Halaman

Isnin, 19 November 2012

PAS siap hadapi PRU di tahap maksima

Persiapan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 berada pada tahap maksimum di seluruh negara, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, persediaan rapi bukan sahaja ditunjukkan di negeri-negeri di bawah PAS tetapi juga di negeri-negeri di bawah pemerintahan BN.

"Saya bukan sahaja melihat mood perwakilan tapi melawat seluruh negara, ke kawasan-kawasan parlimen dan saya dapati persediaan pilihan raya sangat baik dan sangat memuaskan hati saya.

"Bukan sahaja di negeri-negeri PAS sudah memerintah tetapi termasuk di negeri bukan PAS memerintah termasuk Sabah dan Sarawak," kata beliau pada sidang media sejurus berakhirnya Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 di Putik hari ini.

Menjawab soalan wartawan yang membangkitkan isu bakal Perdana Menteri selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya pula, Ustaz Hadi tetap menegaskan ia bukan fokus utama.

"Tiada ketetapan siapa jadi Perdana Menteri," jawabnya ringkas lalu disambut Setiausahanya, Datuk Mustafa Ali, "nak jadi Perdana Menteri kena menang sebanyak mungkin. Kalau tak menang tak boleh jadi Perdana Menteri,"


Sumber:Harakahdaily 19 nov 2012

LA: Tunggu dan lihat apa tindakan Pas selepas ini.

Pas jangan taksub bagi fatwa!!


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam).

Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.

"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.

"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.

Pas jangan bagi fahaman yang salah pada umat Islam di Malaysia.orang kata, kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.

Sumber: Harakahdaily 19 Nov 2012

PAS bukan parti kampung, sedia tadbir negara


PAS bukan ‘parti kampung’ bahkan sebuah parti yang kini bersedia untuk mentadbir Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata PAS kini didukung ahli dari pelbagai lapisan termasuk pegawai tinggi kerajaan dan pegawai keselamatan yang telah bersara.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Muktmar Tahunan PAS ke-58 yang berakhir di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan ;

Beliau turut mengulas isu ‘pengkhianatan Umno’  terhadap Melayu.

Husam mendakwa itu merupakan isu besar yang akan diikuti follow-up program-program yang lain selepas ini.

Ini, ujarnya penting supaya rakyat di luar bandar boleh faham bahawa sebenarnya selama ini mereka adalah terpinggir kerana kecuaian atau pun pengkhianatan Umno.

Perlu ke,bermuktamar sambil menghentam orang lain?? ini muktamar untuk menentukan hala tuju parti ke ataupun tempat untuk menfitnah UMNO.??apa sebenarnya tujuna muktamar PAS ni,seperti tidak ada hala tuju.Seperti sembang di kedai kopi.Isu-isu yang tidak menjana minda dan bukannya nak fikirkan kemajuan ummah tapi memikirkan perpecahan ummah.Insaflah wahai ahli-ahli PAS sekalian!

Sumber:Harakahdaily 19 Nov 2012

Jumaat, 16 November 2012

Nasha lari dari muktamar Pas


Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilaporkan tidak akan hadir ke Muktamar PAS ke-58 yang bakal berlangsung di Kota Bharu bermula Jumaat kerana memenuhi undangan rasmi ke luar negara.
Akhbar Berita Harian menyebut, Nasharudin berada di luar negara sejak Ahad dan undangan tersebut diterima sejak awal lagi.
Nasharudin memberitahu akhbar tersebut bahawa ketidakhadirannya itu “bukan isu besar” dan yakin PAS tidak akan mengenakan apa-apa tindakan ke atasnya.
“PAS tiada masalah kalau memang beliau atau mana-mana ahli muktamar ada urusan lain yang lebih penting. Tak adalah sampai nak ambil tindakan sebab ini biasa.
“Mungkin ramai yang mahu melihat tempat duduknya selepas tidak lagi berada di atas pentas itu saja,” katanya seperti dipetik akhbar itu.
PAS dalam satu kenyataan pada September lalu menyatakan kontroversi melibatkan Nasharudin dan parti itu dibincangkan atas prinsip “sahabat” dan tidak melayan MP Bachok itu sebagai musuh.
Sebenarnya dia cabut lari ke luar negara, bimbang dibalun semasa muktamar nanti. Lebih baik dia tidak berada di situ, nanti hati makin pedih!!! Memenuhi undangan, itu sebagai modal melarikan diri.

PAS siap untuk PRU13 atau muktamar tahun depan?

Muktamar PAS ke 58 iaitu yang terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13 bakal bermula pagi ini dengan kira-kira 1,000 perwakilan dan beribu-ribu pemerhati akan memenuhi Dewan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan memberikan Ucapan Dasar yang bakal menentukan halatuju PAS dan seterusnya merasmikan muktamar kali ini.

Muktamar ini diadakan selepas ketiga-tiga sayap PAS iaitu Dewan Ulamak, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda selesai mengadakan muktamar masing-masing.

Kira-kira 700 perwakilan yang menyertai muktamar bagi setiap dewan telah menyesaikan agenda masing-masing malam tadi dan petang semalam.

Muktamar Dewan Ulamak menjadi tumpuan media selepas menampakkan keghairahan mereka berbanding sebelum ini apabila perbahasan yang sangat hidup berlangsung.

Penegasan demi penegasan yang dibuat pemimpin dan perwakilan Dewan Ulamak menampakkan kesediaan mereka menghadapi pilihan raya umum akan datang bersama rakan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Muktamar penuh PAS ini akan berjalan selama tiga hari mulai pagi ini sehinggalah Ahad, 18 November.

Ia akan menentukan halatuju PAS selepas ini. Jika tumpuan perbincangan diberikan kepada persiapan hadapi pilihan raya, PAS akan bersedia sepenuhnya hadapi PRU -13 nanti.


Sumber: Harakahdaily

LA: Ape kata anda tentang Muktamar PAS??

Jangan salahkan AES!!

AES diperkenalkan semata-mata untuk membendung kematian yang tidak ada kesudahannya. Seperti sering diperkatakan, lebih ramai orang mati di jalan raya daripada di medan perang. Dalam isu AES, banyak rungutan didengar daripada pelbagai pihak sama ada pengguna jalan raya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya. Mereka yang tidak ada kenderaan juga marah setelah mendengar tentangan pelbagai pihak. AES menimbulkan kemarahan kerana ia memerangkap pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan. Kamera yang dipasang di kawasan tertentu merakam segala kesalahan dilakukan pemandu termasuk memandu melebihi had, memotong sebelah kiri dan melalui lorong kecemasan. Denda maksimum bagi setiap kesalahan ialah RM300. AES bukan dipasang untuk memerangkap pengguna jalan raya. Berbeza dengan cara dilakukan terhadap mereka yang memandu laju khasnya oleh polis trafik yang menggunakan kamera perangkap laju. Kadang-kadang dilihat polis trafik bersembunyi di dalam semak atau di bawah jambatan bagi memerangkap mereka yang tidak takut mati. Tujuannya untuk memberi amaran kepada pemandu supaya mematuhi had kelajuan kerana mereka mungkin dikenakan saman di mana-mana saja jika melanggar peraturan lalu lintas. AES pula dibuat secara terang-terang. Kamera diletakkan di tempat statik dan setiap lokasi yang akan menempatkan kamera AES dimaklumkan kepada orang ramai di media, laman web dan sebagainya. Ia juga boleh diketahui menerusi GPS ketika menghampiri kawasan AES. Maknanya, sesiapa saja melalui kawasan berkenaan boleh bersiap sedia jika tidak mahu disaman. Mungkin ada pengguna yang sudah mendapat banyak saman di 14 kawasan AES sejak dimulakan 23 September lalu tetapi ada juga pengguna yang lebih kerap menggunakan jalan yang sama tetapi tidak pernah sekali pun mendapat saman. Ia membezakan sikap seseorang pengguna jalan raya dengan yang lain. Kalau pengguna marah kerana disaman, ia sesuatu yang biasa. Jika tidak mahu disaman, mereka perlu berhemah di jalan raya.Setakat ini 89,000 saman dikeluarkan hanya di 14 kawasan AES. Bayangkan jika semua 831 kawasan AES dikuatkuasakan kemudian. Ini menunjukkan masih ramai yang melanggar peraturan jalan raya. Tanpa AES mungkin jumlah itu berkali ganda lebih besar.Ikut hukum akal, tidak ada sesiapa boleh diperangkap oleh sistem ini. Setiap dua kilometer sebelum sampai ke kawasan itu pengguna sudah dimaklumkan menerusi tanda jalan bahawa di depan mereka ada kamera dan satu kilometer kemudian satu lagi tanda jalan memberitahu di depan mereka ada kamera AES dan 500 meter sebelum tiba di kawasan kamera, mereka dimaklumkan sekali lagi. Kalau masih ada yang melakukan kesalahan, mereka sengaja mencari masalah. Mungkin pada masa ini ada kelemahan dari segi saiz penanda amaran atau ia diletakkan di tempat yang tidak sesuai seperti terlindung dan sebagainya menyebabkan pengguna terlepas pandang. Ini perlu diperbaiki bagi mengelak ia dianggap sebagai perangkap. Matlamat AES baik tetapi disebabkan dikaitkan dengan isu politik, semuanya menjadi kelam kabut, tambahan pula ia dianggap sebagai keputusan yang tidak bijak menjelang pilihan raya. Lagi lewat dilaksanakan, mungkin banyak nyawa yang melayang, mungkin dalam kalangan saudara mara kita. Tidak mustahil dengan AES, ada nyawa sudah dapat diselamatkan kerana mereka lebih beringat ketika melalui jalan itu. Di negeri dikuasai pembangkang, janganlah mempolitikkan isu ini kerana tujuannya untuk menyelamatkan nyawa manusia bukan untuk wang ringgit semata-mata.
Pembangkang selalu lihat semua yang diperkenalkan oleh kerajaan dari sudut negatif.Dan tanpa menggunakan akal  fikiran yang waras, pembangkang tanpa rasa bersalah telah menggunakan taktik yang kotor ,mempergunakan isu AES untuk kepentingan politik mereka tanpa memikirkan nasib rakyat.Bagi pembangkang politik lebih penting daripada nyawa rakyat.jadi fikirlah sendiri siapa yang lagi penting diri sendiri,kerajaan ke atau pembangkang?/tepuk dada tanya hati semua.

Rabu, 14 November 2012

Bagaimana Pas mahu menegakkan Islam kalau masih bersama DAP??


Para pendukung PAS diseru menjadikan Muktamar Tahunan PAS ke-58 sebagai medan meningkatkan semangat jihad dalam meneruskan usaha memenangkan perjuangan Islam di Malaysia.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana muktamar kali ini merupakan ijtimak terakhir parti sebelum menghadapi PRU13.
muktamar diadakan sempena bulan hijrah bagi mengingatkan pimpinan dan ahli kesukaran Rasul dalam mempertahankan Islam sehingga menuntut pengorbanan yang besar seluruh pihak Muhajirin dan Ansar.

Katanya, pemilihan bulan Muharam sebagai bulan muktamar mempunyai matlamat terselindung agar dapat dihayati oleh seluruh perwakilan dan pemerhati. 

Nak tergelak dengan kenyataan Ketua penerangan PAS ini, bagaimana hendak menegakkan Islam kalau masih lagi bekerjasama dengan DAP dan Anwar al Juburi??PAS cakap tak serupa bikin,cakap lain, tapi buat lain.Adakah pemimpin seperti ini yang kita mahukan??sanggup bersekongkol dengan kafir semata-mata untuk meraih undi.Di mana maruah PAS??di mana letaknya harga diri PAS??