Halaman

Rabu, 1 Ogos 2012

Cabar Teresa dedah butiran perjanjian

EXCO kerajaan Selangor, Teresa Kok dicabar mendedahkan butiran terperinci perjanjian dibuat kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) sebelum itu berhubung penstrukturan hutang Talam Corporation  Sdn Bhd (Talam).Ketua Biro Profesional Muda MC, Datuk Chu Tee Yong,berkata ini kerana perjanjian terakhir ditandatangani Kerajaan BN Selangor dengan syarikat terbabit bertarikh 8 Mac 2007 hanya sah setahun.Katanya, kerajaan PKR Selangor dan Talam memeterai perjanjian baru pada 2010,sekali gus tidak terikat dengan perjanjian sebelum itu yang dimeterai ketika BN memerintah negeri berkenaan seperti didakwa Teresa.
"Teresa perlu dedahkan butiran terperinci perjanjian terbabit. Jika tidak, dakwaannya bahawa kerajaan PKR Selangor terikat dengan perjanjian ditandatangani kerajaan negeri di bawah BN sebelum itu adalah tidak benar, mengelirukan dan hanya bertujuan memutarbelitkan fakta" katanya pada sidang media di Wisma MCA, semalam.
Melalui kenyataan dalam laman blognya 25 Julai lalu, Tersea mendakwa, kerajaan Selangor terikat dengan perjanjian dibuat kerajaan negeri BN sebelumnya berhubung penstrukturan hutang Talam.

Sumber: BH 1 Ogos 2012




Tiada ulasan:

Catat Ulasan