Halaman

Isnin, 5 November 2012

PAS buat keputusan 'menjohorkan' PAS di Johor


PAS Johor mengambil pendekatan untuk 'menjohorkan' PAS di negeri ini dengan menjadikan seluruh aktiviti dan tindak tanduk para pemimpin dan ahlinya sesuai dengan sosiobudaya orang Johor.

Pendekatan ini disepakati oleh pimpinan PAS Johor dalam konvensyennya yang diadakan di Markas PAS Parit Sulong dekat sini semalam.
Melalui pendekatan ini, katanya, pemimpin PAS di semua peringkat perlu meraikan dan memimpin semua aktiviti orang Johor termasuklah majlis membaca Yassin yang dipanggil Yasinan di Johor, marhaban, berzanji dan sebagainya.
Semasa memberikan ucapan dasarnya di konvensyen itu, Dr Mahfodz telah membentangkannya sebagai salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh PAS di Johor untuk membolehkan PAS diterima dan seterusnya menang.

Untuk itu, katanya, PAS di Johor tidaklah perlu membawa budaya dari luar yang diamalkan oleh pemimpin dan pengikut PAS untuk mem'pas'kan Johor.

Cukup sekadar mengamalkan budaya orang-orang Johor yang sebenarnya tidak bertentangan dengan Islam bahkan jelas ciri-ciri Islamnya.

PAS Johor juga, katanya, sedang mengkaji tentang kesenian yang diamalkan oleh rakyat Johor untuk turut diamalkan atau diterima oleh PAS sekiranya tidak bertentangan dengan Islam.















LA: TInggi sungguh angan-angan Pas ni,jangan angan-angan mat jenin sudahlah.Kita tengok apa kata orang Johor pula.

Hadi lawan Najib, Nik Aziz juga sokong

Muryidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat sependapat dengan saya bersetuju kalau Abdul Hadi Awang bertanding di Pekan untuk menentang Najib Razak. Nik Aziz juga berpegang kepada alasan sama dengan saya, tidak timbul kalau Abdul Hadi kalah. Beliau mengalu-alukan langkah Abdul Hadi itu kerana menentang orang yang berjuang menegakkan semangat nasionalisme adalah satu kewajiban.

Dalam keyakinan Pas Umno adalah pejuangan kebangsaan, di mana satu perjuangan yang batil sebab perjuangan menegakkan kaum tidak merupakan perjuangan mutlak dalam kehidupan seorang manusia sebagai hamba Tuhan.

Sedar atau tidak masih ada di kalangan kecil baik di dalam Pas maupun PKR dan DAP sebelum dapat menerima sepenuhnya kerjasama Pas dengan PKR dan DAP. Ada yang beranggapan Pas masih menaruh harapan akan wujud kerjasama dengan Umno. Ada suara-suara dan nada kebimbangan yang Pas akhirnya akan berpelukan dengan Umno.
Kesimpulannya Pas perlu melepaskan Abdul Hadi untuk ke Pekan. Atau Abdul Hadi boleh menggunakan kuasa proregatifnya sebagai presiden untuk berbuat demikian. Sebagai presiden Abdul Hadi boleh endorce jemaahnya sendiri. Yakinlah tindakan Abdul Hadi itu - Presiden bertempur dengan presiden akan dicatat dalam sejarah politik tanah air. Seperti dikatakan tadi soal sejarah itu tidak penting yang penting menunjukkan komitmen perjuangan.

Sumber: Harakahdaily 5 Nov 2012

LA: Pas lebih sanggupberpeluk dengan Dap dari berpeluk dengan sesama agama sendiri.Pas betul-betul angkuh dan mendabik dada.Tapi Pas lupa,tanpa jasa Umno dan Bn selama ini,Malaysia takkan jadi seperti  hari ini.Sedar-sedarlah diri wahai PAS.

Hudud PAS: Soi Lek sudah rasa tertekan


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dalam sebuah akhbar mingguan hari ini kerana sudah merasai tertekan dengan kemarahan umat Islam.

Mengambil tempoh waktu tertentu akhirnya Presiden MCA membuat kenyataan baru untuk mengelak daripada dirinya terus dikecam.

Pada masa yang sama Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, Soi Lek seharusnya mempersoalkan ‘mana hukum hudud Umno’ dan bukannya memperosalkan hudud yang diperjuangkan PAS.

Katanya, sekiranya tiada hukuman itu yang dibentangkan oleh Umno, sudah bererti apa yang diusahakan PAS adalah ajaran Islam.


LA: Masih tak puas hati nampaknya Nik Aziz ni dengan Soi Lek.Menagapa isu nie yang nak diperbesarkan.Ada banyak benda lagi yang boleh difikirkan olehNik Aziz untuk mmenajukan Kelantan daripada memikirkan isu yang remeh temeh ini.

Jumaat, 2 November 2012

Punca Soi Lek berani bidas hudud!!!

Hiruk piruk seketika dunia maya dengan hamburan kemarahan sesetengah pihak apabila Presiden MCA, Chua Soi Lek (CSL) menyatakan sekiranya hasrat PAS mahu melaksanakan hukum hudud menjadi kenyataan bakal menyebabkan kira-kira 1.2 juta orang kehilangan pekerjaan.

 Kebanyakan reaksi balas dari pihak penyokong pro pembangkang, mereka menyifatkan kenyataan CSL itu adalah satu penghinaan terhadap Islam dan disebabkan itu UMNO perlu mengambil tanggungjawab di atas keterlanjuran CSL itu.

 Hakikatnya, bukan UMNO ataupun mana-mana pemimpinnya yang perlu dipersalahkan berikutan kenyataan CSL yang sedikit bias itu, sebaliknya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat serta Presiden PAS, Hadi Awang yang perlu mengambil tanggungjawab dan menanggung bebannya.

 Seandainya para pembaca semua imbas semula pertikaian hukum hudud di antara PAS dengan rakan sepakatannya DAP sejak sekian lama, Nik Aziz dan Hadi Awang sebenarnya secara sedar atau sebaliknya, telah memberi 'lesen' untuk CSL berkata demikian mengikut pemahamannya.

 Misalnya 12 Ogos 2009 yang lalu, Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan terbuka menganggap tentangan DAP terhadap Islam bukannya satu kesalahan konon atas alasan DAP bukannya Islam. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," demikian kata Nik Aziz kepada pemberita di Kota Bharu semasa diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP yang seperti sengaja menghina Islam.

 Reaksi selamba Nik Aziz itu sehingga kini tidak pernah dinafikan olehnya, dan menariknya semenjak itu, segelintir pemimpin politik bukan Islam kelihatan yakin dengan lampu hijau dari Mursyidul Am PAS itu, sehinggakan kian ramai dari kalangan mereka khususnya dari DAP dengan sewenang-wenangnya mempersendakan hukum hakam Islam.

 Barangkali sudah ketentuan Ilahi, ngam-ngam 3 tahun selepas Nik Aziz memberi lampu hijau untuk DAP sesuka hati menghina Islam atas alasan DAP bukan Islam, tanggal 12 Ogos 2012 yang baru sahaja dua bulan berlalu, Presiden PAS, Hadi Awang pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa "DAP berhak untuk menolak hudud".

 Dalam kenyataan tersebut yang disiarkan oleh Sinar Harian itu, Hadi berkata, penolakan DAP terhadap undang-undang Islam bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Karpal Singh serta kebanyakan ahli DAP adalah bukan Islam.

 Namun apabila CSL selaku Presiden MCA pula mengeluarkan satu kenyataan bias mengaitkan kesan buruk pada ekonomi negara sekiranya hudud PAS dilaksanakan, kenapa pula para penyokong PAS tiba-tiba sahaja melenting? Walhal, bukankah Nik Aziz & Hadi Awang sendiri sebelum ini secara sedar telah menghalalkan tindakan DAP untuk menghina Islam.


 Jika para pemimpin DAP dianggap tidak bersalah bilamana mempertikaikan hukum hakam Islam sehingga berjaya memaksa PAS berlembut dan mengalah sebagaimana terbukti dalam beberapa mesyuarat tertinggi PR sebelum ini, maka usahlah menyalahkan CSL apabila beliau mengambil kesempatan tersebut untuk lebih kritis terhadap hudud PAS.

Pas marah Shafie Apdal tolak royalti 20%!!


Sabah terlebih dahulu perlu menerima hasil dari sumber minyaknya sebelum diagihkan ke negeri-negeri lain.


Apabila terdapat lebihan dari agihan tersebut, barulah ia wajar diagihkan ke negeri-negeri lain, tegas Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling (gambar).



Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin Umno Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal yang menolak tawaran Pakatan Rakyat memberikan bayaran royalti sebanyak 20 peratus jika berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang.



"Seperti yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ketika sambutan hari Malaysia di Sabah sebelum ini, Islam telah memperingatkan mana-mana hasil yang diperoleh dari negeri tersebut perlu diagihkan untuk keperluan negeri itu sendiri sebelum diagihkan ke negeri lain.



"Justeru, untuk mengagihkannya (hasil negeri) untuk negeri lain dengan meninggalkan Sabah terus terpinggir dari arus pembangunan, merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima rakyat Sabah," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.



Tambah beliau lagi, mengapa Sabah perlu berkongsi kemakmuran bersama di saat Sabah ketinggalan dari pelbagai aspek keperluan asas.



Katanya, Sabah masih ketinggalan dari segi jajaran jalan rayanya, bekalan air terawat, kemudahan elektrik yang menghantui penduduk Sabah sekian lama.



"Kenapa hasil dari Sabah itu tidak ditawarkan kepada Sabah terlebih dahulu?  Jika selesai masalah di Sabah, tidak mengapalah jika hendak diagihkan kepada negeri lain sekalipun," kata Aminuddin lagi.



Sambil menyifatkan Shafie sebagai pemimpin yang tidak memahami denyut nadi penduduk Sabah, Aminuddin berkata kerana ketakutan mereka terhadap kebangkitan rakyat terhadap Pakatan Rakyat menyebabkan mereka tidak sedar apa yang mereka ucapkan.



Shafie, yang juga Naib Presiden Umno, sebelum ini berkata tawaran royalti minyak 20 peratus kepada negeri itu yang dibuat pembangkang tidak dapat diterima walaupun menarik, demi perkongsian kemakmuran negara.



Menteri itu juga sebaliknya menyifatkan tawaran Pakatan Rakyat itu sebagai usaha memecahbelahkan rakyat Malaysia.



Pakatan Rakyat menawarkan bayaran royalti minyak 20 peratus kepada pengundi Sabah semenjak pilihan raya umum 2008.

Sumber: Harakahdaily 2 Nov 2012

LA: Pas ni memang tamak bilamana tidak mahu berkongsi kekayaan dengan negeri-negeri lain,macam mana Pas nak memerintah Malaysia kalau Pas ada sikap tamak seperti ini!

Pas tuduh Utusan kelirukan rakyat mengenai hudud

Utusan masih jahil tentang hukuman hudud yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Melalui artikel yang disiarkan dalam akhbar itu yang bertajuk ‘Polemik Hukum Hudud PAS’ menyerlahkan bagaimana akhbar itu telah digunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan usaha PAS dalam memberikan penjelasan berkenaan hudud.

Dalam artikel tersebut telah mempersoalkan bagaimana terdapat 2 versi Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, kita ingin menegaskan bahawa pengarang tersebut telah hilang fokus dalam perbincangannya, perbezaan versi ini adalah termasuk dalam bab teknikal dan bukannya isu pokok, apa yang kita bahaskan sekarang ialah berkenaan dengan pokok iaitu memberikan penjelasan berkenaan keindahan hukum hudud dan Utusan tidak memainkan peranan ini selaku akhbar milik orang Islam.

Fakta-fakta yang dikemukakan oleh penulis tersebut juga cukup mengelirukan para pembaca, sedangkan apa yang diusahakan oleh kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu berdasarkan pandangan para ulamak yang muktabar yang diiktiraf keilmuan mereka, ianya bukan hudud PAS tetapi ianya merupakan hudud yang berdasarkan disiplin ilmu Islam yang berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah.

Tapi pada pendapat  LA lah,Pas sendiri yang banyak mengelirukan rakyat dengan kenyataan-kenyataan yang tidak logik termasuk ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan dari rakan sekutunya iaitu DAP.Pas memang suka menuding jari pada orang lain,bila sudah buat silap.Kalau Pas betul-betul memperjuangkan hudud mengikut syariat Islam,mengapa Pas perlu bersekongkol dengan Dap?apa logiknya Pas berbuat begitu? bukankah lebih baik Pas menjalinkan kerjasama dengan UMNO berbanding dengan Dap yang sememangnya tidak pernah menyokong hudud.

Khamis, 1 November 2012

Kerajaan Selangor saman Utusan atas artikel PKNS

Kerajaan Selangor akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan timbalan ketua pengarangnya ekoran satu artikel tidak benar dan berunsur jahat berkenaan status pemilikan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Artikel tersebut bertajuk “Jual aset PKNS: Sultan Selangor murka?” diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.

Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco diBangunan SUK di sini petang tadi.
Laporan akhbar berkenaan menyebut kerajaan negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

LA: Nak duit mudah ke MB Selangor? kerja nak saman menyaman orang nie.