Halaman

Rabu, 19 Februari 2014

Khairy Bidas Dakwaan Waythamoorthy Di Twitter




Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi tulisannya di twitter mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikritik oleh bekas Timbalan Menteri dan pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy.
"Saya kenal Waytha & tidak mahu perlu mendedahkannya. Tetapi apabila adalah tidak adil apabila anda meletakkan kesalahan ke atas PM, maka saya tidak ada pilihan. Tanggungjawab kabinet adalah bersama."
Khairy mengecam Waythamoorthy dalam beberapa tulisan di twitter berkata, kaedah Waythamoorthy untuk melaksanakan perubahan adalah tidak bersesuaian dengan prosedur.
"Waythamoorthy menuntut semua bajet Kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah budi bicaranya. Itu bukan bagaimana Kerajaan menjalankan pentadbiran.
"Waythamoorthy mahu menguasai wang, tanpa melalui kementerian dan agensi. Apabila beliau tidak mendapatnya, beliau berhenti dan mempersalahkan PM @NajibRazak (akaun twitter milik Najib)."
Dalam tulisan twitter atau tweet yang lain, Khairy berkata: "Waythamoorthy tidak seharusnya mempersalahkan PM di atas kegagalan beliau dalam melaksanakan perubahan. Dia bukanlah seseorang yang boleh bekerja dalam pasukan."
Khairy menambah, bertentangan dengan dakwaan Waythamoorthy, Najib begitu responsif dalam menangani isu-isu yang telah diketengahkan.
"Setiap kali Waythamoorthy membawa perkara-perkara yang mendapat perhatian @NajibRazak, ianya telag diselesaikan. Tanyalah @mpkotabelud (akaun twitter milik Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan) mengenai masalah perumahan untuk masyarakat India," kata Khairy.
Beliau berkata, kerajaan kekal komited untuk membantu masyarakat India.
Menerusi sidang media pada Selasa, Waythamoorthy mendakwa Najib tidak berpegang pada janji yang dibuat dalam satu memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Barisan Nasional (BN) dan Hindraf sebelum pilihan raya umum Mei 2013.
Beliau juga menggesa Perdana Menteri untuk meletak untuk berundur daripada memegang jawatanya kerana memungkiri janji-janji yang dibuat kepada masyarakat miskin India.

Dah di beri betis nak peha pulak di Waythamoorthy ni..Sangat melampau dan kurang ajar.Orang macma ni memang patut di ajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan