NIk Aziz sahut cabaran Karpal
Datuk Nik Aziz Nik Mat menyahut cabaran Karpal Singh dengan mengulangi pendirian parti itu yang tetap akan memperjuangkan hukum hudud,walaupon tidak dipersetujui sekutunya,DAP.
Menurut Musyidul Am PAS itu, sebagai parti yang memperjuangkan Islam, PAS tetap akan melaksanakan hukum Islam,baik dalam segi ekonomi,sosial atau perundangan seperti hudud.
Hudud untuk orang Islam
Hukum hudud untuk orang Islam dan sekiranya orang bukan Islam hendak guna hudud, boleh dan tidak perlu melalui perbincangan ,menurut menteri besar tersebut.Ini adalah reaksi beliau daripada kenyataan, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mencabar dua pemimpin tertinggi PAS iaitu Nik Aziz, dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam menyatakan pendirian mengenai hukum hudud dan negara Islam.
Menurut perjanjian dalam pakatan pembangkang yang dibuat tahun lalu, yang mengatakan bahawa hudud bukan sebahagian dari dasar bersama pakatan sehingga semua parti bersetuju.
DAP parti anti -Islam
Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang secara konsisten menetang pelaksanaan negara Islam dan hukum hudud membuktikan parti itu anti- Islam dan Melayu.Lebih menyedihkan pemimpin Islam dalam pakatan pembangkang akur dan tunduk kepada DAP sehinga sanggup mengenepikan Islam yang diperjuangkan mereka selama ini.
Sumber :BH 26 Julai 2012
LA: cakap tak serupa bikin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan