Halaman

Rabu, 27 November 2013

Berprangsangka Baik Sebelum Muzakarah

Muzakarah


Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata, orang Melayu dan orang Islam perlu duduk berbincang untuk masa depan anak cucu memandangkan sudah ada golongan tertentu yang begitu berani mencabar kedudukan agama Islam dan Raja-raja Melayu.

"Ini semuanya berlaku kerana mereka (golongan tertentu) melihat orang Melayu dan Islam begitu lemah sehingga mereka merasakan bahawa mereka yang lebih berkuasa untuk menentukan politik negara kita," katanya. 

  
Untuk bermuzakarah Pas perlulah bersangka baik dengan Umno.Muzakarah bukan melibatkan ideologi parti sebaliknya hanya untuk membincangkan mengenai bangsa dan agama,

Kalau Pas dan Umno dah macam anjing dengan kucing, macam mana nak bermuzakarahkan.Asyik nak bercakar je,

Pas pun jangan ego sangat, meletakkan banyak sangat pantang larang untuk bermuzakarah dengan Umno.Tapi bila bekerjasama dengan Dap tak pula.

Dua-dua perlu serius untuk bermuzakarah.Utamakan kepentingan bangsa dan agama dahulu.Jika tidak bermuzakarah,takut ada pihak yang akan menangguk di air yang keruh nanti.


Segerakan Muzakarah

Pas perlu mendahulukan kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu bukannya ideologi politik parti itu bagi merealisasikan cadangan muzakarah dengan Umno, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Ketua Menteri Melaka itu berkata dalam bermuzakarah dengan Umno, Pas tidak seharusnya mencari pelbagai alasan dan meletakkan syarat bagi memastikan survival Islam dan Melayu terjamin pada masa hadapan.

Beliau berkata Pas perlu mencari titik persamaan dengan Umno pada muzakarah itu bagi memastikan perpaduan antara umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini semakin kukuh.

"Ketepikan segala perbezaan, segala ideologi dan duduk semeja bincang... tentukan objektif dan matlamat apa yang perlu diperoleh pada muzakarah itu dan jangan sekali-kali mencapah keluar," katanya kepada pemberita di luar
persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka di sini hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-59 di Shah Alam, Selangor Ahad lepas, berkata parti itu sedia bermuzakarah dengan Umno dalam usaha untuk melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini.

Ditanya tentang pengaruh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan mampu menjadi penentu sama ada muzakarah itu berlaku atau tidak, Idris berkata parti itu tidak seharusnya meletakkan kepentingan individu di hadapan kepentingan Islam dan Melayu.

"Muzakarah ini perlu dilihat pada kepentingan lebih luas, jangan lihat pada seorang sahaja, jangan kerana seorang tidak mahu semua tidak mahu ini tidak betul," katanya. - Bernama

Pas Selangor setuju muzakarah dengan Umno

Dr Abdul Rani Osman

Pas Selangor bersetuju muzakarah antara parti itu dengan Umno dilaksanakan secara terbuka dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam, kata Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Abdul Rani Osman.

Beliau berkata sudah tiba masanya perbincangan antara dua parti utama orang Islam itu diadakan, apatah lagi umat Islam di negara ini sedang berdepan dengan pelbagai ancaman seperti isu lesbian, gay dan murtad.

Bagaimanapun, Dr Abdul Rani meminta muzakarah itu diadakan secara terbuka atau siaran langsung bagi mengelakkan timbulnya pelbagai isu dan spekulasi, terutama bagi kepentingan politik pihak tertentu.

"Kita ketepikan perbezaan politik dan saya setuju supaya kita mesti berada di landasan yang sama. Pas tidak mahu bersendirian berjuang untuk Islam kerana Umno perlu turut berada bersama kita.

"Pas Selangor melihat muzakarah ini menjadi penentu kepada nasib generasi akan datang," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Abdul Shukur Idrus berharap Pas ikhlas dengan muzakarah itu serta tidak menggunakannya untuk kepentingan politik, semata-mata untuk menakutkan DAP.

"Kita harap Pas ikhlas, jangan keluarkan kenyataan ini untuk takutkan DAP, untuk ugut DAP supaya tunduk dengan Pas. Apapun Umno berharap ini permulaan yang pasti untuk Umno dan Pas seiring dalam pelbagai isu melibatkan umat Islam," katanya ketika ditemui di tempat sama.

Muzakarah antara Pas dan Umno dizahirkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada sesi penggulungan Muktamar Pas di Shah Alam Ahad lepas.

Abdul Hadi berkata parti itu sedia bermuzakarah dengan Umno dalam usaha  melaksanakan pentadbiran berasaskan Islam dan ia perlu dilakukan jika Umno benar-benar ingin melaksanakan Islam.

Presiden Pas itu berkata parti itu mempunyai ramai tokoh dan pemimpin yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang untuk bermuzakarah dengan Umno demi kepentingan Islam. - Bernama

Mengapa Pas Selangor sahaja?bukan Pas induk?

Umno Selamanya

Umno akan terus melaksanakan program membela rakyat di samping memperkemaskan kedudukannya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kemasukan beberapa muka baru dalam kepimpinan negeri, selepas pemilihan parti baru-baru ini, akan membantu menggerakkan pelbagai program yang dirancang.

Untuk itu, beberapa biro diwujudkan untuk membantu memperkasakan orang Melayu termasuk dari segi ekonomi, usahawan, latihan, pendidikan dan pengaduan awam.

“Kita juga tidak meminggirkan orang Cina dan India dengan bantuan rakan komponen BN iaitu Gerakan, MCA dan MIC yang turut menampilkan muka baru dalam kepimpinan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno Pulau Pinang petang kelmarin.

Menurutnya, beberapa sekretariat turut diwujudkan untuk merangka strategi dari segi memperkasakan parti dan menghadapi PRU14 dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu, Zainal Abidin turut mengumumkan Ketua Umno Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Umno masih relevan lagi.

Yadim Gesa Cepatkan Muzakarah

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) berharap muzakarah antara Umno dan Pas dapat disegerakan kerana ia memberi kesan positif kepada budaya baharu politik Melayu-Islam.

Yang di-Pertuanya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan hari ini, berkata sudah tiba masanya untuk pemimpin kedua-dua parti terbesar mewakili Melayu berlapang dada dalam menangani isu yang menyentuh kepentingan agama dan bangsa.


Pas yang banyak berdolak dalih,Umno nak tapi mengapa Pas yang mencadangkan tapi nak mengelak juga?? tak faham aku dengan Pas ni.

Anak Nik Aziz Jadi Timbalan Pemuda Pas

Muhammad Khalil Abdul Hadi

Kemenangan Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang merupakan satu-satunya wakil tunggal kumpulan ulama yang berjaya menempatkan diri dalam barisan kanan kepimpinan sayap pemuda itu dipandang positif oleh pemimpin ulama Pas.

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah berkata, pemilihan Muhammad Khalil menunjukkan golongan ulama mendapat perhatian untuk membarisi kepimpinan Pas di semua peringkat.


Kemenangan Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden Pas dalam meletakkan dirinya dalam barisan kepimpinan Pemuda Pas Pusat sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas.

Beliau dianggap wakil tunggal ulama dalam tiga barisan tertinggi sayap parti itu memandangkan dua calon lain yang menang di peringkat jawatan ketua iaitu Suhaizan Kaiat dan naib, Ir Mohd Khairil Nizam Khirudin adalah daripada golongan profesional.


Pas dan kroni Nik Aziz memang tak boleh dipisahkan..:)

Pas Amal Sistem Quo

Muktamar Pas ke-59 yang berakhir hujung minggu lepas menyaksikan hampir kesemua saf kepimpinan parti mengekalkan status quo mereka.

Barisan kepimpinan yang baharu dipilih parti bagi penggal 2013-2015, menurut Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain secara keseluruhannya adalah seimbang di antara golongan profesional dan ulama.

Meskipun mengekalkan beberapa pimpinan lama, katanya golongan profesional yang dipilih akan membantu Pas untuk melebarkan jajahan dan pengaruhnya pada  masa hadapan.


Gandingan Mat Sabu dan Abdul Hadi
   
Berhimpun sejak Jumaat lepas sejak awal pagi hingga larut malam, akhirnya keputusan yang ditunggu-tunggu menyaksikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bergandingan semula dengan Mohammad Sabu sebagai timbalannya.

Persoalan yang timbul, adakah kemenangan tipis Mohammad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, suatu yang dirancang?

Meskipun Mat Sabu ditentang hebat oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, tetapi faktor populariti Timbalan Presiden itu mengatasi pencabarnya.

"Saya rasa Mohammad Sabu patut diberi peluang sepenggal lagi untuk menerajui parti. Ini bukan menidakkan kepimpinan Mohd Amar daripada kumpulan ulama, sebaliknya untuk menghargai jasa Mohammad Sabu terutama dalam membawa Pas hari ini," kata perwakilan Pas Selangor, yang mahu dikenali sebagai Azman.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chau menyifatkan keputusan mengekalkan Mat Sabu bukanlah satu plot konspirasi sebaliknya bertujuan meneruskan dasar parti yang dibuat sebelum pilihan raya umum ke-13, Mei lepas.

Timbul juga persoalan apabila Datuk Mahfuz Omar gagal merebut jawatan nombor tiga parti dan tewas nipis 16 undi kepada Datuk Husam Musa yang menerima 520 undi. Adakah ia disebabkan wujudnya puak-puak di dalam parti?

Hu berkata kegagalan Mahfuz meraih tempat untuk jawatan nombor tiga parti meskipun memberi saingan sengit kepada Husam bukanlah kerana beliau dibenci perwakilan.

"Saya percaya, perwakilan mahu Mahfuz diberikan tugas lebih besar daripada naib presiden iaitu sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah untuk memastikan negeri itu kembali semula diperintah Pas," katanya.      

Naib Presiden tiga elemen   
    
Turut digandingkan bersama Abdul Hadi ialah seorang naib presiden baharu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, selain dua penyandangnya Husam dan Salahuddin Ayub.

Tuan Ibrahim menyifatkan gandingan bersamanya mewakili tiga elemen iaitu profesional, aktivis dan ulama.

Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjung, Pulau Pinang Yaacob Omar, yang berpandangan serupa, berkata pemilihan kali ini menepati ramalan supaya wujud gabungan individu yang berlainan latar belakang.

"Inilah sebenarnya dimahukan anggota parti di mana kepimpinan kita ini mempunyai gabungan yang cantik sama ada di kalangan profesional, aktivis dan ulama.

"Contohnya macam Presiden, dia adalah di kalangan ulama dan timbalannya daripada kalangan profesional tetapi masih mempunyai latar belakang keagamaan," katanya.

 Hubungan dengan rakyat sekutu Pakatan

Bukan sahaja berkisar kepada pemilihan, Muktamar Pas kali ini turut melihat anggota perwakilan bangkit tegas menyuarakan pandangan mahu tindakan tegas dalam hubungan dengan rakan sekutu DAP dan PKR.

Mereka lantang menyuarakan dan berusaha mendapatkan pencerahan daripada pucuk pimpinan parti mengenai kedudukan Pas dalam gabungan pakatan.

Ada yang meminta Pas tidak lagi menjadi 'barua' DAP, bahkan ada juga perwakilan yang tidak sanggup lagi Pas menjadi alat tunggangan rakan sekutu, malah ada yang 'menjerkah' barisan kepimpinan supaya isu berkaitan Melayu turut dibincangkan dalam muktamar.

Semasa sesi penggulungan, Dewan Ulama Pas turut mengulangi saranan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib supaya Majlis Syura dan Pas Pusat mengkaji semula tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) yang ada dalam pakatan.

Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dalam ucapan penggulungannya berkata kajian itu perlu diadakan bagi membuat penambahbaikan sama ada daripada segi politik atau dasar-dasar yang terkandung dalam kerjasama itu.

Nada berbeza
     
Namun, nada berbeza disuarakan Timbalan Presiden Mohamad Sabu apabila beliau dalam penggulungannya mengakui Pas memerlukan bantuan DAP dan PKR untuk melebarkan jajahannya dalam pilihan raya akan datang.

Dalam isu hudud yang diperjuangkan Pas, tetapi ditentang kuat sekutunya DAP, Presiden Pas menegaskan bahawa Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun dibantah DAP.

Abdul Hadi dalam ucapan penangguhannya berkata rayuan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Pas tidak meneruskan cadangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan adalah hanya ideologinya sendiri dan tiada apa-apa perjanjian dalam pakatan.

Bagi mereaslisasikan pertadbiran Islam di negara ini, Presiden Pas juga menyatakan kesediaan Pas bermuzakarah dengan Umno mengenainya.

Jelas Abdul Hadi, kesediaan Pas bermuzakarah itu dizahirkan daripada kepakaran dan pemimpin mereka yang menguasai pelbagai bidang profesional seperti undang-undang, ekonomi dan penguatkuasaan.

Menyentuh idea muzakarah Pas bersama Umno itu, Ahmad Atory berkata, cadangan itu bukanlah kali pertama dibangkitkan Pas, bahkan kenyataan untuk bermuzakarah itu timbul semula mungkin selepas berasa 'terpukul' oleh perwakilan yang meminta supaya isu berkaitan Melayu turut dibincangkan secara mendalam dan komprehensif dalam muktamar parti.

"Secara tidak langsung Pas mengakui bahawa Umno berjaya membela nasib orang Melayu. Kalau Umno tidak berjaya, sudah tentu isu berkaitan orang Melayu dan bumiputera hangat dalam muktamar sepertimana isu seperti pendidikan dan ekonomi yang dibangkitkan sebelum ini," katanya. - Bernama