Sekiranya anda ingin keluar dari kegelapan ini, eloklah berikan peluang kepada BN. Sekiranya anda rasakan BN gagal, tukar semula selepas lima tahun, kuasa terletak pada tangan rakyat,” kata Muhyiddin.
“Berilah peluang kepada Perdana Menteri yang memohon mandat baru, dan nilaikan cara-cara kami, sudah pasti akan ada perubahan dalam masa lima tahun. Sekiranya tiada perubahan, anda ada hak untuk menukarkan kami. Kami mahu buktikan apa yang kami mampu lakukan untuk rakyat.”
Pengundi-pengundi di Kelantan semakin bertambah bosan dengan pentadbiran PAS yang lama dan tidak efektif serta wujud juga kebimbangan dalam kalangan orang bukan Islam tentang agenda agama yang semakin menyelinap masuk ke dalam pentadbiran negeri – ini berkemungkinan akan mengurangkan sokongan bukan Islam terhadap Pakatan Rakyat.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah tiba masanya untuk Barisan Nasional merampas semula Kelantan agar negeri itu tidak ketinggalan dalam program transformasi yang sedang dikecapi di seluruh negara.
Isu tanah, isu tanah orang Asli, isu balak kena tarah sampai habis, isu premis maksiat, isu air bersih, isu lebuh raya - banyak masalah tak selesai tidak termasuk dari dosa-dosa Nik Aziz kepada rakyat Kelantan.#TukarKelantan #bolaweii
Tiada ulasan:
Catat Ulasan