Halaman

Jumaat, 19 April 2013

BN tiru PR lagi, nak beri air percuma di Selangor


BN Selangor disifatkan terpaksa menelan ego dan keangkuhan sendiri apabila berhasrat meneruskan pemberian air percuma kepada rakyat di negeri ini jika berjaya menawan Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Calon PAS Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tawaran manifesto BN ini jelas bercanggah dengan pendirian parti itu yang sebelum ini lantang mengkritik pemberian air percuma boleh memufliskan negeri.

Tegasnya, tawaran itu juga menunjukkan bahawa BN sekali lagi cuba menciplak apa jua manifesto Pakatan Rakyat (PR) baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri Selangor khususnya.

“Kalau dakwaan mereka bahawa negara akan muflis kerana manifesto PR, maka apakah dengan mereka meniru manifesto kami di peringkat Persekutuan dan Negeri itu akan turut membankrapkan negara dan negeri? “Sedangkan semasa di awal pemerintahan PR dahulu, mereka membuat pelbagai kecaman dan kritikan antaranya termasuklah pemberian air percuma yang hanya merugikan Kerajaan Negeri.

Kalau begitu kecamannya, mengapa BN masih meniru program dan polisi PR Selangor,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.
Terdahulu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam satu kenyataan pada 3 Jun 2011 menegaskan untuk tidak mengusulkan kepada Kerajaan Pusat berhubung pemberian 1000 liter air percuma kepada rakyat kerana mendakwa tidak mendatangkan faedah.

Bagaimanapun, BN Selangor menerusi manifesto PRU-13 bercadang meneruskan program pemberian air pecuma kepada rakyat di negeri ini jika berjaya merampas Selangor daripada PR.

Tambahnya, jika Kerajaan BN benar-benar ingin membantu rakyat, maka seharusnya tawaran air percuma itu diperluaskan ke setiap pelusuk negara ini.

Bagaimanapun menurutnya, beliau tidak yakin usaha itu dapat dilakukan berikutan amalan monopoli dan kronisme masih diamalkan pentadbiran Umno-BN.

“Mereka boleh janji untuk memberikan air percuma, tetapi pengurusan air itu akan tetap diberikan kepada syarikat konsesi iaitu kroni mereka sendiri.

“Sepatutnya mereka boleh berikan air percuma kepada rakyat sejak dulu lagi, tetapi mereka tidak mahu kerana ia tidak mendatangkan untung kepada kroni,” tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan