Halaman

Selasa, 24 Disember 2013

Amaran Keras Sesiapa Yang Terlibat Perhimpunan Gulingkan Kerajaan



Jangan cuba-cuba mencabar undang-undang..Buruk padahnya..

PDRM Ambil Tindakan Tegas Kepada Sesiapa Yang Terlibat Pada 31 Dis 2013


JANGAN BUAT SPEKULASI –PDRM

Kuala Lumpur - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penglibatan parti pembangkang dalam penganjuran Himpunan Guling Kerajaan yang kononnya akan dilakukan pada 31 Disember ini. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya kini turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan individu yang menyebarkan poster mengenai perhimpunan itu di Internet.

Tan Sri Khalid memberi amaran keras kepada mana-mana individu termasuk ahli politik atau pertubuhan bukan kerajaan agar tidak menyokong perhimpunan dan pihaknya akan menahan mereka terlibat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-Langkah Khas) 2012.

Sumber: Utusan Malaysia

PANDANGAN AL-QARADAWI BERKENAAN UCAPAN TAHNIAH DENGAN KEDATANGAN PERAYAAN AGAMA SELAIN ISLAM

PANDANGAN AL-QARADAWI BERKENAAN UCAPAN TAHNIAH DENGAN KEDATANGAN PERAYAAN AGAMA SELAIN ISLAM

Al-Qaradawi adalah antara ulama yang menyatakan keizinan mengucapkan tahniah dengan kedatangan perayaan agama selain Islam.

Dalil-dalil yang digunakan oleh beliau adalah seperti berikut;

satu;
Firman Allah yang bermaksud, "Allah tidak halang terhadap mereka yang tidak menyerang agama kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari negara kamu, bahawa kamu melakukan kebaikan dan keadilan kepada mereka. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang melaksanakan keadilan" (Surah al-Mumtahanah, ayat

Menurut al-Quran, ayat ini adalah panduan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dalam hubungan antara muslim dengan non muslim.

Dua:
Firman Allah yang bermaksud, "Hari ini dihalalkan kepada kamu perkara baik; makanan mereka yang diberikan kitab adalah halal bagi kamu dan makanan kamu halal bagi mereka; perempuan yang baik dari kalangan mukminat dan perempuan dari kalangan mereka yang diberikan kitab sebelum kamu" (Surah al-Maidah, ayat 5)

Dalam ayat ini, Allah swt pamerkan keharusan memakan sembelihan ahlu kitab dan dibenarkan berkahwin dengan perempuan mereka, sedangkan al-Quran nyatakan pernikahan adalah untuk capai kasih sayang.

Firman Allah yang bermaksud, "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir" (Surah al-Rum, ayat 21)

Tiga:
Setengah yahudi telah datang berjumpa dengan Rasulullah dan mereka berlumba-lumba mengucapkan salam. Aisyah maklumkan bahawa mereka berkata "al-sam" (mati), bukan "al-Salam" (sejahtera)

Dijawab nabi dengan kata baginda yang bermaksud, "Allah itu menyukai kasih sayang pada semua urusan" (muttafaq alaih)

Dari hadis ini, dipamerkan bahawa Islam menggalakkan kasih sayang dalam hubungan bersama dengan orang bukan Islam dan melarang mengambil sikap keras terhadap mereka.

Empat;
Firman Allah yang bermaksud, "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu" (Surah al-Nisa' ayat 86)

Ayat ini mengajar bahawa sesuatu ucapan itu hendaklah dibalas dengan yang lebih baik. Ekoran itu, dibenarkan memberi ucapan kepada mereka jika mereka berlumba-lumba untuk memberi ucapan baik kepada kita.

Tidak baik bagi muslim bahawa dia kurang memberi penghormatan. Ini kerana, Nabi Muhammad saw ada bersabda yang bermaksud, "Mukmin yang sempurna iman adalah mereka yang baik akhlak"

Dan hadis bahawa nabi saw ada bersabda, "Aku dibangkitkan untuk sempurnakan keindahan akhlak"

Lima;
Diriwayatkan bahawa majusi berkata kepada Ibn Abbas, Assalamualaikum.

Ibn Abbas menjawab, Waalaikum salam wa rahmatullah.

Setengah rakan-rakan beliau bertanya, apakah kamu mengatakan rahmat Allah untuk mereka?

Dijawab ibn abbas yang bermaksud, "Apakah tidak kerana rahmat Allah mereka hidup?"

Dari dalil-dalil yang dikemukakan ini al-Qaradawi menyatakan bahawa keizinan bagi muslim mengucap tahniah dengan kedatangan perayaan agama mereka, sama ada dengan menghantar kad atau dengan ucapan lisan yang tidak merangkumi mengagungkan syiar dan ucapan keagamaan mereka. Juga, ucapan itu tidak bermaksud akui dan redha dengan agama mereka. Dengan maksud, ia sekadar ucapan mujamalah atau ucapan kesopanan, pamerkan sikap hormat dan berbudi bahasa.

al-Qaradawi juga mengomentari dengan menyatakan bahawa tidak dilarang menerima hadiah dari mereka kerana melihat bahawa Nabi saw menerima hadiah non muslim seperti muqawqis mesir dan sebagainya. Namun, hadiah itu hendaklah bukan perkara yang diharamkan Islam seperti arak dan daging babi.

al-Qaradawi juga memandang bahawa tidak boleh muslim itu menyambut perayaan keagamaan tersebut seperti menyambut aidul fitri dan aidul adha, tetapi ia tidak salah jika sekadar memberikan ucapan.

al-Qaradawi ada juga mengomentari pendapat Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah yang melihat keras tentang perkara ini dalam kitab iqtida' Sirat al-Mustaqim. Komentar al-Qaradawi adalah bahawa fatwa Ibn Taimiyyah merujuk kepada situasi di zaman beliau. Dengan maksud, jika Ibn Taimiyyah berada di era kini; era dunia semakin berhampir-hampiran, keperluan manusia kini berhubungan antara satu dengan lain, ada sebilangan muslim menuntut ilmu dari orang bukan Islam dan berbagai lagi, sudah pasti dia perlu hargai perubahan fatwa di era kini yang tidak sama dengan era dahulu.

(al-Qaradawi, Fatawa Maasarah, Dar al-Qalam li al-Nasyr wa al-Tawzi' - kaherah, Kuwait : 2002 - 1422, hlmn 668 - 673)

Ramai keliru mengapa Najib lantik Wardina



Ramai juga yang keliru mengapa Perdana Menteri, Najib Razak melantik artis Wardina Safiyyah menganggotai Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).

Ini kerana Wardina diketahui memang mempunyai pandangan yang lebih mirip kepada pembangkang serta kerap kali mengkritik kerajaan dalam tulisannya di twitter. 

“Kenapa tidak dilantik daripada kalangan pemimpin persatuan artis atau daripada kalangan penggiat seni yang lebih senior?” tanya blogger politik, Shahbudin Husin di dalam blognya.

Baginya, komposisi ahli-ahli majlis MKPN itu juga seperti tidak menggambarkan realiti kedudukan kaum yang sebenar di mana sepatutnya ahli daripada kalangan Melayu jauh lebih ramai berbanding ahli daripada kaum lain. 

Menurutnya, Melayu dan Umno sebenarnya sama-sama dipinggirkan dalam MKPN.

“Selain Melayu dan Umno diketepikan dalam usaha membentuk perpaduan, Najib yang juga Presiden Umno nampaknya lebih menghargai dan memandang tinggi kewibawaan Ahli Parlimen dan AJK PAS Pusat berbanding parti di mana beliau sendiri menjadi ketuanya,” tulisnya lagi.
Ahli-ahli MKPN:

Pengerusi - Samsudin Osman
Timbalan Pengerusi - Lee Lam Thye

Ahli majlis:

Ramon Navaratnam
Pheng Yin Huah
Napsiah Omar
Dr Michael Yeoh Oon Kheng
Johan Jaafar
Senator Boon Soom a/l Inong
Dr Mujahid Yusof Rawa
Clarence Bongkos Malakun
John Sikayun
Lim Kok Cheong
Saifuddin Abdullah
Zainal Abidin Abdul Kadir
Rugayah Abdul Majid
Dr Kantayya Mariapan
Prof Madya Dr Madeline Berma
Prof Dr Suresh Kumar a/l Govind
Dr Bilson Kurus
Tan Yew Sing
Lim Chee Wee
Lim Lam Thye
Sadar Jagir Singh
Marina Mahathir
Mohamed Maliki Mohamed Rafiee
Mohamad Anas Omar @ Anas Zubedy
Wardina Safiyyah
Ariff Irwani Azahari
Audrey Goh

Tol Tetap Dinaikkan

Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan langkah kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran tol dan berkata, sekiranya harga tol kekal, Putrajaya terpaksa menaikkan kadar cukai.
Menurut Perdana Menteri, pihaknya bagaimanapun sedang meneliti beberapa kaedah untuk memberikan kesan minimum kepada pengguna tol tetap untuk mengelakkan mereka terbeban dengan kenaikan kadar berkenaan.
"Kalau tak kena tol kita kena naikkan cukai. Cukai ni kena semua. Tol orang lalu akan bayar. Tapi kerajaan memikirkan agar kenaikan ini tidak akan memberi keuntungan tak munasabah kepada tol operator.
"Mungkin bagi pengguna tetap kita boleh bagi season pass. Prinsip kita, pakai lebuhraya kita terpaksa bayar itu kita tak boleh tolak. Ini realiti," kata Najib ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke-60 di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau turut menyindir pembangkang dari Pakatan Rakyat yang hanya tahu mengkritik sedangkan mereka hanya mempunyai pengalaman mentadbir negeri, dan bukannya negara.
"Pembangkang di negeri sahaja. Ingat mereka kalau di tempat sama tidak buat tindakan sama?" tegas Najib dalam ucapannya di hadapan perwakilan MCA dari seluruh negara.
Najib turut menegaskan, kerajaan Barisan Nasional pimpinannya masih bersedia mendengar rungutan dan keluhan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup yang disebabkan program rasionalisasi subsidi.
"Saya tak kata kerajaan sempurna, tapi kerajaan ini sedia mendengar suara rakyat. Supaya tak terlalu berat bebannya kepada rakyat.
"Inilah langkah kehadapan, yakinlah ekonomi kita berada di landasan yang betul," kata Najib ~ The Malaysian Insider

Suka atau tak suka,rakyat Malaysia terpaksa akur dengan kenaikan harga tol.

Rakyat Jangan Termakan Pujukan Pembangkang

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang susulan kenaikan harga barang yang akan dilaksanakan tahun hadapan.
Menurut Najib, kenaikan harga barangan serta penstrukturan semula subsidi adalah langkah terbaik bagi memastikan rakyat mendapat manfaat yang sepatutnya.
"Mereka ini pembangkang akan mula bising bila kita naikkan harga barang tetapi mereka naikkan gaji Speaker mereka dan Adun mereka sampai 200-300 peratus, cuba lihat siapa yang naikkan gaji mereka hingga terlalu tinggi?
"Gaji Speaker lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri, logikkah?," katanya pada Perhimpunan Agung MCA kali ke-60 yang diadakan di sini, hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, dalam isu menaikkan kadar tol misalnya, kerajaan belum pun sempat membuat keputusan rasmi untuk menaikkan harga ke atas konsesi tol, namun pembangkang dilihat lebih dulu menaikkan cukai perniagaan sehingga 400 peratus seperti yang berlaku di Selangor.
"Itu pun belum muktamad lagi, belum proses lagi, kita otkk dulu...kita otkk dulu (dalam erti kata lain kita tunggu dulu).
"Tapi mereka lebih dulu, Selangor umumkan kenaikan cukai perniagaan sehingga 400 peratus, lagi dahsyat," katanya.
Kerajaan negeri Selangor baru-baru ini didesak untuk mengkaji semula kenaikan lesen perniagaan dan cukai pintu di beberapa daerah di negeri itu yang naik secara mendadak oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Difahamkan kenaikan membabit antara lain Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya, dibuat menerusi undang-undang kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 ~ Sinar Harian

Denda Kepada Yang Hilang MYKad dinaikkan

Nampaknya semua nak naik.Tak ada yang nak turun.Dari minyak,tol,harga barang,semuanya lah nak naik..yang terbaru denda kepada yang hilang MYKad akan dinaikkan.


“Adakah dengan menaikkan kadar hukuman terhadap individu yang kehilangan MyKad dapat menyelesaikan masalah kehilangan ribuan MyKad?

Bagi golongan yang tidak mampu,terutama yang tinggal di Sabah dan Sarawak pasti mereka tidak mampu semata-mata datang ke bandar untuk membuat atau menukar kad pengenalan baru.

Antara sebab lain kehilangan MyKad penduduk di pedalaman ialah tercicir atau terjatuh ke dalam sungai ketika perahu karam dan sebagainya.
“Jadi pihak kerajaan harus menimbang semula cadangan untuk menaikkan kadar hukuman terhadap individu yang kehilangan MyKad,

Pihak kerajaan perlu memikir cara terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat bukan dengan cara menaikan harga barang keperluan dan menaikkan denda yang belum tentu boleh menyelesaikan masalah hutang negara.
 Kerajaan harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku sekarang bukan dengan membebankan kehidupan rakyat yang telah memberi amanah untuk mereka terus memerintah negara ini.
“Kita menggesa pihak kerajaan mengkaji semula dan menyiasat apa punca sebenar berlaku kehilangan MyKad,” ujarnya.
Katanya lagi, kos untuk bayaran kehilangan MyKad kali pertama sekarang sebanyak RM110 pun dikira cukup mahal dan seterusnya akan dikenakan sehingga mencapai kepada RM310.
Menruutnya, bagi golongan yang berpendapatan rendah dan mereka yang kurang berkemampuan ianya sudah dikira mahal.
“Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengkaji semula denda keatas kehilangan MyKad amat dihargai,” katanya lagi.



Kerajaan harus memikirkan mekanisme yang terbaik agar rakyat tidak merasa yang mereka sentiasa dibebankan dengan tindakan kerajaan.


Sekali dua terbeban mungkin mereka tahan lagi,tapi kalau da selalu terbeban,siapa yang akan tahankan,..Fikir-fikirkanlah...