Halaman

Selasa, 18 Jun 2013

Tindakan Anwar tidak wajar



Tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadu tentang ‘kecurangan’ PRU13 kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla (JK) merupakan tindakan yang tidak wajar.

Menurut Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, tindakan Anwar tersebut hanya memperlihatkan ketidakmatangan beliau dalam berpolitik.


Anwar dilaporakan telah bertemu SBY dua hari lalu di Bali.

"Saya beritahu Presiden bahawa isu kecurangan belum selesai, tidak boleh dibiarkan begitu saja," dakwa Anwar.

Anwar berkata, SBY turut mengucapkan terima kasih kepadanya atas penjelasan mengenai perkembangan dalam pilihan raya di negara ini.

Sementara itu menurut pensyarah Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Fuad Mat Jali, tindakan Anwar ini merupakan tindakan yang kurang bijak yang dilakukan oleh ahli politik berpengalaman sepertinya.

“Bagi saya ini merupakan tindakan yang kurang bijak dan sangat tidak wajar,” katanya.

“Bagi saya mereka hanya mendengar sahaja, kerana kita sendiri tidak pernah masuk campur dalam urusan mereka. Oleh itu saya cadangkan Anwar menggunakan Parlimen yang akan bersidang ini untuk “mengadu” perkara ini,” katanya.


“Anwar seharusnya memberhentikan perkara ini, masanya telah tiba untuk Anwar mengatur strategi bagi memperkasakan barisan pembangkang.

"Dengan cara ini saya rasa PRU14 nanti, mungkin PR akan lebih berjaya,” katanya.

Apalah di bedebah nie, ada saja cara nak malukan Malaysia.Dia ni memang kemaruk sangat nak jadi perdana menteri.tu yang sampai jadi cmni.Kesian kat orang sakit ni.


TPP: Kerajaan tidak perlu berahsia

Muka depan
MUNGKIN tidak ramai yang tahu pada ketika ini, satu rundingan perdagangan bebas (FTA) dinamakan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sedang diadakan antara Malaysia dan 10 negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS).

Perjanjian yang didakwa dijalankan penuh rahsia itu dijangka akan ditandatangani Oktober depan, dengan kehadiran Presiden AS Barack Obama di salah sebuah negara Asean.

Namun, terlalu sedikit maklumat diketahui mengenai rundingan yang telah berjalan selama 24 bulan dan hampir memasuki peringkat akhir itu.

Menurut beberapa badan bukan kerajaan (NGO), maklumat rundingan TPP bukan sahaja tidak didedahkan kepada rakyat tetapi ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan isu ini untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.


TPP: adalah perjanjian perdagangan bebas dengan matlamat dapat meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara negara peserta,menggalakkan inovasi dan pembangunan ekonomi serta menyokong penghasilan peluang pekerjaan.

Diharap pihak MiTi dan kerajaan dapat memberi penjelasan kepada rakyat.Jangan buat rakyat keliru dan terpengaruh dengan anasir-anasir luar.

Isnin, 17 Jun 2013

Hak pengguna air Selangor VS hak pemegang konsesi air ...mana lagi penting??

 Kerajaan negeri dinasihatkan agar mengutamakan hak pengguna air di Selangor berbanding pemegang konsesi air.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr Jacob George berkata, pemegang konsesi air di Selangor tidak penting sebaliknya hak pengguna diutamakan.

“Siapa ambil atau urus air tidak penting, asalkan masalah dan bebanan pengguna air di Selangor dapat di selesaikan.
Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa surat yang dikirimkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah mendapat respons positif daripada Menterinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan telah menetapkan pertemuan pada minggu depan.

Dalam pertemuan itu Abdul Khalid dijangka akan membincangkan harapan agar konsesi air di Selangor dapat diuruskan oleh kerajaan negeri.

Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Jacob berkata, siapa yang bakal menjadi pemegang konsesi air bukanlah perkara utama sebaliknya masalah ini dapat diselesaikan dan hak pengguna air terpelihara.

“Misalnya taraf perkhidmatan ditingkatkan, paip pecah diganti, harga air terawat tidak dinaikkan sewenang-wenangnya.

“Diharapkan masalah kekurangan bekalan air yang sering berlaku seperti sekarang ini dapat diatasi kerana ia menyusahkan rakyat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata keputusan PRU13 jelas membuktikan bahawa rakyat Selangor marah dan diharapkan kerajaan negeri bersedia merungkai permasalahan ini.

“Hak pengguna diutamakan dengan hati terbuka, tambahan pula menjelang musim  perayaan ini krisis air dapat  diselesaikan secara kompetensi.

“Fikirkan hak pengguna bukan agenda politik,” katanya.

Sampai bila permasalahan ini nak berlanjutan??yang menjadi mangsa adalah rakyat..Kesian rakyat negeri Selangor.Nak tunggu lagi 5 tahun tue,bukan sekejap,tapi lame sangat..Harap @Khalid Ibrahim ,tak lepas tangan.

NGO Barat semai benih perpecahan

Tan Sri Musa Hassan
Kemasukkan badan bukan kerajaan (NGO) yang berasal dari Barat ke negara ini didakwa telah menyebarkan dakyah untuk memecah belahkan rakyat.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa, penyebaran dakyah itu kepada golongan muda khususnya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) melalui fahaman demokrasi yang liberal menyebabkan golongan ini bertindak tanpa menghiraukan undang-undang negara.

Beliau juga mendakwa, golongan tersebut yang tidak mengetahui sejarah akan mudah terpesong dan bertindak di luar batasan sehingga melanggar Perlembagaan Negara yang telah digariskan.

"Kita kena tegas, kalau tak kita akan jadi pendatang dalam negara kita sendiri.

"Banyak negara Islam seperti Syria dan Somalia berpecah belah disebabkan kemasukkan NGO Barat ini yang kononnya atas misi kemanusian dengan memberi bantuan.

"NGO ini juga sudah banyak masuk ke Malaysia dan cuba menukar kepada fahaman liberal sehingga membawa kepada penghinaan kepada raja," katanya pada Forum Rakyat : Melayu Islam Bersatu?, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Musa menambah, NGO yang membawa fahaman mengikut sebuah buku di Barat turut mengaplikasikannya kepada golongan muda untuk menentang kerajaan yang 'zalim' melalui demonstrasi jalanan.

"Kita perlu berjaga hal ini.

"Dalam negara kita ada kebebasan bersuara kalau ikut Islam pun ada batasnya," katanya lagi.

BN tunai janji turunkan harga kereta

Inisiatif yang dibuat oleh Proton Holdings Bhd menawarkan pengurangan harga kereta kepada rakyat Malaysia membolehkan rakyat Malaysia merasai sendiri janji yang dibuat kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Proton telah menyahut baik seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam manifesto PRU13 yang lalu.

"Proton telah menyahut seruan Perdana Menteri dengan menurunkan harga kereta Proton 1.3 sebanyak RM5,000 dan ini membolehkan rakyat Malaysia mampu untuk memiliki kereta.

"Bila harga kereta diturunkan, pengguna boleh melihat dan merasai sendiri janji-janji yang dibuat oleh pihak kerajaan pada PRU13 lalu. Janji Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia telah pun ditunaikan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap agar syarikat-syarikat kereta lain turut sama mengikut jejak Proton untuk menurunkan harga kereta demi kesenangan rakyat.

"Proton dah turunkan harga, jadi saya harap syarikat lain menjadikan Proton sebagai contoh dan akan tampil ke hadapan untuk mengurangkan harga kereta," katanya.

Ahmad Bashah berkata harga kereta-kereta lain akan diturunkan secara berperingkat.

Pada 13 Jun yang lalu, Proton menawarkan kepada rakyat Malaysia satu varian kereta keluarannya yang  akan dijual dengan harga lebih rendah dan mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia. - Bernama

Syukur,bila suara rakyat didengari..Saya yakin dan percaya pada janji-janji yang dibuat oleh kerajaan BN.Ini bukan janji tapi PASTI.Terima kasih PM dan kerajaan.

Kementerian, Jakim nafi vaksin kandung bahan haram

Orang kata, kalau dah tak suka semuanya bau taik..

 Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan dakwaan kononnya vaksin atau imunisasi untuk bayi mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan nyawa.
   
Dalam kenyataan bersama, kedua-dua agensi itu turut menafikan program imunisasi kerajaan itu sejak 1950-an bertujuan melemahkan umat Islam.
   
"Kementerian Kesihatan dan Jakim menasihatkan seluruh masyarakat tidak terpengaruh dan percaya dengan berita-berita yang disebarkan dalam pelbagai saluran media oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
   
"Sekiranya timbul keraguan atau perlukan pengesahan, elok rujuk kepada pihak berkuasa supaya penyebaran isu-isu seumpama itu tidak menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat seluruhnya," demikian menurut kenyataan itu.
   
Semua vaksin berkenaan didaftar di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan dinilai mengikut keperluan piawaian antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.
Dari sudut pandangan syarak, kenyataan itu menjelaskan, imunisasi yang merupakan jalan pencegahan adalah perkara yang dituntut dalam Islam sesuai dengan kaedah usul fikah.
  
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sejak 1988 telah mengeluarkan beberapa pandangan hukum berkaitan langsung dengan imunisasi yang seharusnya menjadi panduan seluruh umat Islam," demikian menurut kenyataan itu.
  
Tambah kenyataan itu, maklumat lanjut mengenai penggunaan vaksin dari sudut syarak tersebut boleh didapati di portal e-Fatwa iaitu  www.e-fatwa.gov.my 

kalau betullah vaksin tu ada mengandungi bahan berbahaya,mestilah dari dulu lagi dah ramai yang mati atau menderita sakit, tapi tak ada pun.Jadi tak perlulah isu kesihatan pun dipolitikkan.Sepatutnya kita bersyukur kerana Kerajaan Malaysia begitu priahtin dalam menjaga kesihatan rakyat.Tengok negara lain, seperti India dan Indonesia,mereka tak dapat seperti apa yang kita dapat.jadi bersykurlah.

Azhar Idrus perlekehkan petisyen BN

Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan petisyen BN Kelantan mengaitkan beliau sebagai punca kekalahan BN di negeri itu pada PRU13 lalu sebagai kelakar.
Azhar Idrus
Ikon agama itu dalam reaksinya berkata, perkara itu langsung tiada kena mengena dengan beliau kerana kenyataan berhubung ‘Haram jatuhkan kerajaan Islam’ yang dimainkan Pas pada kempen pilihan raya itu bukan kenyataan peribadi beliau, sebaliknya daripada al-Quran.

“Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (berkaitan), haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam.
Azhar yang turut dikenali dengan akronimnya UAI sekali lagi menegaskan, apa-apa sahaja perkara yang berbentuk Islamik tidak patut dihalang dan haram sama sekali menjatuhkannya.

Jangan gunakan agama untuk kepentingan parti.Tak kiralah awak tu,ustaz ke tak..Jangan putar belitkan agama.Kalau orang salah tafsir ,anda yang berdosa +Ustaz Azhar Idrus