Halaman

Isnin, 16 Disember 2013

Adun Pulau Pinang Naik Gaji Pulak.!!!!!!!!!!!!!!!!!

Elaun atau saraan hidup Adun Pulau Pinang akan naik dari RM4112.79 kepada RM6,000 sebulan mulai Jun tahun ini.

Ia diluluskan sebulat suara oleh semua Adun  petang tadi.  

Exco Kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow (DAP-Padang Kota) ketika membentangkan pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) berkata, ia juga melibatkan kenaikan untuk bekas Adun.

Beliau berkata, pindaan kepada Seksyen 3 enakmen itu akan membolehkan kenaikan saraan bulanan sebanyak RM1,887.21 bagi 40 Adun melibatkan perbelanjaan tambahan kepada kerajaan negeri RM75,488.40 sebulan berkuatkuasa 1 Jun 2013.

"Kenaikan ini akan mempertingkatkan lagi semangat dan usaha Adun untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negeri.

"Secara keseluruhannya, kenaikan ini  adalah amat bersesuaian dan bertepatan dengan keadaan semasa," katanya.

Menurutnya, lenaikan ini mengambil kira jenis tugas dan perkhidmatan yang perlu diberikan sudah bertambah dengan ekspektasi yang tinggi dari rakyat tetapi mengambil kira kadar inflasi.

"Fasal 3 dipinda dengan menaikkan elaun ketua pembangkang di bawah seksyen 3A dari RM1,000 kepada RM2,000 sebulan. Ia juga berkuatkuasa 1 Jun 2013," katanya.

Beliau berkata, seksyen 10 enakmen itu memperuntukkan faedah kemalangan yang boleh dibayar kepada Adun, ketua menteri, Speaker Dun dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.

"Adun, Ketua Menteri, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan akan dibayar jumlah faedah kematian biasa dan kematian atau hilang upaya disebabkan oleh bencana.

"Adun mendapat faedah kemalangan sebanyak RM300,000; Ketua Menteri mendapat RM1,875,000; Speaker dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan  RM1,250,000," katanya.

Menurutnya, pindaan itu hanya melibatkan peruntukan yang ditanggung oleh kerajaan negeri jika berlaku kejadian sedemikian, lebih menguntungkan berbanding dengan pembelian skim insurans.

"Melalui pindaan ini, kerajaan negeri tidak perlu menanggung pembayaran premium tahunan tetapi hanya menyediakan peruntukan untuk dibayar sekiranya berlaku kematian dan lain-lain bencana," katanya.



Lepas Selangor,Pulau Pinang lak,Kelantan tak nak join ke??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan