Halaman

Isnin, 21 Januari 2013

PAS tak ikhlas terhadap PKR


Apakah PKR akan menyokong Pas? Rasanya dari gerak-geri PKR sekarang, jelas menunjukkan bahawa “telur” Anwar sedang digenggam kemas oleh para pemimpin DAP, termasuk Karpal yang banyak menyimpan rahsia “gelap” Ketua Umum PKR itu.
Nampaknya “pi mai pi mai tang tu” juga. Pas takkan dapat merealisasikan perlaksanaan hukum hudud itu walau apa jua cara pun.
DAP takkan rela melaksanakan hudud sampai kiamat. PKR pula akan terus “digenggam telurnya” oleh DAP dan Pas pula akan terus “dikeldaikan” sehina-hinanya. Agak memalukan bagi Pas, namun tulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh pak-pak lebai Pas itu…

Sikap sebenar DAP terdedah!

Wayang politik ini tidak menjadi. Tunku Aziz menyertai DAP kerana beliau percaya pada konsep ketelusan, keadilan dan kerukunan. Apabila beliau dapati DAP lebih cenderung menggunakan pendekatan pilihanraya jalanan atau tunjuk perasaan seperti Bersih 3.0, beliau meninggalkan DAP.

Sejak itu, banyak sisi watak sebenar parti itu dihamburkannya kepada umum. Kisah betapa ada pemimpin DAP yang cuba menyogoknya supaya jangan meninggalkan parti itu, kecenderungan DAP memperjuangkan masalah dan isu kepentingan orang Cina sahaja didedahkannya.

DAP marah dan kecewa

DAP marah dan kecewa. Strategi menggambarkan DAP sebagai parti berbilang kaum gagal. Jari dituding kepada Tunku Aziz. Perwakilan DAP dapat membaca mesej ini dan pada 15 Disember semalam dengan bertindak memastikan tiada calon Melayu menang dalam pemilihan Pusat DAP.
 
Mesej Kongres DAP kali ini bukan dialamatkan kepada ahli DAP sahaja. Ia meliputi sesiapa sahaja yang mahu berbaik dengannya, termasuk PAS dan PKR. Dalam hal ini PAS lebih dahulu mengalami betapa besarnya ego parti dominasi Cina ini.

DAP kerap menegur teras perjuangan PAS yang mengaku memperjuangkan Islam. Setiap kali ditegur, PAS kelihatan seolah mengalah. Isu hudud dan soal pelaksanaan kawalan akhlak rakyat memperlihatkan sikap lembut PAS yang menggunakan alasan ia ada strategi dan keperluan lebih besar berkawan dengan DAP.

Anwar amat memerlukan penegasan DAP dalam isu perdana menteri. Beliau mahu “menekan” PAS supaya mengubah pendiriannya mahu meletakkan presiden mereka Datuk Seri Haji Hadi Awang menjadi perdana menteri jika Pakatan menang.

Anwar khuatir jika PAS berterusan mengimpikan Hadi menjadi perdana menteri, pengundi Cina akan tidak mahu menyokong Pakatan Rakyat. Buat apa mereka menyokong calon PAS jika itu akan memperbesar peluang kemenangan PAS dan menipiskan peluang Anwar menjadi perdana menteri.

Jika Anwar jadi perdana menteri, sudah tentu lebih mudah DAP mencapai matlamat politiknya – menguasai Malaysia.

Kongres DAP kali ini banyak mencerahkan suluhan politik di Malaysia hari ini. Misalnya, isu mengapa PAS tiba-tiba bertukar arah dan tidak mahu Anwar menjadi perdana menteri?

Mungkin ada pemimpin PAS menganggap Anwar terlalu liberal. Anwar mungkin dilihat tidak ikhlas menyokong perjuangan Islam PAS. Sikap Anwar dalam isu hudud merisaukan PAS.

Meskipun pada satu ketika PAS “naik berang” dan berani mengucapkan ia bersedia melaksanakan tuntutan Islam sama ada DAP bersetuju atau tidak, Anwar memilih untuk terus mengampu DAP.

Maka PAS pun mengumpul kekuatan dan mengerah semangat untuk menyatakan sikap sebenar mereka dalam Muktamar mereka bulan lalu. Mereka mahu Hadi jadi perdana bukan Anwar.

Kini ternyata ahli akar umbi DAP bersifat pendendam. Marahkan Tunku Aziz, semua Melayu diketepikan daripada barisan pimpinannya. Amaran DAP ini jelas berlegar di minda politik Anwar.

Pas bidas Karpal Singh isu hudud


Dewan Pemuda Pas Malaysia hari ini membidas tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu pelaksanaan hudud jika pakatan pembangkang memerintah negara.
Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Al Hiss mendakwa tindakan Karpal Singh amat tidak wajar sekali dalam menyatakan pandangan secara terbuka terhadap Abdul Hadi yang merupakan pemimpin sebuah parti politik Islam di negara ini.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata sebagai Presiden Pas dan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang, Abdul Hadi berhak dan wajar mengeluarkan kenyataan berhubung apa jua dasar perjuangan Pas.
Raja Ahmad berkata Pas sentiasa menghormati pandangan dan kenyataan pemimpin DAP serta prinsip perjuangan parti itu, dan berharap perkara yang sama turut dilakukan oleh Karpal Singh terhadap prinsip Pas. - BERNAMA


 Bila "kawan baik" sendiri tikam kawan baik.Apalah nak jadi dengan PAS-DAP ..Jom gelak ramai-ramai.hehe

'Usah bersikap provokasi'

Rakyat diingatkan supaya tidak bertindak secara provokasi yang boleh menimbulkan perbezaan pendapat hingga menggugat keamanan yang dikecapi negara pada masa ini. 

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, berkata sebarang kekeliruan yang timbul perlu diselesaikan secara muafakat bagi menjamin keamanan dengan menjadikan peristiwa yang berlaku di negara lain sebagai teladan. 

Seluruh rakyat perlu berusaha memelihara keamanan yang kita nikmati supaya ia terus berkekalan. Saya harap tidak ada pihak mengambil tindakan provokasi yang boleh menimbulkan perbezaan pendapat dan sentimen perkauman. 

Bersyukurlah kita hi dup dalam negara yang aman damai.Jangan pula kerana ada untuk kepentingan diri sendiri ada yang sanggup menghancurkan negara yang aman damai ini.

Jumaat, 18 Januari 2013

Pembangkang jual ubat tak laku

Pembangkang yang dasar dan hala tujunya bersandarkan semata-mata untuk tumbangkan kerajaan BN, menanam rasa benci pada BN dan menguasai Putrajaya.Rakyat harus berhati-hati dan jangan mudah termakan janji manis ditaburkan pemimpin parti pembangkang kerana mereka sebenarnya hanya mahukan undi dan meraih simpati rakyat.
Pemimpin pembangkang yang hanya petah bercakap dan pandai menabur janji kosong tetapi tidak mampu menunaikan apa yang mereka janjikan kepada rakyat. Walaupun mereka petah bercakap tetapi pilihan raya ini bukan soal orang petah bercakap. Kalau kita nak pilih orang petah bercakap, kita pilih orang jual ubat di tepi jalan.
Bila dia jual ubat, dia kata ubat ini boleh sembuh, kalau demam boleh hilang demam, kalau sakit badan, sengal-sengal badan boleh hilang sengal badan. Itu akan jadi modal dia untuk jual ubat.. pada dia soal sama ada ubat itu benar-benar boleh sembuhkan penyakit bukan masalah besar buatnya, asalkan kita beli ubat…itu saja tujuannya.
Jadi fikir-fikirlah wahai rakyat sekalian sebelum memilih kerajaan yang akan memerintah.nak ke ,negara kita diperintah oleh tukang ubat??sanggup tengok rakyat dan negara kita diperintah oleh orang yang hanya nak menghancurkan Malaysia?Kerajaan ni seperti bini kita,nak pilih bini,bukan boleh main tarah je,kena pilih yang terbaik di antara yang baik.Samalah seperti pilih kerajaan.Pilihlah yang boleh beri manfaat pada kita,bukan yang menyusahkan  kita.

Isu Air: MB Kedah dalam dilema


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaannya enggan membayar jumlah tersebut manakala Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berkata, bekalan air mentah itu tidak perlu dibayar kerana air adalah ‘anugerah Tuhan’.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata,berdasarkan enakmen tersebut mana-mana sahaja pihak yang menggunakan bekalan air mentah dari punca kawasan tadahan air hujan dikenakan bayaran.

Caj tersebut ialah tiga sen setiap kubik meter bagi menampung kos perbelanjaan, operasi dan memulihara kawasan tadahan air hujan serta sumber air negeri ini.

Azizan dalam dilema berkenaan isu ini.Sama-samalha kita lihat apa keputusan yang akan dibuat oleh Menteri Besar kedah ini.Jangan jadikan Kedah mangsa seperti Selangor sudahlah. Menderitalah rakyat Kedah nanti.Tapi nak buat macam mana ,dah rakyat Kedah yang pilih Pas kan.Jadi tanggung je lah natijahnya.


Azmin sokong Kristian , tolak Pas!


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini menolak keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan menegaskan PKR berpegang pada pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 8 Januari lalu yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu. 

“Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan dan apa yang di putuskan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya, ” tegasnya.


“TETAPI KEPUTUSAN MAJLIS SYURAH HANYA TERPAKAI UNTUK AHLI-AHLI PAS SAHAJA" 

Kenyataan terbaru Azmin yang dianggap mewakili kenyataan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bercanggah dengan kenyataan Dewan Ulama PAS.


Apabila orang Islam sendiri yang buat kenyataan seperti ini,nampak sangat seperti terdesak untuk meraih sokongan bukan Islam.Apa nak jadi dengan Azmin,bawalah bertaubat.Jangan memperlekehkan isu kalimah Allah ini.