Halaman

Jumaat, 13 Disember 2013

JPJ laksana MyLesen April depan

Orang ramai boleh mendapatkan lesen memandu dengan kos lebih murah dan cara mudah apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan program MyLesen, mulai April depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sri Ismail Ahmad, berkata JPN memperkenalkan program itu selepas mendapati lebih 3.5 juta pengguna jalan raya di negara ini, tidak memilik lesen memandu yang sah.

MyLesen adalah kesinambungan kepada program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) yang sedang dilaksanakan JPJ bagi membolehkan pemandu berusia 45 tahun ke atas memperoleh lesen memandu dengan cara lebih mudah. 


Untuk tujuan itu, Ismail berkata JPJ sudah mengadakan perbincangan dengan semua sekolah memandu bagi membolehkan program MyLesen dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun depan. 

Tetap harga maksimum 

Kita harap hasil perbincangan ini dapat menetapkan harga maksimum bagi urusan mendapatkan lesen memandu untuk motosikal hanya RM198, berbanding lebih RM300 ketika ini. 

Menerusi program ini, individu yang gagal melepasi ujian bahagian pertama beberapa kali dengan menggunakan komputer boleh mengambil semulanya secara bertulis, sekali gus memudahkan calon kurang mahir dalam teknologi maklumat, katanya selepas majlis penutup Program SKSJ di sini, semalam. 
Sementara itu, Ismail berkata, JPJ akan meneruskan program SKSJ berikutan sambutan menggalakkan masyarakat terutama mereka berusia 45 tahun ke atas yang belum memiliki lesen memandu. 

Kita akan berbincang untuk memperkasakan SKSJ dan mungkin akan laksanakan empat kali setahun berbanding tiga kali sekarang, katanya.


Apa lagi,rebutlah peluang yang ada ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan