Butterworth: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'tukang belit' yang hanya mahukan kuasa di Putrajaya tanpa memikirkan kebajikan rakyat dan masa depan negara. Beliau berkata, Penasihat PKR itu memutarbelitkan fakta sehingga orang percaya semata-mata mahu memenuhi sasaran ke Putrajaya.
Rakyat perlu bijak dan pastikan pemimpin yang menerajui Malaysia mempunyai rekod baik dan mampu menjaga kita. Pakatan pembangkang tiada pelan jangka panjang, hanya ghairah mahu ke Putrajaya. Kalau kita pilih pemimpin jahat dan mempunyai niat tidak baik, siapa yang rugi? Sudah pasti anak kita dan cucu kita," Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Bekas Naib Pengerusi DAP.
“Rakyat perlu bijak dan pastikan pemimpin yang menerajui Malaysia mempunyai rekod baik dan mampu menjaga kita. Pakatan pembangkang tiada pelan jangka panjang, hanya ghairah mahu ke Putrajaya. Kalau kita pilih pemimpin jahat dan mempunyai niat tidak baik, siapa yang rugi? Sudah pasti anak kita dan cucu kita.
Apa akan jadi dalam tempoh 50 tahun akan datang jika kita tersilap memilih parti yang tidak tahu cara pentadbiran?
Mengenai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Tunku Aziz berkata, DAP menyingkirkan sesiapa yang bijak daripada parti itu kerana mahu pastikan agenda mereka tercapai.
“Guan Eng bukan orang Pulau Pinang pun, orang Melaka yang dibuang. Beliau tidak tahu apa yang rakyat negeri ini mahukan,” katanya.
“Guan Eng bukan orang Pulau Pinang pun, orang Melaka yang dibuang. Beliau tidak tahu apa yang rakyat negeri ini mahukan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan