Halaman

Jumaat, 13 Disember 2013

Mangsa Banjir Dapat RM500




 Wang bantuan RM500 kepada penduduk terjejas banjir dijangka mula diagihkan selewat-lewatnya hujung minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) hanya menunggu senarai lengkap mangsa daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 


Jika JKM bagi senarai itu Isnin (16 Disember), pada Khamis kita boleh mula agihkan kepada penerima. Apa yang penting, penduduk terbabit banjir minggu lalu dan belum mendaftar, sila berbuat demikian segera supaya tiada yang tercicir daripada mendapat bantuan, katanya. 



Shahidan berkata demikian selepas mengiringi Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, semalam. Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. 

Kenal pasti jumlah mangsa 

Sementara itu, Rohani berkata, JKM sedang mengemas kini data mangsa banjir bagi mengenal pasti jumlah sebenar mereka yang layak menerima bantuan, sekali gus mengelak pertindihan dan pelbagai masalah lain. 

Kita kena tengok betul-betul perkara ini sebab dalam sebuah rumah tidak semestinya ada satu keluarga saja, katanya. 
Di Johor Bahru, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latif Bandi, berkata kerajaan negeri akan membantu membaik pulih kediaman mangsa banjir yang rosak teruk dan kini dalam proses menilai jumlah kerugian ditanggung mangsa. 

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan peruntukan sewajarnya bagi menjayakan usaha ini. Kita bercadang menyalurkan bantuan tunai kepada mangsa selain yang disumbangkan Kerajaan Pusat, katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Smart Growth, semalam.

JPJ laksana MyLesen April depan

Orang ramai boleh mendapatkan lesen memandu dengan kos lebih murah dan cara mudah apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan program MyLesen, mulai April depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sri Ismail Ahmad, berkata JPN memperkenalkan program itu selepas mendapati lebih 3.5 juta pengguna jalan raya di negara ini, tidak memilik lesen memandu yang sah.

MyLesen adalah kesinambungan kepada program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) yang sedang dilaksanakan JPJ bagi membolehkan pemandu berusia 45 tahun ke atas memperoleh lesen memandu dengan cara lebih mudah. 


Untuk tujuan itu, Ismail berkata JPJ sudah mengadakan perbincangan dengan semua sekolah memandu bagi membolehkan program MyLesen dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun depan. 

Tetap harga maksimum 

Kita harap hasil perbincangan ini dapat menetapkan harga maksimum bagi urusan mendapatkan lesen memandu untuk motosikal hanya RM198, berbanding lebih RM300 ketika ini. 

Menerusi program ini, individu yang gagal melepasi ujian bahagian pertama beberapa kali dengan menggunakan komputer boleh mengambil semulanya secara bertulis, sekali gus memudahkan calon kurang mahir dalam teknologi maklumat, katanya selepas majlis penutup Program SKSJ di sini, semalam. 
Sementara itu, Ismail berkata, JPJ akan meneruskan program SKSJ berikutan sambutan menggalakkan masyarakat terutama mereka berusia 45 tahun ke atas yang belum memiliki lesen memandu. 

Kita akan berbincang untuk memperkasakan SKSJ dan mungkin akan laksanakan empat kali setahun berbanding tiga kali sekarang, katanya.


Apa lagi,rebutlah peluang yang ada ....

Harga tambang LRT

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syeh Hamid Albar membayangkan kenaikan Harga tambang LRT melalui Statement Beliau?!

Nampak seakan-akan akan perlumbaan di kalangan GLC untuk berlumba-lumba menaikkan Harga perkhidamatan tanpa memikirkan kesan yang bakal diterima Rakyat khususnya di kawasan bandar ini. Tolonglah Jangan buat kerja tanpa berfikir berkali-kali dengan otak! 

KERAJAAN sebelum ini telah mengalakkan Rakyat khususnya Warga kota untuk menggunakan perkhidamatan awam, namun cadangan untuk menaikkan tambang perkhidamatan awam ini seakan-akan jerat untuk pengguna khususnya Warga kota yang sedia maklum telah terbeban dengan kos Sara Hidup yang tinggi di Kuala Lumpur ini.

Adalah tindakan dan cadangan ini mahu menguji kesetiaan Rakyat yang telah memberikan kemenangan Kepada BN Dalam pilihanraya umum ke13 yang lalu?

SPAD seharusnya melihat atau menbuat kajian latar belakang pengguna pengangkutan awam yg rata-ratanya merupakan golongan pekerja kelas sederhana dan rendah manakala kelas menengah dan atasan menggunakan pengangkutan sendiri.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan perlu menjelaskan rasional terhadap peningkatan pelbagai kos yg dilihat seperti sudah dirancang.

Jambatan Kedua P.Pinang Dijangka Dibuka Akhir Februari Depan



 Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka dibuka kepada umum pada akhir Februari depan setelah kerja-kerja sistem tol Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan pengujian tahap keselamatan fizikal jambatan itu siap.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata sistem tol Plus itu perlu dinaik taraf terlebih dahulu kerana pengguna dikehendaki membayar tol semasa keluar dari lebuh raya dan sebelum memasuki jambatan berkenaan.

"Kita masih lagi melakukan penambahbaikan dan akan membuka jambatan ini apabila sistem terbukti berjalan dengan baik selain disahkan selamat diguna oleh orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melawat jambatan itu di sini, Khamis.

Beliau berkata pembinaan fizikal jambatan itu telah mencapai tahap 99.9 peratus dan plaza tol jambatan berkenaan adalah yang terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran.

Kerajaan masih belum memutuskan kadar tol yang akan dikenakan, katanya.

Jambatan sepanjang 24 kilometer iaitu 17 km di atas laut dan tujuh km di atas darat, direka dengan mengutamakan kelestarian alam.

Projek kerajaan persekutuan dengan kos RM4.5 bilion itu adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan dijangka dapat mengurangkan 25 peratus kesesakan trafik di Jambatan Pulau Pinang.

Menjawab isu berlainan, Fadillah berkata semua 29 lebuh raya di negara ini mempunyai tempoh konsensi yang berbeza dengan tempoh kadar tol disemak semula antara tiga dan lima tahun, bergantung kepada perjanjian konsesi.

Melayu Pulau Pinang Ditindas



Penduduk melayu Batu Ferringhi sering memberitahu kepada orang ramai pada tahun 2012 iaitu "kita harus bagi peluang kepada DAP memerintah, setakat ini kami orang Batu Ferringhi sudah dihadiahkan tapak badminton oleh DAP. Jika nanti tidak suka, kita ubah kembali, 5 tahun tidak lama pun" -itulah kata-kata orang Melayu Batu Ferringhi sewaktu kempen PRU13 yang lepas. Sebenarnya ini sudah kali kelapan tempat berniaga Melayu dan kampung Melayu diroboh oleh pembangkang selepas PRU13.

Adakah rakan-rakan sekalian yang berkaum Melayu akan sedar setelah berkali-kali ditindas?

1 juta alami gangguan air

Kira-kira satu juta pengguna air di kawasan Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 13 jam bermula jam 8 pagi, Selasa ini.

Gangguan itu adalah berpunca daripada pemberhentian operasi sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) di bawah kendalian Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) membabitkan 217,694 akaun pengguna Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). 

Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred, berkata pihaknya menerima permohonan dari PNSB bagi melaksana kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset utama di loji berkenaan. 


Permintaan air meningkat

Antara komponen kerja yang akan dilaksana termasuk menaik taraf papan suis bagi alat ubah (transformer) nombor 1 di muka sauk, pembaikan paip keluli, dan penggantian Sluice Valve di Rumah Pam Air Bersih ke Kolam Imbangan Matang Pagar.

SYABAS juga ingin memaklumkan bahawa permintaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terus meningkat manakala rizab kapasiti bekalan air daripada 34 loji sedia ada sudah menyusut ke tahap kurang daripada satu peratus sekali gus menyebabkan tiada lagi bekalan air alternatif ketika waktu kecemasan, katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.

Sehubungan itu, SYABAS akan mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning ketika loji berkenaan tidak beroperasi. 
Priscilla berkata, pemulihan bekalan air secara berperingkat dijangka bermula pada jam 9 malam hari sama sehingga 22 Disember.

Beri notis awal

Susulan gangguan bekalan ini sudah diberikan notis awal, pihak SYABAS tidak akan menyediakan lori tangki sepanjang tempoh gangguan kecuali kepada pengguna kritikal di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat.

Sebagai langkah persediaan awal, pihak SYABAS menyediakan 66 lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta 750 tangki statik sekiranya diperlukan khasnya di kawasan yang masih belum menerima bekalan air selepas tempoh 24 jam namun tertakluk kepada kapasiti kemudahan sedia ada SYABAS, katanya.

Pengguna di kawasan berkenaan dinasihat menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh itu.

Sebarang pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 24 jam di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL(jarak)aduan/pertanyaan dan hantar ke 39222.

Pengguna juga boleh membuat aduan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip puspel atau puspel syabas.

Maklumat lanjut mengenai lokasi terjejas bekalan air berkenaan, layari www.syabas.com.my

'Saya Bukan Robin Hood', - Tegas Menteri Besar Terengganu

"Perbuatan 'Robin Hood' merompak untuk membantu orang miskin tetap salah walaupun niatnya murni. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar, jadi tak perlulah umpamakan saya seperti Robin Hood."



Macam-macamlah...Bila di bantu di cop macam-maca..Ada ke patut!!!!