Pengerusi PKR Selangor yang juga Adun Bukit Antarabangsa
Azmin Ali tidak setuju tindakan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim yang dilihat telah mengurangkan peruntukan jabatan dan agensi
bagi tujuan pembangunan dalam pembentangan Belanjawan 2014 hari ini.
Menurut Azmin kerajaan negeri tidak sepatutnya menghukum
agensi terbabit dengan mengurangkan peruntukan sekiranya jabatan tersebut gagal
mencapai jumlah bajet yang telah ditetapkan pada penggal lepas.
"Ini persoalannya apakah BBC (Kelab Penyokong Kerajaan
Selangor) akan menerima atau tidak memang menjadi perkara pokok yang
dibangkitkan dalam memorandum pertemuan dengan menteri besar sebelum ini.
"Biarpun kita memahami gesaan kerajaan negeri
mewajibkan setiap agensi perlu menggunakan sepenuhnya jumlah peruntukan bagi
mencapai matlamat tersebut namun adalah perbuatan tidak adil memotong
perbelanjaan agensi pada penggal ini berdasarkan penggunaan sebelum ini,"
katanya kepada media di Bangunan SUK, Shah Alam.
Beliau pada masa sama turut mengakui ini merupakan kali
pertama kerajaan negeri menggunakan rizab negeri dengan pengagihan yang adil
dan saksama.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai pembentangan
Belanjawan 2014 oleh Abdul Khalid.
Sebelum ini, BBC menghantar memorandum kepada Abdul Khalid
bertarikh 7 Oktober lalu meminta Menteri Besar itu memperbaiki kelemahan urus
tadbir memberi lebihan hasil rizab.
"Kerajaan negeri kena pantau secara dekat supaya
penggunaan itu berhemah dan capai budget performance tapi jangan hukum rakyat
dengan mengurangkan perbelanjaan pembangunan," katanya.
Khalid dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2014 itu turut
mengusulkan rancangan penggunaan rizab negeri berjumlah RM430 juta bagi
membiayai pembangunan jambatan ketiga Klang, rumah mampu milik, bangunan
sekolah, pembangunan desa, usahawan dan belia serta pemberdayaan wanita dan
desa.
Walaupun perbelanjaan pembangunan kurang dari apa yang
dituntut, Azmin menyifatkan belanjawan negeri itu menyeluruh.
Kerana itu beliau berkata akan membangkitkan semula isu itu
dalam sesi perbahasan seterusnya demi kepentingan rakyat negeri ini.
"Kita ambil contoh Jabatan Pengairan dan Saliran JPS,
penggal lepas agensi itu telah menggunakan RM6.1 juta dari RM6.7 juta yang
diperuntukkan kerana mereka tidak menghabiskan bajet tersebut menyaksikan
belanjawan mereka berkurangan kali ini.
"Jadi sekarang ini kami perlu ambil peluang semasa
perbahasan untuk membangkitkan isu ini bagi pihak rakyat. Semoga kerajaan
negeri akan pertimbangkan,"katanya
Dalam pembentangan belanjawan negeri 2014, Abdul Khalid
telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.85 billion melibatkan belanja
mengurus sebanyak RM1.225 billion dan RM625 juta bagi perbelanjaan pembangunan.
- 19 November, 2013.
Macam mana ni, sesama mereka pun tak sekepala..Apa dah jadi Azmin??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan