Halaman

Isnin, 13 Ogos 2012

RCI di Sabah sekadar gimik politik:Anwar

Pakatan pembangkang mendakwa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah adalah gimik politik Barisan Nasional (BN) bagi menangani masalah berkaitan pendatang izin di Sabah adalah gimik politik Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya menubuhkan suruhanjaya itu selepas mendapat tekanan pelbagai pihak dan masalah itu tidak akan selesai sekiranya BN memenangi pilihan raya umum akan datang.
"Apa yang dituntut juga adalah sebuah suruhanjaya menumpukan perhatian di sabah tetapi bersifat nasional kerana jumlah ( pendatang asing) dari Sabah dipindahkan ke Kuala Lumpur ,Selangor dan Johor adalah ramai.
"kita bimbang sementara menunggu siasatan RCI siap, mereka ( pendatang asing ) dipindahkan dan dibawa balik selepas semuanya selesai".dakwanya pada sidang media selepas mesyuarat parti pakatan pembangkang  negeri ,di sini semalam.
Jun lalu, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan RCI bagi menangani maslah berkaitan pendatang asing tanpa izin dan kelmarin,Najib mengumumkan pula lapan aspek sebagai terma rujukan (TOR) selain barisan anggota suruhanjaya berkenaan.
Boleh hadir mesyuarat
 sementara itu,Anwar berkata majlis paaktan pembangkang peringkat pusat meneriam penyertaan Ahli Parlimen Beaufort ,Datuk Lajim Ukin dan Ahli Wilfred Bumburing sera memutuskan mereka boleh menghadiri mesyuarat peringkat negeri.
Kita turut memutuskan penubuhan jawatankuasa  penyelaras di Sabah untuk menyelesaikan pelbagai isu seperti pembahagian kerusi dan pengukuhan jentera pilihan raya,katanya.
Mengenai khabar angin ada wakil rakayt BN akan menyertai pakatan pembangkang ,Anwar berkata: kita tidak undang mereka, hanay menunggu"

Sumber: BH 13 Ogos 2012
LA: Macam-mcam hal pakatan pembangkang nie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan