PAS Selangor tidak semestinya menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar (MB) malahan akan meletakkan wakilnya sekiranya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatan tersebut, kata Mohd Khairudin Othman.
Menurut setiausaha PAS Selangor itu, selagi tidak timbul isu penggantian menteri besar, parti Islam itu hanya menjadi pemerhati sahaja.
"Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai.
PKR hanya mementingkan diri sendiri apabila mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai calon untuk mengisi kekosongan Dun Kajang atas tindakan Chin Cheh meletakkan jawatan secara tiba-tiba.
Nampaknya permainan politik kotor Anwar dan PKR turut tidak disenangi oleh rakan pakatannya seperti Dap dan Pas.
Nampaknya Anwar semakin terdesak untuk berkuasa,apabila kemaruk sangat untuk menjadi Menteri Besar sehingga sanggup menyuruh ADUN Kajang meletakkan jawatan semata-mata untuk memberi laluan kepadanya untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi orang penting di Malaysia.
Di harapkan penduduk Kajang tidak tertipu dengan permainan kotor PKR ini.Harap penduduk Kajang boleh berfikir secara rasional yang mereka sekarang ini sedang "dikangkungkan" oleh PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan