parlimen 28 September lalu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini membuktikan bahawa bajet itu mempunyai kredibiliti dan bertanggungjawab.


Menurut Perdana Menteri, undi atau politik bukan keutamaan dalam pembentangan bajet oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana yang diberikan perhatian ialah soal keperluan semua lapisan masyarakat berteraskan prinsip keadilan sosial, bersifat inklusif serta lengkap.

Katanya, pembangkang menghasut rakyat agar membenci kerajaan, namun demokrasi bukan berkisar soal kebencian sebaliknya mengenai agenda siapa lebih baik dan ia memberi keyakinan kepada BN untuk meneruskan matlamat membangunkan negara serta rakyat.

Najib menjelaskan, agenda BN membangunkan negara untuk memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat adalah lebih unggul daripada apa yang dikemukakan pembangkang yang tidak mempunyai pengalaman, rekod serta turut gagal membuktikan pakatan mereka lebih utuh.


LA: 55 tahun  BN menerajui negara, malah telah mendapat pengiktirafan dari kuasa luar, tidakkah rakyat masih hendak menidakkan lagi keupayaan BN.Bodohlah kalau rakyat boleh tertipu dengan pembangkang yang tidka penah sekali pun memerintah negara.Tak cukup lagi ke bukti yang BN dah bagi ni.

Khamis, 18 Oktober 2012

Ada Berani Lawan DAP Untuk Islamkan Iklan Separuh Bogel Di Kedah?


Lee Guan Aik, Pengerusi DAP Kedah telah menyatakan dengan tegas bahawa pihak dan partinya akan menentang usaha-usaha Dewan Bandaraya Alor Star untuk menguatkuasakan garis panduan iklan di seluruh Kedah, terutama yang membabitkan model wanita separuh bogel  yang sekarang ini bagaikan satu fenomena di Kedah, khususnya di Alor Star.
Menurut Pengerusi DAP Kedah itu lagi, partinya akan menentang sebarang undang-undang yang berunsur Islam di Kedah sekiranya, itulah yang cuba dilakukan oleh PAS Kedah bagi mendapatkan undi serta pengaruh di kalangan pengundi-pengundi di seluruh Kedah yang bermajoritikan Melayu-Islam.
Sebelum ini, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Star, Datuk Mat Noh mengulas garis panduan pemasangan papan iklan berhubung penggunaan bahasa, lanskap dan pakaian model iklan. Antara lain, garis panduan berkenaan menekankan tentang model  yang tidak boleh memperagakan pakaian menjolok mata dan perlu menutup aurat bagi model beragama Islam.
Lebih menarik lagi ialah apabila Lee Guan Aik menyatakan, MPKS sebelum menggubal apa-apa peraturan, memerlukan KEIZINAN DARIPADA AHLI-AHLI MAJLIS dari DAP terlebih dahulu. Tanpa persetujuan, sebarang penggubalan peraturan tidak boleh dilakukan oleh MPKS.
Apa lagi agaknya yang akan dikatakan oleh para penyokong DAP yang berpakaian PAS di Kedah? Adakah mereka akan mendakwa tentangan yang diberikan oleh DAP Kedah itu jauh lebih baik daripada usaha-usaha UMNO yang cuba mencari jalan tengah dengan PAS Kedah?Tunggu apa kta MB Kedah?mengapa diam menikus pula?Takut ke kenyataan PAS Kedah akan mengguris hati Kawan baiknya itu.Sedarlah wahai Pas,DAP sedang memijak-mijak anda.

LA:Sudah terang-terangan yang DAP memang tidak boleh bekerjasama dengan PAS.Hnaya PAS sahaja yang tidak sedar diri.Bukalah mata wahai tok-tok lebai sekalian!!

Pemuda UMNO Kedah tegur Keng Liang

UMNO parti yang tidak menegakkan benang yang basah, yang salah tetap salah dan akan  ditegur walaupun kawan sendiri.Bukan seperti PAS yang selalu mempertahaankan DAP. Ini berikutan tindakan Pemuda Umno Kedah yang menegur Ketua Pemuda Gerakan negeri ,Tan Keng Liang kerana membuat kenyataan yang tidak tepat berkaitan agama Islam,.
Naib Ketua Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat berkata, perkara yang berkaitan dengan agama Islam wajar dibawa berbincang atau sebaik-baiknya janganlah mereka yang bukan Islam membuat kenyataan kerana ini boleh menyentuh sensitiviti perbezaan agama. Walaupun tujuan Keng Liang mahu mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri Kedah berkaitan isu garis panduan pakaiana model dalam iklan .
Dalam isu sangkutan dengan hukum -hakam agama Islam, bukan sahaja Keng Liang ataupun pemimpin Gerakan tetapi mana-mana ahli politik yang bukan Islam dalam BN atau Paktan Rakyat tidak boleh dibiarkan sewenang-wenangya mebuat kenyataan, kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sekanrang lebih jelas ,siapa yang betul-betul mempertahankan agama Islam Umno atau PAS.PAS menikus bila mana DAP memperkotak katikkan agama Islam tetapi Umno sebaliknya.

LA:Jangan campur adukan kepentingan politik dengan agama.Dua perkara yang berbeza.Kalau PAS betul-betul berjuang atas agama Allah, PAS patut lebih tegas dengan DAP yang terang-terangan memperlekehkan agama Islam sewenang-wenangnya.