Isnin, 20 Januari 2014
Jangan Politikkan GiatMARA
Tindakan kerajaan Selangor di bawah pemerintah Pakatan Rakyat untuk menutup pusat latihan GiatMara di Selayang dan beberapa tempat yang lain perlu dipertimbangkan ekoran pusat yang memberi banyak maanfaat kepada kaum Melayu, Bumiputera khususnya.
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, walaupun kerajaan negeri itu mempunyai kuasa untuk berbuat demikian namun kepentingan masyarakat pada setiap masa masih perlu dititik beratkan.
"Kerajaan PKR Selangor tidak perlu keluar belanja, semua Kerajaan Pusat yang belanja, kita yang bagi ganjaran dan imbuhan pada kakitangan dan elaun pada pelatih.
"Jadi kita harap Kerajaan PKR Selangor tidak menutup GiatMara tersebut atau di tempat lain sebaliknya meneruskan usaha yang telah dijalankan selama ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mara Bersama Rakyat dan Program Bantuan Persekolahan di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini
Shafie berkata demikian bagi mengulas mengenai rancangan kerajaan Selangor untuk menutup pusat latihan tersebut.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan untuk membatalkan Pusat Latihan Giat Mara namun meletakkan syarat kepada institusi itu.
Syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri kepada Giat Mara adalah meningkatkan infrastruktur dalam tempoh setahun atau berhadapan dengan penutupan operasi.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Badan Bertindak Khas UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan tindakan kerajaan negeri yang mengeluarkan notis pengosongan tapak GiatMara sebagai 'ada udang di sebalik batu' berikutan lokasi tapak yang dikatakan agak kurang menarik untuk dibangunkan menjadi tapak industri berasaskan penerbangan.
Cina DaPIG Kurang Ajar!!
Apabila Cina semakin kurang ajar dan besar kepala.Ada ke patut replika muka Najib disumbatkan dengan 10 kg kangkung.Tindakan ini dilakukan ,bertujuan membantah kos sara hidup yang semakin meningkat.
perbuatan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Khai Loon dan penyokongnya mengundang kemarahan para penyokong BN.
Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang memperolok-olokkan Perdana Menteri kita.It's not funny anymore.!!
Anwar Dihalang masuk Jepun
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad dilarang memasuki Jepun dan beliau mengkritik layanan yang diberikan oleh para pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.
Beliau menerusi kenyataan di blog miliknya berkata, "Saya membantah sekeras-kerasnya tindakan ini, tidak wajar kerajaan Jepun untuk tidak membenarkan saya masuk dan menafikan hak-hak sah saya bagi perjalanan secara bebas tanpa halangan.
"Ia memang mustahil untuk salah sebuah negara demokrasi yang terkemuka di dunia untuk mengambil tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di bawah alasan lemah itu dan membiarkan saya dengan gambaran bahawa terdapat sesuatu yang mungkin menyebabkan keadaan ini berlaku," kata Anwar di blognya yang merujuk kepada campur tangan pihak tertentu yang menyebabkan beliau tidak dibenarkan masuk ke negara itu.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba di lapangan terbang pada pukul 6.46 pagi Ahad dari Kuala Lumpur tetapi telah dinafikan kemasukan oleh pegawai-pegawai imigresen.
Sebaliknya, beliau diberitahu untuk menaiki penerbangan pertama pulang atau berhadapan dengan tindakan pengusiran.
Anwar memberi kerjasama dan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi.
Ketua pembangkang itu diberikan penjelasan berhubung pengusirannya ekoran sabitannya sebelum ini pada 1999.
"Saya beritahu mereka ini tidak boleh jadi sebab yang diterima kerana saya pernah memasuki Tokyo tanpa halangan sebanyak tiga kali sebelum ini pada 2006, 2009, dan 2012.
"Saya memberitahu pihak berkuasa imigresen mesti terdapat campur tangan berhubung perkara inu dan membantah bahawa adalah tidak wajar bagi mereka untuk tidak membenarkan saya memasuki ke negara ini (Jepun) tanpa bona fide dan sebab yang sah," katanya.
Apabila didesak untuk diberitahu sebab lain, para pegawai menjelaskan bahawa tindakan itu diambil 'kerana laporan terkini', Anwar berkata, beliau menuntut penjelasan daripada Wisma Putra.
Anwar turut menambah bahawa pejabatnya lebih awal membuat pertanyaan dengan pihak Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur dan telah diberikan pelepasan.
Menurut kenyataan di blog Anwar, beliau pergi ke Tokyo selepas menerima jemputan peribadi oleh Yohei Sasakawa yang merupakan Pengerusi Yayasan Nippon bagi membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Islam.- mStar
Isnin, 13 Januari 2014
Kecewa Tak Naik Gaji, Khalid Buang Azmin Dari PKNS
AZMIN adalah yang terawal membantah keputusan Khalid Ibrahim menaikkan gajinya sendiri selaku Menteri Besar sehingga melebihi 100%, gaji Spekaer lebih 200% dan gaji Timbalan Speaker, 373%.
Sedangkan Azmin selaku ADUN, hanya naik 80%.
Untuk tidak nampak sangat dia yang mula, Azmin minta teman berkongsi bini, Anwar Ibrahim yang mula kondem keputusan tersebut, tak sampai setengah jam selepas itu, dia pulak kondem. Anwar kemudiannya guna pengaruh dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk minta Khalid batalkan keputusan tersebut.
Akibat tekanan yang bertimpa-timpa, tak sebut lagi dari rakyat Selangor yang sudah nampak kenaikan pelbagai jenis cukai, caj dan seumpamanya dalam negeri tersebut (sedangkan khidmat tak seberapa), termasuk masalah serbuan JAIS tempoh hari, menyebabkan Khalid terpaksa batalkan kenaikan tersebut.
Tapi Khalid tak lepas Azmin macam itu saja, dalam masa yang sama dia gugurkan Azmin dari kerusi ahlilembaga Pengarah PKNS – satu jawatan dengan pendapatan lumayan tapi kerjanya yang sangat-sangatsedikit, tidak berbaloi dengan gaji yang diterima.
Keputusan gugurkan Azmin ini memang keputusan akibat sakit hati kerana dari segi kelayakan, Azmin masih layak kerana kerusi itu atas kuota ADUN Selangor. Berbanding Teressa Kok yang turut digugurkan, dia bukan lagi ADUN Selangor selepas tidak mempertahankan DUN Kinrara.
Pendek kata, tidak ada sebab munasabah untuk Khalid gugurkan Azmin, apatah lagi, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri pun dah sokong Azmin dikekalkan.
Apa pun, perkembangan ini memang menarik untuk diikuti. Sejauh mana Khalid mampu kekal bertahan dengan keputusan tersebut, atau kita akan lihat pergolakan politik paling hebat dalam tempoh terdekat berlaku di Selangor.
Azmin Ali akui terima surat
SHAH ALAM 10 Jan. - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengakui telah menerima surat bahawa beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini.
Pengakuannya itu dilihat menguatkan lagi desas-desus kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu dipecat daripada jawatan tersebut seperti mana yang dilaporkan menerusi laman blog ketika ini.
Bagaimanapun, Azmin ketika dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu, sebaliknya beliau menyatakan akan membuat pengumuman secara terperinci tentang surat berkenaan tidak lama lagi.
Saya dah dapat surat tadi. Saya akan maklumkan secara terperinci tentang perkara itu kemudian," katanya dengan ringkas menerusi perbualan telefon, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Azmin ketika ditanya tentang kandungan surat tersebut sama ada pemecatan atau perletakan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, beliau tidak menjawab secara jelas mengenai perkara itu.
Sebaliknya, Azmin hanya mengiyakan kandungan surat tersebut bahawa beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat kerajaan negeri itu.
Menurut laporan sebuah laman blog www.klxpress.com.my/ hari ini, Azmin dikatakan dipecat daripada jawatan tersebut.
Malah, laman blog itu turut menyiarkan kenyataan Azmin menerusi Twitternya yang berbunyi, Penghargaan kepada pengurusan dan warga PKNS yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang baik kepada saya selama empat tahun.
Sebelum ini, Azmin dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melibatkan beberapa isu tertentu.
Kali terakhir Azmin mengkritik pentadbiran Abdul Khalid ialah pada 28 November lalu apabila beliau menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014, selain menganggapnya itu terlalu tinggi dan perlu ditangguhkan.
Malah, sebelum itu, Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor dilaporkan bertindak melalui kelab itu mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri pada 7 Oktober lalu.
Bagaimanapun, difahamkan pergeseran antara Azmin dan Abdul Khalid telah bermula sejak 2010 lagi apabila Timbalan Presiden PKR itu mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Selangor daripada Abdul Khalid.
Perang Meletus Antara Azmin-khalid
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mengesahkan pada Sabtu bahawa beliau menerima sepucuk surat berhubung penggugurannya sebagai ahli lembaga pengarah dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi penggal baharu.
Bagaimanapun, Azmin enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai punca mengapa beliau tidak dikekalkan. Difahamkan, beliau telah mengembalikan kereta yang disediakan untuk lembaga pengarah PKNS. - mStar.
Setakat ni aku tak jumpa lagi kenyataan rasmi pasal apa khidmat Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS tak disambung. Laman portas rasmi PKR, Keadilandaily.com pun takdak langsung laporan pasai isu ni.
Kalau nak kata Azmin tak perform sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, langsung tak logik kut pasalnya apa sangat tugas dan tanggungjawab ahli lembaga pengarah selain dari hadir mesyuarat. Tambah-tambah jawatan tu lantikan politik yang sebenarnnya lebih kepada nak bagi pendapatan tambahan kepada ahli poltik.
Setakat ni tak nampak sebab yang lebih relevan melainkan tindakan tak sambung khidmat Azmin tu ada sangkut paut dengan pemilihan pimpinan PKR yang akan berlangsung tak lama lagi.
Walaupun aku tergolong dalam golongan yang meluat sangat-sangat dengan Azmin tapi aku tak sokong keputusan kerajaan negeri Selangor tak sambung khidmat Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS ni, sangat tak gentelmen
Kecuali la kalau Azmin mempergunakan jawatan dia tu untuk menyusahkan pentadbiran PKNS yang boleh dianggap mensabotaj Kerajaan Negeri.
Harap sangat-sangat Khalid Ibrahim tak main kotor dalam politik macam Azmin jugak...
Apa pun, kita tunggu tengok apa komen Khalid Ibrahimm pasai isu ni atau pun lebih menarik lagi kalau komen tu keluar melalui mulut Faekah, individu yang paling Khalid Ibrahim percaya.
Langgan:
Catatan (Atom)