Halaman

Selasa, 31 Julai 2012

Jangan buat tuduhan melulu:SPR

"Dakwaan PAS pemilih sama boleh 2 kali undi tak benar"
 Pihak yang meragui sesuatu perkara dalam daftar pemilih suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta tidak membuat tuduhan bersandarkan kepada penemuan sendiri.
sebaliknya mereka perlu tampil dan mengemukan bukti agar SPR dapat melakukan siasatan di lapangan selain menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), demikian menurut kenyataan suruhanjaya itu,semalam.
Kenyataan pembangkang tak benar dan tanpa bukti
Dalam perkembangan berkaitan, siasatan SPR berhubung kenyataan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor, Wan Mohamad Ghazali Mahmood bahawa individu bernama Jarmiah Abu Talib boleh mengundi dua kali kerana memiliki dua MyKad yang sah, adalah tidak benar dan dibuat tanpa bukti.
Kenyataan itu disiarkan Harakah dalam isu bertarikh 30 Julaihingga 2 ogos 2012 pada muka surat N22 dengan tajuk "Misteri Pengundi Dua MyKad didaftarkan dua Kali Sebagai Pemilih".
Kenyataan menjelaskan,siasatan SPR mendapati individu yang dimaksudkan adalah dua orang yang berbeza dan masing-masing memegang nombor MyKad 49032-08-5370 dan 470321-0805540.
Menurut kenyataan itu, pegawai SPR sudah ke rumah individu berkenaan dan mendapati pemilik kedua-dua Mykad adalah adik beradik yang berkongsi nama sama tetapi memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama serta MyKad 12 angka berbeza.
Semakan dengan JPN mendapati pemegang kedua-dua nombor kad pengenalanadalah orang berbezakerana memiliki rekod cap jari berbeza, oleh itu, mereka adalah warga negara dan pengundi yang sah di sisi undang undang.



Sumber:BH 31 Julai 2012

LA:pe lak kes pas nie. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan