Halaman

Rabu, 17 Julai 2013

Peniaga India tempatan protes tutup kedai

Peniaga India tempatan dari tempat membeli belah utama di seluruh negara akan menutup kedai mereka, sehari, pada 16 Julai sebagai membantah karnival beli belah dan pesta perdagangan di negara ini yang disertai peniaga asing.

Presiden Pertubuhan Peniaga Tekstil dan Barang-barang Am India Malaysia (MITA), R.Moorthy Ramasamy, berkata karnival yang dianjurkan semasa musim perayaan menjejaskan pendapatan peniaga tempatan terutama di Little India.
Setiausaha MITA, Maheswary Ramasamy, tindakan membawa peniaga asing dalam pesta perdagangan adalah tidak baik kepada ekonomi negara kerana ia menyebabkan pengaliran keluar wang.

Beliau berkata ramai peniaga kecil India tempatan mendapati sukar untuk pulang modal akibat pesta seumpama itu dan lebih buruk lagi ada yang terpaksa tutup kedai.

Vasantharajan dilaporkan sebagai berkata karnival yang membabitkan penyertaan peniaga dari India menyebabkan peniaga "Little India' kerugian RM10 juta.

Tak cukup lagi ke begitu banyak aliran mata wang negara kita mengalir ke luar negara?? mengapa hendak ditambah lagi??kali ni,nak bagi pada negara India pula!!! 
Kerajaan tolonglah kawal keadaan ini,kerajaan harus tegas jangan nak lembik sepanjang masa!!

Pendidikan sejarah pengukuh patriotisme

Sejarah mengajar kita supaya tidak mengulangi kesalahan dan kelemahan yang menjadikan sesebuah negara itu mudah dijajah pemikiran, budaya dan negaranya.
Oleh itu, sewajarnya langkah kerajaan memperkenalkan semula mata pelajaran di peringkat sekolah rendah dan mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat penting dalam kelulusan peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM). Langkah ini bukan saja menjadikan mata pelajaran Sejarah akan dipelajari dengan bersungguh-sungguh malah akan difahami dan dihayati secara mendalam.

Sebenarnya, mata pelajaran Sejarah dapat memupuk jati diri, akal budi, semangat cintakan tanah air yang mendalam kepada setiap pelajar. Ia juga mempunyai kaitan dengan prinsip kedua dan ketiga dalam Rukun Negara iaitu melalui pelajaran Sejarah akan dapat memupuk kesetiaan kepada raja dan negara serta memahami keluhuran perlembagaan.

Kesetiaan kepada negara adalah jiwa kebangsaan kita. Melalui semangat kesetiaan dari sanubari seseorang itu akan lahir rasa setia kepada raja dan tanah airnya yang sekali gus mampu menyatukan kita semua daripada pelbagai rumpun menjadi satu bangsa bersatu padu.

Melalui pelajaran Sejarah juga seseorang itu akan memahami keluhuran perlembagaan negara yang memberi perlindungan kepada setiap anggota masyarakat di negara ini dari segi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warga negara. Selain itu, dapat memahami bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan juga meletakkan rasa tanggungjawab dan kewajipan warga negara yang mendukungnya. Sejajar dengan itu, setiap warga negara harus menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang penggubalannya bagi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan maju dalam segenap bidang.

Oleh sebab perlembagaan negara digubal berasaskan kesepakatan semua kaum di negara ini, maka ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat mana-mana pihak.

Perlembagaan negara juga adalah sumber rujukan kepada semua perkara berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio ekonomi rakyat Malaysia. Mereka yang tidak memahami sejarah saja akan mempertikaikannya.

Begitulah pentingnya mata pelajaran Sejarah di sekolah dapat mendidik, memberi kefahaman dan pengetahuan kepada rakyatnya apabila dewasa.

Sebab itu guru-guru disarankan menjadikan subjek sejarah lebih menarik dan mudah difahami oleh pelajar.Peranan guru amatlah penting,bukan setakat mengajar tetapi dalam membentuk jati diri anak bangsa.

Pasangan lucah hina Islam harus dihukum, kata Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata perbuatan pasangan lucah Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat.
Menyifatkan pasangan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Dr Mahathir berkata provokasi bersabit agama sehingga mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum, khususnya umat Islam tidak seharusnya dibuat kerana ia dikhuatiri boleh menjurus kepada berlakunya rusuhan kaum.
"Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan," katanya ketika ditanya mengenai cadangan supaya pasangan itu dilucut kewarganegaraan.
Pasangan itu sebelum ini dikecam ramai selepas memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh (sup tulang babi) berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.
Setuju dengan cadangan Dr M.Harap kerajaan jangan bagi muka sangat dengan pasangan porno murahan ini.!!

Selasa, 16 Julai 2013

Maaf saja tak cukup untuk chauvinist & racist!!!



"Maaf saja tak cukup," tegas Khairy Jamaludin.Menteri Belia dan Sukan berkata, tindakan tegas dan segera harus dikenakan kepada pasangan murahan ini.Kesalahan mereka cukup jelas kerana menghina agama Islam dan sensitiviti orang Islam di Malaysia.
Begitu juga dengan peguam bukan Islam, Ranjit Singh yang mahu pasangan chauvinist dan racist tersebut perlu di hukum bukan di siasat.
Harap SKMM ambil serius perkara ini dan sensitiviti Umat Islam di Malaysia ini.!!Jangan nak siasat je,tindakan tue lagi perlu!!!

Undang-undang sijil Halal akan diperkenalkan #Ramadan #bufetRamadan

Sebuah pertubuhan BUKAN KERAJAAN telah dipanggil untuk pengenalan undang-undang khusus bagi membolehkan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengambil tindakan terhadap hotel yang menawarkan Ramadan dan sahur (bersahur) buffet tanpa pensijilan halal.
Majlis Perundingan Malaysia Pertubuhan Islam (MAPIM) berkata tidak ada undang-undang yang sedia ada yang membenarkan Jakim untuk bertindak dalam kes-kes tersebut.
Beliau menambah bahawa bergantung hanya pada Akta Perihal Dagangan 2011 untuk menarik pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan sijil halal.
MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia adalah masa yang sesuai untuk  kerajaan memperkenalkan undang-undang yang khusus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan makanan halal.
"Daripada pemeriksaan kami, terdapat segelintir pengusaha hotel menawarkan bufet Ramadan dan pakej sahur tanpa menyatakan sama ada masakan adalah halal.

Mencari yang halal itu fardhu kifayah,harap pihak JAKIM lebih tegas dalam isu halal ini kerana ini berkaitan dengan agama bukan nundang-undang sahaja.


Cadangan tidak ada zon bermotosikal perlu diteliti secara teperinci



Melihat masalah di dalam masalah.Bukan hanya melihat maslaah itu sahaja.


Implikasi terhadap cadangan polis untuk penetapan zon untuk menghalang motosikal memasuki kawasan tumpuan dalam pusat bandar perlu dikaji dan diteliti.

Walaupun menyambut baik usaha polis, ramai yang ditemui khuatir jika dilaksana kelak akan menyusahkan terutama kepada mereka yang menggunakan kenderaan itu.

Ketika ditemui  orang ramai menyifatkan cadangan Polis DiRaja Malaysia untuk membanteras jenayah jalanan itu kurang menyeluruh.



Perlu diingatkan,bukan semua orang mampu untuk memiliki kereta, cuba fikir kalau individu tersebut hanya mampu memiliki motosikal dan nemjadikan pegangkutan utama untuk ke tempat kerja dan sebagainya,.Jika cadangan ini di aplikasi kan juga, apa jadi pada mereka semua yang menunggang motosikal???

Banyak lagi cara boleh digunakan, sebelum buat keputusan,fikirkan dulu pro dan kontra nya.Bukan hanya untuk kepentingan sebelah pihak sahaja,!!

Kurang ajar dan perlu di ajar blogger seks nie!! #IloveISLAM


"orang kata, kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa"


Oh, si kawan baik Nurul Izzah ni, memang kurang ajar sama dengan perangai kawan baiknya, memang suka buat "havoc" dan cari publisiti murahan semata-mata untuk jadi terkenal.Sedihhhhhhhh..
Benda lain kau boleh buat main,tapi bukan pasal agama Islam!!Sedar dirilah kau pun merempat di negara orang, kalau bagus sangat, pergilah balik Singapura..
Kat negara sendiri, tak berani buat hal, tapi kat negara orang buka main lagi.
Harap pihak berkuasa memberi hukuman yang setimpal untuk dua ekor monyet nie!! Jangan ingat dengan permohonan maaf sahaj da cukup.Betul Kata Khairy Jamaluddin, orang seperti nin harus di ajar.

Sekarang tengok, siapa yang lagi "perkauman" dan yang tak reti nak hormat agama lain???
Orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.