Halaman

Rabu, 10 April 2013

Saya tak gentar ke Putrajaya - Husam



Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa tidak gentar untuk bertanding di kerusi parlimen Putrajaya walaupun ramai yang menjangkakan kerusi itu akan 'mematikan' beliau. 

Husam ketika memberi ucapan sebaik sahaja diumumkan sebagai calon di Putrajaya mengakui kerusi yang diamanahkan itu sukar untuk dimenangi, namun baginya ia dilihat satu cabaran yang besar dan perlu digalasnya dengan bijak.

P125 Putrajaya disandang oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menenangi kerusi ini pada PRU 2008 dengan majoriti sebanyak 2,734 undi.

"Dia seorang setiausaha agung, seorang  yang strategis dan tokoh yang hebat. Walaupun cabaran yang berat, saya cabar untuk berikhtiar biar Putrajaya diwarnakan dengan warna yang sesuai dengan rakyat.

"Di bawah lembayung kehidupan tidak salah untuk mencuba," tegasnya.

Katanya, trend sekarang adalah trend untuk perubahan dan memerlukan beliau menggariskan strategi ke atas Putrajaya yang bukan sahaja kerusi parlimen tetapi sebagai pusat transformasi negara.

Husam turut menerima nasihat daripada kalangan ahli parti agar beliau tidak bertanding di kerusi Putrajaya kerana ia tidak selamat buatnya.

Husam turut menasihatkan agar tidak ada bendera parti di jalan-jalan protokal di sekitar Putrajaya kerana menghormati pusat itu sebagai kota pentadbiran kerajaan.

Hari ini Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan enam calon PAS yang akan bertanding kerusi parlimen dalam PRU ini. 

Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.

Selain itu, dua lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing akan bertanding di Parlimen Pokok Sena, Kedah dan Pulai, Johor.

Sebanyak 76 kerusi parlimen dan 230 kerusi DUN yang akan ditandingi PAS dalam PRU kali ini.


Kita tengok siapa yang lebih menjadi pilihan rakyat Putrajaya nanti,Husam ataupun Datu kSeri tengku Adnan!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan