Halaman

Selasa, 8 Januari 2013

DAP sengaja mencabar umat Islam di Malaysia!!

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Umat Islam di Malaysia tidak pernah mempersoalkan hak pihak Gereja untuk menggunakan kalimah 'Allah'. Penggunaan Allah sebagai merujuk kepada tuhan diperakui telah diamalkan oleh gereja di sebelah Malaysia Timor.

Pihak gereja dan pertubuhan Kristian mempunyai niat licik dalam menuntut penggunaan istilah Allah. Walaupun penganut Kristian berbangsa Arab menggunakan istilah itu, ramai pendita Kristian berpendapat penggunaan kalimah Islam untuk amalan Kristian adalah bersalahan. Andak berpendapat tujuan mereka, tidak lain dan tidak bukan, untuk mengelirukan dan memurtadkan umat Islam yang kurang pengetahuan agama di Malaysia.


Ini adalah melanggar peruntukan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan dalam hal kebebasan beragama.

Penggunaan kalimah 'Allah' memang jelas adalah strategi mubaligh Kristian untuk memurtadkan umat Islam.

PAS cuba pertahan amanat


PAS yang mempertahankan Amanat Hadi, kini menerbitkan buku bagi menyokong amanat berkenaan. 

Buku yang diterbitkan oleh Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dan dijual pada harga RM4 senaskah, mempertahankan amanat Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang dibuat pada 1981. Buku yang baru dijual sejak seminggu lalu itu dikatakan mendapat sambutan daripada ahli PAS. 


Penceramah bebas, Zulkifli Mohamed, 49, bimbang penjualan buku itu akan menambahkan lagi kekeliruan di kalangan orang ramai berhubung dengan isu politik yang disamakan dengan agama. 

Apabila dijual di tempat terbuka dan harga yang rendah, maka orang ramai akan membeli, sekali gus menguatkan lagi anggapan mereka terhadap kebenaran amanat berkenaan. 


Pas saja bermain dengan api apabila masih menghangatkan lagi mengenai isu amanat.Nampaknya kerajaan perlu ambil tindakan yang tegas pada Pas.

Isnin, 7 Januari 2013

HIMPUN rancang perhimpunan di Pulau Pinang


Himpunan Pertubuhan Islam (HIMPUN) merancang meneruskan jelajah himpunan raksaksa sejuta umat yang ke-4 - kali ini di Pulau Pinang.

Berikutan itu, pengerusi jawatankuasa hubungan media HIMPUN, Mansor Ibrahim berkata, satu sidang akhbar akan diadakan Ahad ini mengenai butiran lanjut perhimpunan tersebut.

Perhimpunan itu, katanya, diadakan untuk memperkasakan Islam, mempertahankan artikel 153 perlembagaan, selamatkan akidah, cegah murtad dan jenayah homoseks serta menghapuskan usaha gerakan menegakkan kerajaan Kristian.

Menurut Mansor, HIMPUN disokong  oleh NGO-Ngo  Melayu/Islam dan lain-lain penyokong seperti pimpinan parti politik yang prihatin akan ancaman gerakan Kristian terhadap umat Islam.

Sebelum ini, HIMPUN telah mengadakan perhimpunan di Selangor, Perak dan di Negeri Sembilan.

Menurut pihak penganjur, himpunan sejuta umat di Pulau Pinang itu adalah untuk memperkasakan Islam, mempertahankan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, menyelamatkan akidah dan mencegah murtad dan homosek.

LA: Perlembagaan yang telah termaktub memang tidak boleh diusik oleh sesiapa.Dan sesiapa yang mempertikaikan terutama kaum pendatang harus dihukum.

‘Kanang Bukan Hero Sebenar' tuduh pembangkang


Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Dr James Jemut Masing memberitahu, tindakan pembangkang yang seolah-olah mempersoalkan jasa dan pengorbanan pahlawan terulung negara amat hina.
“Datuk Kanang berhak menerima pengiktirafan negara atas jasa dan pengorbanannya dalam menentang komunis di Malaysia supaya kita dapat hidup dengan aman.
“Sesiapa yang beranggapan Kanang tidak berhak menerima penghargaan sedemikian seperti pihak pembangkang, adalah pengkhianat kepada semua wira negara yang bertarung nyawa agar warga Malaysia mampu hidup dengan aman,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.
Karim Rahman Hamzah pula menyifatkan penulis blog berkenaan seorang pengkhianat.
Tambahnya, blogger itu juga merupakan individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengerti sejarah.
“Jangan komen sembarangan kerana dalam keadaan keluarga dan negara bersedih dengan pemergian seorang perwira negara, ada penulis dan blogger yang tidak tahu hujung pangkal sejarah memberi komen yang boleh menyakitkan hati dan mempersoalkan kesahihan pengorbanan Kanang.
“Jasa dan pengorbanan Kanang tidak dapat dipersoal dan dibanding dengan yang lain. Beliau seseorang yang telah dianugerahkan dua Pingat Tertinggi Keberanian Negara,” katanya.
Manakala menurut Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof, perkara itu tidak mengejutkan kerana sememangnya dasar pembangkang memang tidak menghargai jasa mereka yang telah banyak menyumbang kepada negara.
“Hero dikatakan bukan hero dan bukan hero dikatakan hero… itulah yang mereka agungkan malah kerajaan yang telah membangunkan negara dari segenap bidang pun dikatakan kerajaan yang zalim.

Pemimpin PAS tak sekata


Isu kalimah Allah: Dewan Ulama bercanggah pendapat dengan Mat Sabu

 Dewan Ulama PAS tetap berpendirian bahawa penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam, sekali gus bercanggah dengan pandangan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu. 
Pendirian itu juga bertentangan dengan pandangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain ketika berdialog di sebuah gereja di Prai, Pulau Pinang, dua tahun lalu.

Pendirian saya adalah sama seperti dulu iaitu penggunaan kalimah Allah adalah khusus untuk umat Islam,” Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS
 Khusus untuk umat Islam Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, menegaskan agama lain termasuk Kristian tidak berhak menggunakan kalimah itu, apatah lagi dalam Bible versi bahasa Melayu.
Harun juga mengakui isu penggunaan kalimah Allah bukan lagi isu politik, tetapi membabitkan akidah umat Islam. 
Harakah sebelum ini melaporkan Mohamad Sabu menyokong penggunaan kalimah Allah secara umum oleh penganut agama lain.


Ditanya mengenai pandangan pemimpin PAS yang menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama lain, termasuk Mohamad Sabu, Harun berkata, mungkin mereka merasa lebih tinggi dari kepemimpinan ulama dalam parti.

Sebelum ini, Harun pernah dilaporkan berkata, kalimah Allah hanya untuk Tuhan umat Islam, manakala dalam Kristian terdapat Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan roh kudus, selain Nabi Isa disebut sebagai anak Tuhan.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mendesak Majlis Syura Ulama PAS menetapkan pendiriannya berhubung isu kalimah Allah bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam.

Mohamed Hafiz berkata, tindakan beberapa pihak, termasuk Mohamad Sabu dan Mujahid yang bukan pakar agama tetapi mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu hanya mengeruhkan keadaan dan mengelirukan.

LA: PAS jangan mudah memperlekehkan isu ini.Ini bukan isu politik,tapi membabitkan akidah dan isu sensitif  iaitu isu agama Islam.

Rabu, 2 Januari 2013

TV PAS Boikot Abdul Hadi Awang?


SUDAH diludah, kini PAS bersahaja menjilat kembali ludahnya apabila Presidennya, Abdul Hadi Awang beriya-iya mahu “glamour”kan dirinya dengan satu slot siaran langsung di RTM1, RTM2 dan TV3 untuk menjelaskan “dosa”nya mengenai amanat “sesat” 1981.
Terkini, Abdul Hadi berkata bahawa dia memerlukan selama satu jam untuk bersiaran langsung di media-media arus perdana itu bagi menjelaskan amanatnya yang mengkafirkan umat Islam yang menyokong UMNO.
Hadi mendesak agar Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim agar membenarkan “muka tak seberapa hensem”nya itu untuk dilihat berucap di kaca televisyen untuk tontonan seluruh negara di waktu puncak.
Persoalannya, bukankah pada muktamar yang lepas PAS begitu bongkak menganjurkan agar seluruh komrad-komradnya untuk memboikot media-media arus perdana seperti RTM1, RTM2, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa media yang kononnya tidak menyebelahi PAS?
Jadi, apa perlunya kini Hadi “menjilat” kembali “kahak hijau” yang “diludah” PAS pada muktamar tersebut? Mahu satu slot selama satu jam khas diberikan padanya di media-media yang diboikot PAS? Tak malu, kah?
Lagipun, saya yakin bahawa PAS kini memiliki “stesen TV”nya sendiri iaitu “TV PAS”. Apakah TV PAS itu belum cukup berpengaruh untuk digunakan bagi memperjelaskan amanat sesatnya itu?
Apa yang perlu ialah keikhlasan Hadi untuk membersihkan kekeruhan yang dilakukan puluhan tahun lalu dan bersedia untuk menanggung dosanya jika permohonan maafnya itu tidak dimaafkan oleh umat Islam di negara ini.

KERAJAAN KEDAH GAGAL TARIK PELABUR

Kerajaan Pusat mungkin mengambil alih tugas mempromosi negeri ini kepada pelabur luar dan tempatan kerana Kerajaan Pas Kedah didapati tidak serius melakukan usaha bagi menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, ini kerana jumlah kelulusan untuk projek-projek perkilangan bagi negeri Kedah dari Januari sehingga November tahun lalu didapati mencatatkan penurunan.
"Dari Januari sehingga November tahun lalu, jumlah kelulusan untuk projek perkilangan pelaburan asing dan tempatan di Kedah hanya RM1.577 bilion berbanding RM1.96 bilion pada 2010.
Menurutnya, sepanjang Januari hingga Oktober 2011, antara pelabur asing terbesar di negeri ini ialah Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. yang terlibat dalam sektor elektrik dan elektronik dengan nilai pelaburan semula sebanyak RM200 juta.
Selain itu, katanya, Nichias FGS Sdn. Bhd. juga menjadi pelabur asing kedua terbesar di negeri ini dengan pelaburan semula RM143 juta dan Celestica (M) Sdn. Bhd. dengan pelaburan semula RM130 juta.
Jelas Mukhriz, pihaknya akan terus menjalankan usaha dan promosi untuk menjadikan negeri ini sebagai salah satu negeri yang menjadi tumpuan pelabur.
"Sekarang ini antara negeri yang menjadi tumpuan pelabur ialah Sarawak, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
"Antara faktor yang menjadi penarik pelabur untuk melabur di sesebuah negeri ialah kemudahan prasarana yang baik dan sumber manusia yang mudah diperoleh. Saya yakin negeri ini akan menjadi tumpuan pelabur jika kemudahan prasarana itu dibaiki," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau juga meminta para pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negeri ini untuk mendaftar dengan Matrade bagi membolehkan mereka mendapat manfaat serta bantuan berkaitan.
"Banyak pengusaha yang belum mendaftar dengan Matrade, jadi kita minta mereka daftar segera agar kami boleh membantu membawa produk mereka menembusi pasaran luar negara," tambahnya.

Apa dah jadi,patut PAS kena tunjukkan kewibawaan untuk memimpin Kedah..Tapi PAS Kedah mempersia-siakn peluang yang rakayt dah berikan pada mereka.