Shah Alam- penduduk di Lembah Klang desak kerajaan PKR Selangor selesaikan segera masalah air,bukannya mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).
Mereka mendakwa keputusan kerajaan Selangor untuk mengambil alih SYABAS dalam tempoh 14 hari selepas didakwa tidak mampu memberi perkhidmatan baik kepada pengguna, bertujuan mahu mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah sebenar.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat selangor(GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata kerajaan negeri mahu mengambil alih atau memomokkan perkara lain kepada rakyat supaya mereka lupa terhadap masalah sebenar yang lebih besar.
"Sebagai Menteri Besar,beliau seharusnya lebih prihatin terhadap masalah dialami rakyat dan bukannya bertindak di atas dasar agenda parti,"katanya ketika mengulas keputusan kerajaan Selangor mahu mengambil alih pengurusan SYABAS.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalil Ibrahim,berkata keputusan itu diambil menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi.Katanya, pengambilalihan adalah sebahagian daripada perjanjian konsesi dan dibenarkan.
Kerap putus bekalan air
Sementara itu, penduduk di Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan iaitu antara kawasan yang kerap mengalami gangguan bekalan air menyatakan sudah tidak sanggup lagi berdepan masalah itu untuk tempoh lebih lama.
M Manimaran, 37, berkata beliau tidak membantah jika berlaku pertukaran pengurusan SYABAS asalkan ia boleh menjamin masalah bekalan air dapat diselesaikan segera.
"Sudah lama kami berdepan kesukaran ini, sedangkan kawasan lain tidak mengalaminya. Saya harap kesusahan ditanggung penduduk akan berakhir segera,"katanya.
Rofizan Ismail,32, pula berkata, beliau mengambil pendekatan" tunggu dan lihat"mengenai keputusan kerajaan Selangor untuk mengambil alih pengurusan air daripada SYABAS.
Apapun keputusan dicapai,saya harap masalah ini mampu diatasi. Bagi saya dan isteri yang hanya hidup berdua, mungkin tidak begitu terasa tapi bagi keluarga besar, ketiadaan bekalan air tentu menyusahkan".katanya
Lim Ah Yong, 63,berkata disebabkan krisis bekalan air,beliau dan suaminya, Mun Tack Hing, 64, sering sakit badan kerana terpaksa mengangkut air yang diambil dari lori tangki SYABAS hampir setiap hari.
Sementara itu, tinjauan BH ke tiga loji imbangan kendalian Puncak NIaga (M) Sdn Bhddi Sungai Hulu Langat,mendapati takungan air terawat berada pada paras kurang satu meter berbanding empat meter pada kebiasaannya.
Pengurus Jabatan Perhubungan Awam Puncak Niaga,Mohd Suffian said,menjelaskan penurunan melampaudi loji itu adalah disebabkan peningkatan pengunaan air yang mungkin disebabkan cuaca panas sejak Mei lalu selain pertambahan penduduk.
Oleh kerana permintaan terlalu tinggi,air yang dirawat tidak sempat ditakung,sebaliknya terus disalurkan ke tangki perkhidmatan pengguna,"katanya.
LA: Rakyat dah bagi keprcayaan pada kerajaan baru,patutnya tepati lah janji-janji manis mereka dulu,bukannya mencari alasan semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan