Halaman

Rabu, 8 Ogos 2012

'Ambil tindakan sewajarnya'

Georgetown: Pelbagai pihak mendesak DAP mengambil tindakan ke atas ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan kerana memperlekehkan sumbangan Datuk Lee Chong Wei.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow yang menyifatkan Manoharan biadab, berkata komennya tidak boleh diterima pada saat rakyat masih bersedih dengan kekalahan Chong Wei selepas bermain bermati-matian. DAP perlu maklumkan apa jenis tindakanaka diambilterhadapManoharan atau mereka hanya mahu berdiam diri. DAP kena ingat mereka tidak boleh bersikap talam dua muka dalam isu ini. 




Politikkan kemenangan

Saya boleh bayangkan kalau Chong Wei menang, pasti mereka (pembangkang) akan cuba mengambil kredit dan mungkin cuba mempolitikkannya juga, katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa BN negeri di sini, malam kelmarin.

Dalam perlawanan akhir badminton Sukan Olimpik, Ahad lalu, Chong Wei tewas kepada Lin Dan, 21-15, 10-21, 19-21 selepas bertarung 79 minit.

Berikutan kekalahan Chong Wei, Manoharan membuat komen menerusi twitternya. Antara komennya: Malaysia will win its first gold medal after Pakatan takes over Putrajaya, Lin Dan wins. He played better than Lee Chong AWAY. (Malaysia akan menang pingat emas Olimpik pertama selepas Pakatan ambil alih Putrajaya. Lin Dan menang. Dia bermain lebih baik daripada Lee Chong AWAY). 
Perlekeh maruah negara 

Di IPOH, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan mempersendakan Chong Wei sama dengan memperlekehkan maruah negara.

Katanya, tindakan Manoharan jelas menunjukkan beliau seorang individu yang tidak sensitif dengan perasaan rakyat Malaysia.

Dia ingat dia saja yang hebat, jadi dia sanggup memperlekehkan orang lain, katanya kepada pemberita selepas sesi Hari Bertemu Pelanggan di sini, semalam.

Manoharan juga dituduh cuba mempolitikkan sukan negara apabila mendakwa Malaysia hanya memenangi pingat emas di Sukan Olimpik selepas pembangkang mengambil alih Putrajaya.

Zambry berkata, Manoharan tidak mewakili suara rakyat di negara ini dan bersikap mementing diri.



LA: Kerana pulut santan binasa,keraan mulut badan binasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan