Halaman

Isnin, 30 Disember 2013

#gulingkerajaan : Segera Ambil Tindakan Terhadap Dalang


 Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta segera bertindak termasuk menangkap serta mendakwa dalang serta penganjur perhimpunan mengguling kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata tindakan pencegahan segera perlu diambil terhadap dalang berkenaan sebelum ‘nasi menjadi bubur’. 

Katanya, pihak berkuasa tidak perlu bimbang mahu pun apologetik terhadap sebarang tindakan pencegahan yang mampu membawa kekacauan kepada masyarakatnya. 

Tindakan tunggu dan lihat pihak berkuasa hanya mengundang padah, apatah lagi kita sudah saksikan kemusnahan yang dibawa dalam demonstrasi sebelum ini” Mohd Puad Zarkashi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Di harap kerajaan mengambil tindakan tegas kepada kumpulan terbabit.Biar kasi pengajaran pada yang lain.

Berita Baik:Penjawat awam mangsa banjir boleh tuntut insurans




 Mangsa banjir penjawat awam yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan boleh membuat tuntutan insurans, kata Datuk Seri Najib Razak. 

“Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir boleh hubungi @MOFmalaysia untuk mendapatkan maklumat tuntutan insurans,” kata Perdana Menteri dalam Twitter semalam. 

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian bagi mengulas pautan twitter BERNAMA bertajuk ‘Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam’. 



Tuntutan daripada panel

BERNAMA memetik makluman Kementerian Kewangan, iaitu penjawat awam mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan, dinasihati mengemukakan tuntutan insurans bencana alam daripada panel insurans masing-masing.

Tuntutan insurans meliputi kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya, selain kejadian pecah rumah ketika banjir.

Tuntutan boleh dibuat dengan menghubungi syarikat insurans/takaful yang sedia memberikan perkhidmatan. Maklumat lanjut boleh dilayari di http://bpp.treasury.gov.my atau menghubungi meja bantuan banjir talian 03-8880 2121. - BERNAMA

Berita baik untuk penjawat awam yang ditimpa musibah.


BR1M Untuk Yang Layak Sahaja !!

Anak Rosmah beli rumah RM110 juta di New York

Laporan yang memaparkan berita anak Rosmah membeli harta bernilai RM110 juta di New York.

Menurut Malaysiakini, Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.
Laporan Sarawak Report memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal menyatakan Riza membeli rumah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas.
atu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.
Riza menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.
Laporan itu menyebut Riza juga pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008. – 28 Disember, 2013.

Tak ada yang mustahil.Sebab dia kerja oversea.Apa yang nak hairannya.Ada-ada saja pembangkang ni.Tak abis-abis nak mencari salah orang je.

Khamis, 26 Disember 2013

Pas Tidak Setuju Guling Kerajaan

Pas Sokong Kerajaan

Pas menegaskan bahawa parti itu tidak pernah berhasrat untuk mengguling kerajaan dengan mengadakan perhimpunan pada 31 Disember nanti.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berkata, Pas terus komited dengan amalan demokrasi dan tidak akan memilih cara tersebut untuk mengguling kerajaan.

“Kalau demokrasi negara kita tidak sempurna, kita akan tuntut dan lawan sampai ia menjadi agak sempurna. Kita tidak memilih jalan untuk mengguling kerajaan. Kalau parti politik macam Pas pun tidak pernah terfikir nak mengguling kerajaan luar daripada pilihan raya, apatah lagi pelajar.

“Kita bertegas nak ambil alih kuasa melalui proses pilihan raya dan demokrasi. Walaupun demokrasi yang berjalan tidak sempurna, kita akan perjuangkan supaya ia dapat menjadi lebih baik. Kalau 10 tahun dulu kita berkumpul sikit, polis sudah kepung. Bahkan di kawasan Kuala Kedah, pernah pihak polis melepaskan gas pemedih mata ketika
ceramah dalam markas di Anak Bukit dan Kubang Rotan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena Mini Karnival Anak Muda di pekarangan Kompleks Pas Pokok Sena, di sini, malam semalam.


Pegawai kanan polis dipanggil berhubung kes penggubahan wang haram RM6j

Pegawai kanan polis dipanggil berhubung kes penggubahan wang haram RM6j

 Seorang pegawai kanan polis dipanggil semalam untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap tiga pegawai polis berkiatan kegiatan penggubahan wang haram RM6 juta.

Sumber memberitahu, keterangan dari pegawai berpangkat Asisten Komisioner dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur itu sebagai prosedur biasa siasatan. 

Katanya, ia perlu bagi mengesahkan jawatan dan peranan pegawai yang disiasat SPRM. 


Akhbar BH pada November lalu melaporkan tiga pegawai terbabit masing-masing berpangkat Deputi Superintendan, Assistan Superintendan dan Sarjan ditahan berasingan dan ketika ditahan SPRM turut menemui  wang tunai lebih setengah juta, tiga unit jam tangan berjenama Rolex dan turut ditemui adalah sejumlah barang-barang kemas.

Hasil siasatan awal Suruhanjaya ini mendapati kegiatan penggubahan wang haram ini melibatkan nilai jutaan ringgit.

Dua daripada pegawai yang ditahan tersebut kini bertugas di Johor manakala seorang di Seremban, Negeri Sembilan.

Salah seorang pegawai terbabit disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram membabitkan jumlah RM1.7 juta manakala seorang lagi dianggarkan melakukan kesalahan yang sama membabitkan wang haram bernilai RM4.3 juta. 

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Akta 613) (AMLATFA) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


Tidak ada yang akan terlepas..Salah tetap salah,tak kira lah siapa pun...