Abby Abadi akan menyertai konvoi Kembara Perantau Ganukite jelajah Terengganu mulai 1 Mei ini.
”Konvoi ini adalah kesinambungan kepada konvoi Kembara PAS Ganti Umno (PGU6) ke Paka pada hujung tahun lepas. Tetapi pada kali ini kita akan adakan konvoi Perantau Pulang Pakoh Pakatan (P3P) pula,” kata setiausaha penganjur konvoi, Zulhilmi Abd Rahman
Setakat ini, katanya penyertaan adalah menggalakkan dan pendaftaran awal telah melebihi 10 buah kenderaan dan dijangka mencecah lebih 40 buah kerana tidak ada yuran pendaftaran yang dikenakan.
Tambahnya, pihak sekretariat juga sedang menghubungi dan mengalu-alukan tokoh-tokoh akademik dan mahasiswa yang berasal dari Terengganu untuk bersama-sama memeriahkan kembara P3P kali ini.
”Program konvoi ini dinaungi oleh Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail akan bermula jam 8.00 pagi 1 Mei sempena cuti hari pekerja,” ujarnya.
Abby orang dah x minat ler,"ustazah mee segera" orang Pas je yg tergila-gilakan si Arbaiyah nie..huhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan