Halaman

Khamis, 21 November 2013

Anwar Lupa atan Nyanyuk???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgaESimSWMSp6l5DvkggcDMjy-u8l4gXRf4pE4OcTm6yQ_hSCTQ2eT5Cwb1xSn4q9SMUjA_IT06cLUTRheyQH6Os0K_sQvyLP6Hve359ZtXmooIUtMq8xdLkHm-2U0Jo2URiviXOyNq2A/s640/1014383_515169415221540_564076041_n.jpg


Cakap tak serupa bikin.Patut dihapuskan orang macam ini.

Guan Eng Perasan Lebih!!

Sudah Kalah Kalahlah - Banyak Songeh Pula Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng misalnya masih bertegas menegakkan benang basah mendakwa pakatan pembangkang yang dikenali PR merupakan pemenang PRU-13 kerana telah menang dengan undi popular 51%.
Menurutnya lagi BN hanyalah kerajaan minoriti, dengan demikian pembangkang adalah kerajaan sebenar kerana berjaya menguasai undi popular. Betulkah BN kerajaan minoriti dan layakkah Guan Eng mendakwa pembangkang adalah pihak majoriti?

Perasanlah Guang Eng ni..Sedihnye

Anwar Mungkin Lupa Azizah Bininya

Takkan baru 66 tahun, Anwar dah tunjuk simptom nyanyuk.  Botox baru saja buat itu hari, tak puas lagi memandang pipi yang kembung tu, takkan nyanyuk dah.

Inikah rupanya yang pembangkang bersungguh-sungguh benar nak angkat jadi Perdana Menteri?  Mintak jauhlah, nanti bila dah dapat jadi Perdana Menteri, senang-senang dia kata ”saya tak pernah janji nak  hapus PTPTN”, “saya tak pernah janji nak hapus Tol” – saya pernah cakap tapi saya tak janji.

Anwar tahu sajalah, kaki putar alam 1Malaysia.  Jangan kata mustahil, tengoklah macam mana sekarang.
Sebab itu kita dah lama promo, jangan percaya orang lidah biawak macam ini.  Jangan berani-berani nak pertaruhkan nasib negara dengan mengangkat penipu ini sebagai Perdana Menteri, konon-kononnya belum cuba belum tau.

Anwar boleh pusing cakap macam itu saja dan kemudian berlalu pergi tanpa rasa bersalah apa-apa.  Macam tak ada apa yang berlakulah.  Itu jenis manusianya Anwar ni.
Padanlah dia selalu terlibat dengan kegiatan yang bunyi bunyi sejenis ni.  Mungkin dia terlupa yang depan dia tu jantan, bukan perempuan. Apa pun, jangan bangun tidor pagi esok dia lupa yang Azizah tu bini dia dahlah.

Apa Kena Mengena Judi Dan BN??

Walaupun lesen judi bolasepak diluluskan Menteri Kewangan kepada Ascot Sport, anak syarikat kumpulan Berjaya yang dimiliki Vincent Tan, ia tidak boleh beroperasi sekurang-kurangnya di empat negeri iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Ia hanya boleh beroperasi di negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) iaitu Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak di samping Putrajaya dan Labuan.
Ini berikutan pengumuman yang terkini iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah mengumumkan, kerajaan negeri Selangor tidak akan mengeluarkan lesen premis untuk judi tersebut

Kalau betulalah,Maknanya pastilah negeri-negeri Pakatan tidak ada masalah dari segi sosial dan salah laku.Tapi yang pelik ada juga..Cakap tak serupa bikin 

Wanita pertama PDRM kendali anjing K9

Wanita pertama PDRM kendali anjing K9
Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kali seorang anggota polis wanita dipilih sebagai pengendali anjing wanita pertama.

Koperal Hilda AK Wilson, 29, berkata. minat membela anjing sejak kecil antara faktor anak bongsu dari empat beradik itu menyertai unit K9 PDRM.

“Saya menjalani kursus selama empat bulan di bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk mengendali anjing K9 jenis Labrador bernama Da Hei, sebelum menjalankan tugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol),” katanya.

Siapa kata wanita tak boleh,wanita memang boleh dalam semua bidang..Cayalah!!

Polis hilang ASET RM1.33 Juta

Laporan Ketua Audit Negara hari ini mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan aset bernilai RM1.33 juta, bermula 2010 hingga 2013.

Rekod Ketua Audit Negara menunjukkan PDRM kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan.

Daripada jumlah itu, statistik kehilangan aset yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik PDRM mendapati, aset yang paling banyak hilang adalah gari dengan sejumlah 156 unit, diikuti senjata api dan kenderaan dengan masing-masing sebanyak 44 dan 29 unit.

"Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pengurusan aset di Ibu Pejabat PDRM dan tiga IPK yang diperiksa adalah kurang memuaskan.

"Pengurusan aset yang yang tidak teratur dan bersistematik boleh menyebabkan berlakunya kehilangan aset terutamanya senjata api dan gari yang boleh mengancam keselamatan awam," dedah laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Antara kelemahan yang ditemui audit berkenaan adalah kehilangan aset lewat dikesan; kelewatan melapor kehilangan kepada Ketua Jabatan dan Polis; Ketua Jabatan lewat menyediakan Laporan Awal Kehilangan Aset; Jawatankuasa Penyiasat Kes kehilangan aset lewat ditubuhkan; dan Jawatankuasa Kehilangan Aset lewat menyediakan Laporan Akhir.

Kelemahan lain termasuk soal pengurusan aset seperti Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira lewat mengambil tindakan susulan; kelewatan mengambil tindakan diperingkat kontinjen setelah kelulusan hapus kira oleh Kuasa Melulus; Kelewatan mengambil tindakan surcaj; tempat penyimpanan tidak selamat; dan ruang penyimpanan aset yang sempit dan terhad.

Sehubungan itu, pihak audit mengesyorkan agar pasukan PDRM memastikan pemeriksaan berkala dilaksanakan mengikut ketetapan supaya dapat mengesan kes kehilangan aset berkenaan.

"Memastikan pematuhan kepada penetapan norma masa proses kerja hapus kira aset supaya punca kehilangan dapat dikenal pasti segera.

"Memastikan kehilangan aset yang berpunca daripada kecurian, penipuan, atau kecuaian pegawai atau anggota dikenakan tindakan surcaj atau tatatertib supaya menjadi satu usaha pencegahan bagi mengawal kes kehilangan," syor laporan audit.



Satu jumlah yang besar  dan tinggi .Ketirisan ini perlu dibaiki dan diharapkan tidak akan berlaku lagi.

Surat Daripada Azmin Ali



Dari Azmin Ali

Saya membaca dengan tekun komen-komen pengunjung blog saya dan juga teman-teman facebook. Sindiran ringkas yang saya lontarkan dalam blog saya bertajuk “Apa signifikan keputusan Bagan Pinang”telah mengundang maklumbalas dari pembaca. Saya merasa terpanggil untuk memberikan respon.

Pakatan Rakyat perlu ‘go back to the drawing board’ dengan membuat post-mortem dan melakukan muhasabah secara adil dan berlapang dada. Memang benar suara rakyat Bagan Pinang yang kecil dari segi jumlah pengundi tidak semestinya mewakili sentimen rakyat Malaysia tetapi Pakatan Rakyat perlu memberikan perhatian serius terhadap suara kecil ini dan tidak melihatnya sebagai keputusan yang terpencil atauisolated case.

Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah khususnya perlu berpegang teguh dan menjunjung kerangka besar agenda perjuangan Pakatan Rakyat. Pembentukan Pakatan Rakyat adalah diasaskan kepada prinsip dan isu bersama yang antara lainnya termasuk demokrasi, hak asasi manusia, good governance, ketelusan dan pertanggungjawaban, kebebasan sistem kehakiman dan usaha memerangi rasuah.

Apabila kepimpinan memahami dan menghormati prinsip bersama ini maka tidak timbul watak-watak yang cuba menjadi jaguh dalam mempertahankan ideologi dan kepentingan serta agenda peribadi. Keyakinan rakyat akan terhakis apabila melihat pimpinan bercakaran di dada-dada akhbar. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah berulang kali memberikan peringatan kepada pimpinan untuk tidak ‘washing the linen in public’. Media yang dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional adalah musuh kita. Mereka mengupah ramai ‘spin doctors’ untuk memutar belitkan kenyataan Pakatan Rakyat dan membohongi rakyat. Mengapa segelintir pimpinan Pakatan Rakyat sukar memahami perkara yang semudah ini ?

Penyelesaian yang terbaik ialah melalui semangat muafakat dan ‘consultation’ dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat. Struktur organisasi Pakatan Rakyat juga perlu dimantapkan bukan sahaja di peringkat Pusat tetapi sehingga peringkat Daerah dan Cawangan.

Dasar-dasar Pakatan Rakyat dalam isu-isu penting seperti ekonomi, pendidikan, agama, budaya, keselamatan dan hubungan antarabangsa juga perlu diperjelaskan kepada rakyat melalui majlis-majlis penerangan dan edaran risalah yang menarik dan berfakta.

Pakatan Rakyat dibentuk bukan untuk memperbetulkan UMNO dan Barisan Nasional semata-mata tetapi Pakatan Rakyat perlu menjana perubahan total dan mengangkat agenda reformasi dalam sistem kenegaraan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Justeru itu, Pakatan Rakyat perlu mengukuhkan pentadbiran dan menambahbaik sistem penyampaian di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini perlu menjual produk kejayaan mereka atau ‘success story’ menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Keupayaan Pakatan Rakyat mentadbir dan mengurus ekonomi dan permasalahan rakyat di empat buah negeri ini pastinya akan meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia untuk membawa Pakatan Rakyat di persada Putrajaya. Insya Allah.

Saya masih yakin bahawa rakyat Malaysia khususnya generasi muda mahu perubahan dan akan mendukung usaha Pakatan Rakyat untuk membina Malaysia Baru yang lebih sejahtera dan makmur untuk semua rakyat Malaysia.

AZMIN ALI