Halaman

Khamis, 9 Mei 2013

Khalid VS Azmin rebut kerusi MB Selangor

Khalid, Azmin rebut kerusi MB Selangor

PAS, DAP, PKR masih tak sepakat calon sesuai isi jawatan
Jawatan Menteri Besar Selangor kini menjadi rebutan antara ahli PKR yang mahukan Timbalan Presiden parti, Mohamed Azmin Ali manakala DAP dan PAS menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus menerajui negeri itu bagi penggal kedua.

Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah, berkata berdasarkan jawatan dalam parti, Azmin adalah pemimpin kanan dibandingkan dengan Khalid yang hanya ahli Majlis Pimpinan Pusat. 


Pada PRU-13, PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR 14 kerusi sekali gus menjadi peluang terbaik kepada PAS untuk menerajui Selangor. 

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman sebelum ini dilaporkan berkata, beliau bersedia diberi tanggungjawab sebagai Menteri Besar jika mendapat mandat daripada kepemimpinan pakatan pembangkang di peringkat pusat. 
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Abdul Khalid patut kekal sebagai Menteri Besar kerana beliau berjaya mempertahankan Selangor dengan memenangi majoriti dua pertiga kerusi pada PRU-13.


PR memang tak bersatu hati, nak tentukan MB untuk Selangor pun dah berebut-rebut sesama mereka .Apa nak  lah dengan mereka nie??Rakyat patut buka mata ,tengok bertapa huru haranya PR sekarang ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan