Halaman

Selasa, 14 Ogos 2012

Anwar tabur gula- gula


Janji mudah ditepati dan juga dikhianati.Datuk Seri Anwar Ibrahim menabur'gula-gula'pada majlis di Kota Marudu memang mengasyikkan.RM650 kepada setiap warga tua dan RM100 kepada setiap bayi dilahirkan sehingga mencecah usia 18 tahun. Itu belum lagi janji royalti minyak 20 peratus untuk Negeri di bawah bayu dan jawatan timbalan perdana menteri khusus bagi wakil dari Sabah yang acap kali dijaja andai kata impian pembangkang melangkah ke Putrajaya menjadi kenyataan.
Anwar mengeluarkan kenyataan mengelirukan apabila mengulas pengumuman Terma Rujukan (TOR)  Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah.Beliau melihat RCI sebagai gimik politik BN menghadapi pilihan raya umum, manakala pengumuman Perdana Menteri ,Datuk Seri NajibRazak didakwa selepas mendapat tekanan pelbagai pihak. 
Tidak sedarkah Anwar yang beliau juga sedang menabur janji untuk memancing undi untuk pilihan raya akan datang???'mengata orang paku serpih,mengata orang dia yang lebih'.
Kredit harus diberikan kepada pemimpin parti tempatan Sabah kerana sekurang-kurangnya mereka dapat membezakan antara kepentingan peribadi parti dengan perjuangan demi masa depan rakyat walaupun ideologi berbeza.
Selepas sekian lama kebimbingan rakyat Sabah terhadap pandangan liar atua renungan tajam wajah asing yang menumpang tanah bertuah ini bakal terlerai satu persatu.Ini mungkin mengambil masa, tetapi jika rakyat Sabah boleh memiliki kesabaran setinggi Gunung Kinabalu sejak hampir empat dekad lalu, mereka pasti sedia memberi ruang kepada RCI melaksanakan tanggungjawab diamanahkan. Kesimpulannya rakayt Sabah lebih matang dalam berpijak di bumi nyata.

sumber: BH 14 Ogos 2012
LA: Harap rakyat Sabah tak jadi 'tipah tertipu'.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan