Halaman

Rabu, 29 Januari 2014

Tak Perlu Pilihan Raya Kecil di Kajang

uruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh tanpa sebarang alasan sebagai sesuatu yang tidak wajar, membazirkan wang rakyat serta membuang masa dan tenaga.

Tindakan tersebut menyebabkan badan bebas itu terpaksa memperuntukkan sekurang-kurangnya RM2 juta bagi melaksanakan pilihan raya kecil untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kos tersebut tidak termasuk untuk
 perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan oleh agensi-agensi lain seperti polis, tentera, pihak media dan parti-parti politik.

Tegas beliau, walaupun peletakan jawatan Chin Cheh adalah sah dari segi undang-undang, dari segi moral dan politik, bekas ADUN PKR itu diharap dapat menjadi wakil rakyat untuk tempoh lima tahun.
"Kecualilah kalau meninggal dunia, sakit kuat atau tenat atau sebab-sebab lain di bawah artikel 48 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan seseorang wakil rakyat itu hilang kelayakkan.

"Pilihan raya kecil ini akan berlaku di Kajang iaitu sebuah bandar yang agak besar, sudah tentu melibatkan kos yang tinggi berbanding di Terengganu atau Kedah, kita terpaksa berbelanja untuk sesuatu yang tidak wajar dan dari segi moralnya tidak betul," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas peletakan jawatan Chin Cheh tanpa alasan semalam.

Nampaknya Anwar terdesak untuk berkuasa sehingga sanggup menyuruh Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepadanya untuk menjadi Menteri Besar.

Ingatlah Anwar yang rakyat Kajang tidak sanggup dimanipulasikan oleh anda lagi.Ingat apa,pilihan raya ni suka-suka hati kau je nak buat bila-bila dan saja-saja je ek?Harap SPR tidak tunduk dengan permainan kotor PKR ini.


Tolak Anwar Ibrahim ,Bukti Pas Tak Sehaluan Dengan PR

Menurut setiausaha PAS Selangor itu, selagi tidak timbul isu penggantian menteri besar, parti Islam itu hanya menjadi pemerhati sahaja.
“Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai.
“Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sebagai calon utama kita,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan dikeluarkan selepas sidang media PKR pagi tadi yang turut disertai wakil PAS dan DAP yang memaklumkan Anwar akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas dikosongkan.
Semalam bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan kerana dikatakan mahu memberi laluan kepada Anwar yang mahu menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor.
Menurut Mohd Khairudin, pihaknya mengikuti perkembangan politik di Selangor secara langsung dan berhati-hati.
“Kita akan menghantar nama ini untuk pertimbangan PAS Pusat dan terserah kepada kepimpinan pusat untuk menentukannya kemudian. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN,” katanya.
“Apa pun keputusan kita dalam Pakatan Rakyat (PR) kita yakin ia mestilah membawa kepada kestabilan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PR,” katanya.
PKR hari ini mengesahkan akan meletakkan Anwar sebagai calon bagi kerusi DUN Kajang yang dikosongkan oleh Lee semalam.
Keputusan itu diumumkan oleh Abdul Khalid di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
“Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding di Kajang,” kata Abdul Khalid.

PKR ingat depa dan DAPiG sahaja ke nak kuasa,PAs pun nak jugak.Rasanya dah terlalu lama Pas beralah dan berkorban untuk sekutunya,tiba masanya untuk PAs pula menunjukkan "taring" yang tersimpan lama sebelum ini..

Selasa, 28 Januari 2014

DSAI sah bertanding di Dun Kajang

dsai

Hebat sungguh permainan pembangkang.Di suruhnya Adun Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada ketua mereka untuk menjadi Menteri Besar.

Sebelum ini,DSAI penah mengatakan hanyalah khabar angin yang dia akan menjadi calon untuk Dun Kajang.Tapi nampaknya sandiwara Anwar tidak berpanjangna apabila mengesahkan diri untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil untuk kerusi Dun kajang yang telah dikosongkan.

Nampaknya memang bersungguh-sungguh DSAI nak tendang Khalid dan menajdi Menteri Besar.Tak dapat jadi Perdana Menteri,jadi Menteri Besar pun jadilah.

Diharapkan rakyat Kajang tidak memberi muka kepada si keparat ini untuk menjadi Menteri Besar.Jangan biarkan si keparat ini berkuasa.

Jangan benarkan rakyat Malaysia sekali lagi dipermainkan oleh si kerapat ini.

Anwar berangan nak jadi MB

Ada yang mengatakan perletakan jawatan ADUN PKR Kajang, Lee Chin Cheh adalah kerana ingin memberikan lalu kepada Ketua Parti Pembangkang iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor.


Surat perletakan jawatannya telah pun dihantar kepada Hannah Yeoh semalam.Ketika ini wujud spekulasi Khalid Ibrahim bersetuju untuk mengundurkan diri dengan syarat Azmin Ali tak dilantik sebagai Menteri Besar baru.
 Bagi membolehkan laluan diberikan kepada kepada Amwar Ibrahim untuk menjadi MB,apabila satu pilihanraya kecil diakan dan perlu dimenangi oleh ketua pembangkang tersebut.

Kalau Anwar menjadi Menteri Besar maka penggunaan kalimah Allah akan digunakan di semua gereja-geraja dan oleh orang bukan Islam di Selangor.

Diharapkan rakyat tidak terperdaya dengan agenda jahat pembangkang ini.Di harap rakyat dapat berfikir dahulu sebelum mebuang undi mereka.

Terlajak perahu boleh diundur tapi kalau terlajak undi ,maka buruk padahnya kalau tersilap undi.






'Cikgu Lembu' patut dibuang dari perkhidmatan

‘Cikgu Lembu’ patut dibuang dari perkhidmatan, bukan dipindah sahaja.

Itu adalah pandangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang mengecam tindakan ringan yang dikenakan ke atas seorang guru sekolah rendah di Sungkai ,Perak,ayng mendenda dua muridnya dengan mengepinkan loceng pada baju dan menyuruh mereka memakan rumput.

Khairy berkata demikian di laman Twitternya, semasa mengemukakan komen tentang guru yang dilaporkan ditukar ke sekolah lain dan akan diberi surat amaran yang tegas kerana bertindak keterlaluan mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah.


Sepatutnya Suruhanjaya Perkhidmatan pelajaran (SPP)  mengambil tindakan tegas dan drastik dan bukanya hanya memindahkan sahaja sepatutnya perlu dibuang daripada perkhidmatan tersebut mengikut tatacara yang terdapat dalam suruhanjaya itu.

Tindakan ringan dari SPP tidak cukup untuk meredakan kemarahan orang ramai terhadap tindakan tenaga pengajar tersebut,

Bak kata perpatah,'kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga'.Oleh kerana hanya seorang dua yang membuat onar,secara tidak langsung telah menjejaskan keseluruhan institusi pendidikan negara.


kadang-kadang tidak hairanlah mengapa ramai pelajar-pelajar sekarang yang mempamerkan tindakan kurang  ajar terhadap guru-guru,kerana guru-guru sekarangpun selalu mempamerkan tindakan kurang ajar terhadap  pelajar-pelajarnya.

Diharapkan selepas insiden ini,tidak ada lagi insiden yang memalukan lagi institusi pendidikan seperti sebelum ini.

Khamis, 23 Januari 2014

Tindakan Biadap PR ,Rakyat Malaysia Di Jepun Yang Jadi Mangsa





Susahlah kalau kerana perbuatan tak bertamadun PKR tapi  rakyat yang kena.PKR hanya pentingkan diri sendiri.tengok yang menjadi mangsa adalah rakyat Malaysia di Jepun.

Bodoh betullah macai-macai PR ni.Tindakan Kumpulan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang diketuai oleh ketuanya Shamsul Iskandar bukan sahaja dicemuh oleh penyokong kerjaan  tetapi  ramai juga penyokong pembangkang yang mencemuh tindakan PR itu.




'Gugur Azmin bukan arahan Abdul Khalid'

Penasihat Ekonomi Selangor,  Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penguguran Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bukan atas arahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anwar mengulangi kenyataannya bahawa seorang pengurus besar tiada hak membuat surat arahan bagi meminta mana-mana ahli lembaga pengarah meletakkan jawatan.

"Saya dah bincang dengan  Khalid (Menteri Besar ), dan beliau sudah menjelaskan bahawa beliau tidak mengarahkan sama sekali (pengguguran Azmin).

"Melihat kepada fakta (kes ini), Pengurus Besar tulis surat, Menteri Besar tidak ada sebut sedemikian dan tidak ada arahan sedemikian, walaupun ada mesyuarat Exco, pengurus besar syarikat tidak boleh menulis tanpa arahan daripada kerajaan negeri berhubung penguguran mana-mana ahli majlis, lembaga itu ialah tuan punya syarikat atau setiausaha syarikat, bukan pengurus syarikat," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau tidak menyokong tindakan PKR Selangor yang menghantar nota bantahan kepada di Ibu Pejabat PKNS berhubung tindakan Abdul Khalid yang mengarahkan penukaran serta-merta kepada Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan juga Setiausaha Kerja perbadanan itu, Norita Mohd Sidek yang berkuat kuasa 20 Januari lalu.

"Saya akan menasihatkan mereka, tidak perlu tindakan sebegitu dan saya akan menasihatkan ahli-ahli PKR untuk tunduk kepada Majlis Pimpinan parti, dia boleh bagi pandangan, teguran dan telah dikemukakan dan dia juga harus mendengar penjelasan kerajaan negeri," katanya.

Pada sidang media yang sama, PR sekali lagi mengajak kerajaan BN bermuzakarah bagi membincangkan isu semasa.

Ketua Pembangkang itu berkata perbincangan itu bagi mengelakkan tercetusnya insiden yang tidak diingini, lebih-lebih lagi apabila isu peristiwa berdarah 13 Mei dibangkitkan ketika demonstrasi di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Kita ingin jelaskan isu ekonomi, kemiskinan, kenaikan harga barang adalah isu rakyat.

"Tidak harus diputarbelitkan dan menakut-nakutkan dengan mengaitkan 13 Mei. Selalunya yang menjadi mangsa adalah rakyat bawahan. Sebab itu kami menggesa Perdana Menteri yang merangkap Pengerusi BN segera menyambut saranan ini," katanya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan, bukan setakat DAP, malah semua pihak termasuk PKR dan Pas tidak mahu peristiwa berdarah itu berulang kembali.

"Tak pernah dalam negara kita lalui zaman macam ini. Ada satu pihak rela cetuskan kebencian kaum dan agama berasaskan kenyataan palsu dan tidak benar untuk menunjukkan keadaan tak baik di negara ini," katanya.

Minggu lalu, lebih 600 ahli Umno Pulau Pinang telah mengadakan demonstrasi di Seberang Jaya membantah tindakan Adun Machang Bubuk Lee Khai Loon menyuapkan kangkung kepada replika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam demonstrasi tersebut, peserta turut didakwa membawa sepanduk tertulis: "Kerana mulut pemimpin DAP berlakunya 13 Mei 1969... adakah anda mahu lagi?

Sumber:Sinar Harian